Sunday 22 July 2012

Barakah Month

Assalamu'alaikum.. Alhamdulillah.. hari ni dah 2 hari berpuasa.. Esok dah 3 ramadhan.. Subhanallah.. Sekejap je rasanya.. Jadi jangan malas nak berpuasa ye.. Ada jugak ke?? Wallahu'alam.. Ingin ana kongsikan bersama kalian.. Terutamanya buat orang yang susah nak solat and fasting.. Huhu.. jangan kecil hati tapi ambil iktibar.. Ini adlh kisah kehidupan abang dan adik ana yang tersayang., Walaupun mereka tergolong dalam kalangan bukan mukallaf kerana keistimewaan yang Allah kurniakan kepada mereka, mereka sangat suka berpuasa bersama kami ahli keluarga. Pause jap pasal tu, biar ana cerita serba sedikit latar belakang mereka ye.. Nama abang ana Muhammad Alif.. Akibat demam kuning yang terlalu kuat masa kecik dulu, dia menghidap penyakit Autism.. ape itu Autism ye?? hurm.. Ana  pun tak tahu sangat pasal ni.. tapi ape yang ana tahu sebahagian otaknya tidak berfungsi, perlakuannya adalah sama sahaja setiap hari, dari bangun pagi sampai lah tidur.. But walaupun dia macam tu, ingatannya sangat kuat.. Apa yang buat ana rasa sedar diri sedikit tentang abang ana ni adalah sikapnya yang suka mendengar alunan zikir, bacaan Al-Quran dan seangkatannya.. Kadang-kadang kita yang normal ni, apabila azan kat dalam tv, sanggup tukar saluran.. betul tak?? Tapi tidak abang ana.. malah dia meraikannya. dia tunggu sampai habis azan dikumandangkan, baru dia tukar saluran.. Subhanallah.. malunya pada mereka yang tidak pernah kenal antara dosa dan pahala.

Berbeza pula dengan adik ana. Nama diberi Muhammad Arif Alimie. Dia ni Hyperactive.. dan ada juga simptom2 yang lain.. tapi ana tak ingat.. panjang sangat nama dia.hehe..ADDH, ADHD.. ermm something like that lah.. hehe.. apa punyer kakak lah.. Adik ana pulak, setiap kali azan dikumandangkan pasti akan dia tanya.." Kak Aya, solat??" maksud dia bila nak solat.. hurm.. malu sangat2 bila dia tanya.. sebab kadang-kadang kita yang normal ni saaaaaaangaaaat malas nak solat awal waktu.. kadang2 hujung2 waktu.. Astaghfirullah.. Adik ana ni jugak ada penyakit gastrik.. tapi bila bulan puasa, jangan harap dia nak bukak puasa selagi tak sampai waktunya.. huhu.. kadang-kadang kita yang normal ni, sakit sikit dah nak berbuka puasa.. macam-macam alasan diberi.. Astaghfirullah..

So, jom kita jadikan bulan puasa a.k.a Ramadhan ni sebagai batu loncatan tuk kita muhasabah diri dan melakukan perubahan kearah kebaikan dalam diri kita... Yallah Syabab!!!

Wednesday 11 July 2012

Pencarian - ending-


                Keriuhan suara saudara-mara dan jiran tetangga tidak kering sejak mula matahari menyinari cahayanya. Pelbagai cerita dan isu diketengahkan. Nur Balkish senang melihat dan merasai suasana disekelilingnya. Nur berasal dan menetap di bandar metropolitan yang sentiasa didendangkan dengan bunyi kenderaan. Tiada ketenangan dirasai apatah lagi suasana rumah yang tidak pernah ceria. Masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing walaupun pada hujung minggu. Berbeza dengan suasana yang kini dirinya berada dalamnya. Namun Nur Balkish tidak menyalahkan orang tuanya. Tarbiyah alam dari Pencipta seluruh alam suduh cukup bermakna baginya. Subhanallah!!
                Kerancakan dua sahabat berbual yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah serta merta terhenti. Dua pasang mata saling memandang. Degupan jantung bagaikan berhenti seketika.
                `` Baru sampai kamu Muhammad?? Ingatkan dah tak nak datang tolong.. Ni nak bagi alasan apa pulak..apasal lambat??“ Muhammad tersengih-sengih apabila Kak Zakiah menegurnya. Bukhari masih kaku disisi Muhammad memandang Nur Balkish.
                `` Ala..kak..janganlah marah.. Muhammad tunggu si Bukhari ni hantar assignment tadi, lepas tu traffic jam kat bandar..akak tahu jela bandar tu macam mana bukan macam kat kampung kita ni.. tu yang lambat sampai.. hehe.. ada apa-apa yang kitorang boleh tolong?“
                `` Ade je alasan..Tolong lap pinggan, mangkuk, sudu, garfu dan segala bagai yang ada kat ruang tamu tu...“
                ``Huh?? Tapi kak.. tu kan kerja orang perempuan.. tak macho la macam ni..“
                ``Tak ada maknanya..Tadi kata nak tolongkan.. tinggal kerja ni je.. yang lain dah beres.. Lain kali datang la masa orang nak start baca tahlil...“
                ``Ala akak ni.. Muhammad gurau sikit pun tak boleh..“ Tersengih-sengih Muhammad mengusik kakak kesayangannya. Apatah lagi apabila Zakiah menjengilkan mata besarnya. Namun berbeza dengan adegan pandangan mata yang tak berkelip antara Nur Balkish dengan Bukhari. Namun tak lama. Kedua-duanya dengan sepantas kilat menundukkan pandangan mereka setelah tersedar dari keasyikan memandang. Gagal juga kali ini kau syaitan!!
                Suasana ditengah ruang tamu rumah semakin rancak dengan cerita-cerita masing-masing apatah lagi dengan kehadiran Muhammad yang sangat suka menyakat ibu-ibu saudaranya. Namun dalam keriuhan keluarga itu, Nur Balkish dan Bukhari masih menyepikan diri. Perasaan mula bercampur baur dalam diri masing-masing. Perasaan bersalah, gembira, rindu,takut dan bermacam-macam. ` Arghhhh!!! Aku takkan biarkan nafsu dan emosi mengawal diriku. Biarlah iman yang berbicara. Ya Allah Kau kuatkanlah hati hambaMu ini.. aku tidak mahu terjebak lagi ke dalam percintaan yang sia-sia..‘
                `` Nur.. kenapa diam je ni??“
                ``Errr.. tak ada apa-apalah kak.. tak tahu nak cakap apa..“ Zakiah hanya mengangguk seolah-olah memahami.
Selepas majlis tahlil selesai...
                Hembusan angin malam dikampung sungguh berbeza dengan dibandar. Segar dan nyaman. Setelah selesai mengemas, Nur Balkish mengambil keputusan untuk menghirup udara malam bersama Zakiah di halaman rumah. Bunga-bunga yang cantik dan mengharumkan menghiasi segenap ruang halaman rumah itu.
                ``Assalamu’alaikum..“Tiba-tiba kedengaran suara garau yang menyapa. Nur Balkish kaget.
                `` Wa’alaikumussalam..err.. cari Muhammad ke?? Rasanya dah masuk tidur tadi..“
                `` Tak.. saya tak cari Muhammad.. Saya... saya.. nak jumpa Nur sekejap.. boleh??“ Nur Balkish terkejut. Jantungnya mula berdegup kencang. Zakiah mula memahami situasi yang berlaku dihadapan matanya. Dirinya mula meneka, adakah lelaki ini yang sentiasa membuat hati Nur Balkish dilambung ombak??
                ``Ermmm.. sure..but .. Kak Zakiah temankan saya ye.. Tak manis pulak orang tengok nanti..“
                `` Thanks.. Actually, Bukhari nak mintak maaf kerana tinggalkan Nur dulu.. but I’m sure yang Nur sekarang dah faham kenapa Bukhari ambik keputusan tu kan.. Tak sangka Allah mempertemukan kita sekali lagi.. Mempertemukan dua insan dalam versi yang berbeza berbanding dengan versi yang dulu.“
                `` Sepatutnya Nur yang patut mintak maaf.. Nur selalu ganggu ketenteraman hidup Bukhari.. But don’t worry now.. I don’t want to disturb you anymore..Yup!!Saya faham tindakan Bukhari dulu.. Hanya kerana Allah.. and Alhamdulillah.. Allah bukak pintu hati saya untuk berubah.. Insya Allah takkan berpaling lagi kebelakang.. Tu je kan yang Bukhari nak cakapkan.. ermmm.. Nur nak rehat dulu..“
                `` A‘aa.. sorry ganggu.. pergilah berehat..“
``Assalamu’alaikum..“

