Letakkanlah semangat dan cita-cita setinggi bintang dilangit. Rendahkanlah hati serendah mutiara didasar lautan.
Tuesday, 31 December 2019
괜잖아
Hidup ini penuh dengan cerita
Cerita sedih, gembira, marah, inspirasi dan banyak lagi
Setiap orang mempunyai berbeza cerita
Berbeza warna kehidupan
Mengapa harus kita menghakimi?
Mengadili seseorang tanpa mengetahui apa yang dilaluinya
Mungkin "Tidak ada apa-apa"
Mungkin " Saya baik-baik sahaja"
Hanya itu yang mampu terluah
Pandanglah kedalam matanya
Amatilah raut wajahnya
Pasangkanlah telinga akan keluhan kecilnya
Pasti akan kau mengerti
Mungkin tidak ada kata-kata semangat buat dirinya
Doa dan senyuman daripada dirimu
Membuang segala gundah gulana dalam dirinya
Jangan berbicara andai ia membawa darah pada luka lama
Jangan berbicara andai kau tidak mengerti.
Kerna akhirnya
"Saya baik-baik sahaja"
Yang akan terluah
Meski terluka parah
Yang membawa barah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment