Thursday 12 November 2015

Cerita Hati


Diperbatasan waktu itu, aku mengharapkan kekuatan dariMu Tuhan. Moga iman terus bertahan dan terus kuat. Moga nafsu yg bergelora, kembali tenang dihujung sana. Tidak sekali akan aku hampiri gelora itu. Bimbang kelemasan. 

        Aku manusia biasa. Makhluk Tuhan yang sentiasa lupa dan alpa. Yang sentiasa perlu diingatkan. Allah, aku tahu kurniaanMu dalam hatiku hanya untuk menguji. Menguji kesabaran dan tawakal kepada Mu. Moga hati ini kuat dan terus bertahan.

        Moga fitrah itu mengalir dalam doa. Doa adalah penghubung yang terbaik. Engkau yang Maha Mengetahui. Sedangkan aku hambaMu yang tidak punya daya dan tidak mempunyai pengetahuan apa pun. Moga doa dalam diam menjadi sumber kekuatan berdiri dan terus mengorak langkah kehadapan menuju impian ummah.

        Aku mencari cintaMu dalam hatiku 
         yang merindukan kasihMu
         limpahkan padaku
         ku damba redhaMu..
         ku damba redhaMu.. 

Wednesday 21 October 2015

SyuFarahWaniYah

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Wajahku ya memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Kuakui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
atas kelebihanku

terimalah aku, seperti apa adanya
aku hanya insan biasa, tak mungkin sempurna
tetap kubangga, atas apa yang kupunya
setiap waktu kunikmati, anugrah hidup yang kumiliki


Lagu ini menjadi tanda persahabatan kita bermula. Bermula dari malu-malu kucing sehinggalah setiap inci masalah tentang diri kita, kita saling kenal mengenal. Dalam setiap perhubungan pasti ada ujian. Allah menguji sejauh mana kita hadapinya, sejauh mana kita bersabar dan berlapang dada. Keep smiling my dears, keep positive and keep this ukhuwah till jannah. Love uolls till Jannah. 





Tuesday 15 September 2015

Imbau Coretan

Assalamu'alaikum.

Dah lama rasanya x update blog ni.. fuh..fuh.. berhabuk.. Tengok dan baca balik tulisan lama2 dulu.. Masya Allah.. tergelak sorang2. sekejap aku, sekejap saya, sekejap ana..haha.. which one I don't know. Anyway, still ganti nama yang menunjukkn it's me..haha..

Proposal thesis x siap lagi, tapi tangan ni gatal jugak nak menulis dan update blog yg dah berhabuk ni. (Ada aku kisah??) Ok. dah stop mengarut. Apa cer sekarng?

Nilai tenggelam dalam jerebu. Bacaan IPU semalam 205.  Ditahap bahaya. Astaghfirullah. Semoga Allah melindungi kami semua. However, Alhamdulillah.. this morning hujan walaupun renyai2 je. USIM bagi cuti hari ni..hehe..

Teringat kawan2 PERMATA USIM membincangkan soal tanda2 hari kiamat. Subhanallah. Kabus/jerebu a part of them. Allah... terkelu seketika.. Kiamat makin hampir. But what we're doing now?? Think about that. Renung2kan dan selamat beramal.

Not forget, semoga Allah merahmati mangsa2 di Mekah. Semoga syahid buat mereka. Allah... Syahid, one thing that I 'm really want in my life. Takziah buat keluarga mangsa. Usah kalian bersedih. Senyumlah Bersyukurlah. Kerna mereka dijemput pada hari Jumaat, di Baitullahil Haram, Mekah Al Mukarramah.

Not forget too, our sisters and brothers at Palestine, Syria and wherever them. Pray for them. May Allah protect them. And May Allah protect our Faiths.

Cukuplah Allah Bagiku

Sambungan kisah ‘Hatiku Hanya Satu’ (epilog hati Nur Zahra)

Hampir dua tahun, tiada apa-apa berita mengenai masing-masing. Sunyi. Masing-masing membisukan diri. Teringat aku pada pesanan ringkas terakhir darinya.Kira-kira dua tahun yang lepas.

 “Nur, tunggu Zul ye..Insya Allah, lepas Zul dan Nur habis belajar, Zul akan masuk meminang Nur =D”

Hampir dua tahun, dia muncul kembali menegur aku dilaman sosial. Kami berhubung kembali. Aku menganggapnya sebagai kawan. Cuba aku menahan gejolak rasa dijiwa. Meletakkan iman sebagai pemerintah, nafsu sebagai rakyat. Sekali lagi.