Ya Allah, Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dan yang jelas.. Walau sedalam dan sejauh manapun aku sembunyikan perasaan ini, aku tidak mampu untuk menipu diri sendiri.. Namun, aku percaya bahawa Allah itu Maha Adil..pasti Dia akan memberikan aku sesuatu yang terbaik buat diriku.. Ya Allah, Engkau tetapkanlah hatiku dalam mencintai Mu. Bimbinglah aku dalam menyelusuri jalan kembaraku yang tidak pernah kutahu penghujungnya bila dan bagaimana. Aku si pengembara yang terus mencari makna dalam kehambaan kepada Mu.. Engkau tunjukkanlah jalan yang lurus kepadaku.. Jangan jadikan aku remaja yang tunduk pada nafsu yang hanya inginkan kepuasan duniawi semata-mata..Jadikanlah aku remaja islam yang memberi sepenuh komitmen dalam menjadi muslim yang mukmin..                           
   - Muhammad Aiman Bukhari -

               

        Maafkan aku..Dari gerak geri tubuhmu,riak diwajahmu, aku tahu engkau masih memendam perasaan itu, sama seperti diriku yang masih berkelana.. Namun aku si pengembara akan terus mengembara mencari erti kehambaan kepada Nya.. Perjalananku ini hanya akan ditemani insan yang bernama sahabat, belum tiba masanya untukku ditemani insan yang bergelar suami apatah lagi seorang kekasih.. Tidak akan aku ditemani seorang suami, jika aku masih belum menemui jati diri sebagai wanita solehah..Kerna aku bimbang, aku akan melahirkan generasi pemusnah agama.. Ilmu tanpa amal, satu pekerjaan yang sia-sia. Amal tanpa ilmu, majnun namanya.. Dan aku ingin mengembara untuk mengutip sebanyak yang mungkin ilmu untukku amalkan, untukku berkongsi dengan semua..                                   
- Nur Balkish -                                                                                         

                Aiman Bukhari dan Nur Balkish, masing-masing bermonolog sendirian. Mencari sekelumit kekuatan diri yang dipinjamkan oleh Allah Yang Maha Berkuasa. Jodoh pertemuan, ajal maut segalanya sudah tercatat di Lauh Mahfuz. Allah telah mengilhamkan dalam hati manusia kejahatan dan ketakwaan. Terserah pada diri untuk memilih sama ada jalan kejahatan mahupun ketakwaan. Beruntunglah bagi mereka yang memilih jalan ketakwaan dan amatlah rugi bagi mereka yang memilih jalan kejahatan. Segalanya telah termaktub dalam kitabNya, Al-Quran dan Sunnah PesuruhNya, Nabi Muhammad saw..

** Ini hanyalah sebahagian kecil kisah remaja dalam masyarakat pada hari ini.. Ambil yang jernih, buang yang keruh. Segala yang baik itu dari Allah, segala yang buruk itu atas kelemahan diri sendiri. Kalau ada yang tersilap, sangat dialu-alukan segala teguran..