“Nur, ada sesiapa yang dah masuk meminang ke?”
“Belum. Kenapa? Kalau ada orang masuk sekalipun, rasanya Zul tahu apa jawapan Nur”
“Habis belajar. =D .  Nur, tunggu Zul ye. Insya Allah habis belajar, Zul datang.”

-Selepas dua minggu-

Perpisahan itu sangat menyakitkan.Apatah lagi aku sendiri yang meminta perpisahan itu. Aku akuinya. Sememangnya aku menyayanginya setelus hati. Saat dia meminta izinku untuk meminangku sejurus sahaja menamatkan pengajianku, hatiku bagaikan berada diawang-awangan kerana terlalu gembira. Bagaikan kisah gadis biasa yang dilamar putera raja. Hatiku berbunga-bunga. Masakan tidak, selama ini dia benar-benar menungguku. Hampir dua tahun. Setiap hari, bibirku hanya mengulumkan senyuman.
Namun, hampir seminggu, hatiku mula gundah-gulana, keluh-kesah. Keruan entah mengapa. Aku muhasabah kembali. Apa silap aku kali ini.

“Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan. Yang mana Hak, yang mana Batil. Tunjukkanlah aku jalan yang Engkau redha.”

Namun, setelah beberapa seketika, minda separa sedarku kembali. Merasionalkan kembali apa yang harus aku lakukan. Seharusnya aku meminta petunjuk pada Allah. Agar setiap pilihanku diredhaiNya. Bukan mengikut kata hatiku. Seminggu berlalu dengan penuh munajat memohon petunjuk.

“ Ya Allah, andai benar dia jodohku, andai benar dia baik untukku, baik untuk urusan agamaku, baik untuk perjuanganku, baik untuk urusan dunia dan akhiratku, baik untuk keluargaku, Engkau permudahkanlah urusan kami. Tunjukkanlah jalan untukku menerimanya. Bukakanlah hatiku untuk menerimanya. Engkau damaikanlah hatiku. Engkau dekatkanlah aku padaMu.

Ya Allah, andai dia bukan jodohku, tidak baik untukku, tidak baik untuk urusan agamaku, tidak baik untuk perjuanganku, tidak baik untuk urusan dunia dan akhiratku, tidak baik untuk keluargaku, maka Engkau jauhkanlah dia daripadaku dan Engkau dekatkanlah aku kepadaMu. Damaikanlah hati ini.

Ya Allah, aku mohon padaMu jawapan yang jelas. Kerna aku tidak mempunyai jawapan untuk semua persoalan hidup. Engkaulah Yang Maha Mengetahui.”

Aku masih keliru dengan jawapan yang aku pilih sekarang. Aku bingung apa yang harus aku lakukan. Aku tidak mahu memberi harapan kepada dia. Bimbang aku sendiri yang terluka. Lantas, aku mengambil keputusan untuk bermusyawarah bersama kakak naqibah yang amat aku hormati ilmunya, peribadinya, santunnya. Aku luahkan segala kebimbangan, kegalauan dihati. Aku pinta pendapatnya.

“Nur, atas dasar apakah Nur menyayanginya? Kerana Allah? Andai kerana Allah, akak tak melarang atau menyuruh Nur untuk memilihnya. Terpulang pada Nur. Tapi andai bukan kerana Allah, akak nak Nur fikir balik.”

Nasihat yang cukup ringkas tetapi sangat mendalam maknanya. Sepanjang perjalanan pulang kerumah, aku berfikir. Kenapa aku menyayanginya? Kerana Allah ke? Atau kerana rupa parasnya? Atau kerana sikapnya yang sangat mengambil berat tentang diriku? Aku beristighfar. Beristighfar dan terus beristighfar.

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa dijiwa
Namun bimbang dirikan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedangkan khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan

“Mintalah dengan cara terhormat. Aku ada wali”
“ Sabda Rasulullah: Muliakanlah wali mereka (perempuan yang ingin engkau nikahi)”

Satu rangkap lagu nasyid yang dihadiahkan oleh seorang sahabat sebagai nasihat. Bait-bait kata dalam novel drama “Aku Ada Wali” yang dihadiahkan oleh seorang sahabat menjadi penguat. Sabda Baginda menjadi pengukuh. Kini aku pasti dengan jawapan istikharahku. Kadang-kadang,Allah mengirimkan jawapan bukan melalui mimpi yang sentiasa dinukilkan penulis-penulis cerpen atau novel cinta. Kadang-kadang, Allah mengirimkan melalui pelbagai medium yang berada disekeliling kita.


“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum. Maaf, andai tulisan kali ini bakal melukakan hatimu sekali lagi. Moga Allah bagi ketenangan buat kita berdua. Setelah sekian beberapa seketika, Nur mencari jawapan adakah Nur perlu menunggu Zul untuk menerima pinangan Zul.. Nur menemui jawapan dalam istikharah, musyawarah.. Nur terpaksa menolak Zul. Nur tidak mahu memberi Zul harapan lagi. Cukuplah selama ini Nur mendiamkan diri tanpa memberi sebarang jawapan. Bukan Zul tidak layak untuk Nur tetapi Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Maaf dan terima kasih kerana menjadi asbab untuk Nur lebih dekat dengan Allah”

Perit itu sememangnya perit. Aku akui. Tapi aku serahkan segalanya pada Yang Esa. Semoga segalanya ada hikmah. Hasbi Rabbi Jallallah Mafi Qalbi Ghairullah.Tidak ada yang lain dalam hatiku melainkan Allah. Teringat akan pesan seorang hamba yang hatinya begitu zuhud mencintai Allah.

“ Mengapa mencari cinta manusia, andai hati belum mencintai diri. Mencintai diri membawa kepada mencintai Allah. Andai diri sendiri pun belum dicintai, bermakna diri itu belum mencintai Allah”

Setelah berhempas pulas selama empat tahun, akhirnya aku Berjaya juga menamatkan pengajianku dalam ijazah sarjana muda perniagaan. Pelbagai rancangan aku nukilkan dalam mindaku.


“Alhamdulillah…ummi,abah, tunggu Nur balik…wahhhh…tak sabar nak jumpa mereka semua kat kampung..” Nur bermonolog seraya tersenyum gembira.

Wednesday 8 April 2015

YANG KUCINTAI

Fuhhh...fuhhh... huish banyak nye habuk..
eh, hai.. Assalamu'alaikum.. apa habaq semua??? Semoga sihat semua..
Semenjak menulis proposal thesis mengenai kadar kematian orang2 istimewa ni, rindu pulak dkat abang dgn adik.. Mereka insan istimewa dihatiku. Merekalah insan yang amat kusayangi selepas Rasulullah dan ibu bapaku. Dimata insan yang lain mungkin hina, tidak berguna namun dimata kami sekeluarga, merekalah insan yang sangat berguna dan mulia. Mulia mereka kerana tidak berdosa. Mereka tidak mengenal erti dosa dan pahala kerana mereka insan tidak mumayiz. Mereka tidak baligh dari segi akal fikiran, Berguna buat kami, merekalah kunci kami untuk ke syurga.

Abang mengidapi penyakit Autism semenjak kecil. Lahirnya dia sebagai insan normal, namun takdir Allah siapa yang mampu melawan. Abang demam kuning yang sangat tinggi sehingga merosakkan sebahagian otaknya. Alhamdulillah Allah masih memberi pinjam abang kepada kami. Muhammad Alif nama yang cukup indah. sesuai untuk dirinya sebagai anak sulung, Alif, huruf jawi/arab pertama. Muhammad, terpuji lagi mulia dalam keluarga kami.

Adik pula mengidapi Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) juga semenjak kecil. Siapa sangka, Allah mengurniakan dua insan ini dalam keadaan tidak normal mentalnya. Dari segi fizikal, Alhamdulillah merekalah yang paling ganteng padaku. Muhammad Arif Alimie. Nama yang diilhamkan oleh Allah ketika ummi membaca ayat2 suci Al-Quran Karim. Muhammad, terpuji. Biar dipandang serong oleh insan lain, tetapi terpuji dipandangan Allah. Arif Alimie, bijaksana. Bijak memikirkan ilmu2 Allah. Ya, itulah adik. Tidak pernah berhenti berfikir, selalu bertanya mencari kebenaran. Siapa Allah? Kenapa perlu bersolat? Kenapa perlu membaca Al-Quran? 

Malu aku pada dua insan ini. walaupun mereka tidak normal. Tidak jatuh wajib keatas mereka menunaikan syariat Allah, namun adik tidak pernah solat diakhir waktu apatah lagi meninggalkan solat walaupun solatnya tunggang terbalik atur caranya. Abang tidak pernah tidak menghormati bulan puasa walaupun sahurnya jam 7 pagi. Dia tidak akan makan selagi azan maghrib tidak berkumandang. Mereka menghormati azan.

Allah....

Mereka insan yang selalu mendekatkan aku padaMu. Tempatkanlah mereka di tempat yang tinggi maqamnya.