Friday 22 November 2013

Pabila Ikhlas

Aku pening,
Aku resah, gelisah
Mengapa pencapaian aku cukup berbeza?
Jurang yang jauh antara sekarang dengan yang dahulu.

Dulu,
Aku antara pelajar contoh
Diri selalu menjadi rujukan teman-teman
Dijulang, dihormati.

Kini,
Aku antara pelajar tercorot,
Diri tidak lagi menjadi rujukan,
Dipandang rendah apatah lagi diri terasa rendah diri.
Dimanakah silapku?
Dimanakah kekurangan langkah perjalananku?

Aku merintih, merayu,
Bermuhasabah, merenung tarbiyyah Illahi.
Benar,
Apabila ikhlas tidak lagi bertakhta dihati,
Segalanya kacau bilau.
Apabila riyak dan takabur menjuarai carta hati,
Segalanya sukar dihadapi.

Ikhlaslah,
Ikhlaslah wahai hati,
Agar ilmu bisa menembusi pintu hatimu,
Agar akal bisa mencerna ilmu Illahi,

Agar jasad bisa menjalani tanggungjawabnya.

Tuesday 15 October 2013

Kasihmu Bilal Bin Rabah

Disaat melaungkan azan,
Tatkala bibir menitikan kalimah “Asyhaddu anna Muhammad”,
Berjuraian manik-manik kerinduanku,
Memori lama terimbau kembali disegenap mindaku,
Kolam kerinduan akhirnya pecah jua.

Memandang Masjid Nabawi,
Aku terbayangkan Rasulullah,
Melihat mimbar Masjid Nabawi,
Aku lihat berdirinya Rasulullah disisi,
Melalui lorong-lorong Madinah,
Aku masih terdengar derapan kaki Rasulullah.

Itulah antara bait kata-kata yang pernah diucapkan Bilal Bin Rabah. Betapa hebatnya cinta Bilal Bin Rabah terhadap baginda Rasulullah SAW. Ucapan sayang, cinta kepada Rasulullah senantiasa meniti dibibir kita pada hari ini, namun samakah perasaan itu dengan para sahabat? Allah.. jauh sekali.. Mengapa? Kerana mereka sertakan kasih sayang dan cinta mereka terhadap Rasulullah SAW dengan amalan mereka. Bukan sekadar dibibir, menjadi pemanis mulut tetapi dibuktikan dengan amalan, tingkah laku, akhlak dan seangkatannya.

Bilal Bin Rabah,
Tulusnya cintamu terhadap baginda Rasulullah,
Engkau miskin harta,
Namun dirimu dihiasi kemewahan iman.
Jasadmu masih dibumi
Namun derapan kakimu sudah kedengaran di syurga.
Saat Izrail datang menjemput
Engkau tersenyum dan terus tersenyum gembira
Hindon kehairanan melihat sang suami
Mengapa dikau tersenyum tatkala dirimu masih terlantar

Kerna diriku akan bertemu dengan kekasihku

Tuesday 20 August 2013

Kebenaran Itu Milik Allah, Bukan Di Barat dan Bukan Di Timur


Saya tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir. Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera. Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya. Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali. Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Saya menghormati kelilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari. Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas. 

Berpuas hatilah kerajaan Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera. Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik Allah, tidak di Barat dan tidak Timur. Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan Allah SWT dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci kebenaran. Di samping menjaga dua tanah Suci, Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika sekian lama. Inilah satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani Saud. 

Justeru, janganlah Saudi menyangka dengan sokongan mereka kepada tentera Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh umat Islam di dunia. Jika darah Abdullah bin Zubair radhiallahuanhu pernah tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin Yusuf di Tanah Mekah, apa peliknya darah umat Islam di negara lain tertumpah angkara pemerintah Saudi hari ini? Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah bertugas untuk menjaga Tanah Suci sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan penjaga Tanah Suci hari ini bebas dari melakukan kesilapan?

Barangkali sedikit kasar kiasan saya, tetapi ia belum apa-apa jika dibandingkan dengan sokongan Saudi terhadap tindakan tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa. Saya menyeru kepada jiwa-jiwa yang telah dimuliakan Allah SWT dengan ilmu agama, janganlah sesekali cenderung kepada kezaliman agar tidak disambar oleh api neraka.

Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, bagaikan Nabi Yusuf yang pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun yang lampau. Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-Allah, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam.

Pesan saya kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :

فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

yang bermaksud : Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja... - Surah Toha, ayat 72

c&p

Sunday 21 July 2013

Citarasa Ummi

Assalamu'alaikum.... Alhamdulillah, hari ni dah 12 hari berpuasa.. That's mean today is 12 Ramadhan 1434 already. Sekejap je masa berlalu.. hmmm... Ok, menu berbuka puasa hari ni adalah Nasi Minyak. Memandangkan aku ni tak suka sangat gulai-gulai ni.. aku mintak ummi masakkan daging masak merah.. Sebenarnye Ummi suruh aku yang memasak tapi.. hehehe.. biasa la duk kat rumah ni nak rasa air tangan ummi..tapi aku tolong la sikit-sikit.. Ok, aku nak share la sikit macam mana nak masak lauk ni..

Bahan-bahan:
Daging (dipotong kecil2.. tp jangan kecil sgt)
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Lada kisar
Tomato sos/ asam jawa
gula
garam
Bahan secukup rasa
Gula Melaka/ Nisan

Cara memasak:
Kisar bawang putih, bawang merah, halia.
Tumis lada kisar, bahan2 yang dikisar sampai naik minyak
Masukkan gula, tomato sos/ asam jawa, bahan secukup rasa, gula melaka/nisan
Masukkan daging
Tunggu sampai air daging keluar, tambah air sampai separuh/lebih periuk
Biar air kering dan daging lembut, tambah garam
last sekali masukkan bawang merah yang dihiris.
Siap. Yummm!!!!!!!!!!!

Selamat mencuba!!!

Monday 15 July 2013

Lapangan Mujahadah

Jatuh, jatuh dan jatuh
Setiap kali ku cuba bangkit
Setiap itu juga aku tersungkur
Kecundang dengan nafsu keinginan

Di lapangan mujahadah
Aku cuba menghapuskan jahiliah dalam diri
Di lapangan mujahadah
Aku cuba menerangkan syiar agamaMu dalam diri

Dalam Sirah Rasulullah dan para sahabat
Ku temui 1001 hikmah
Ku temui tulusnya cinta kepada hakiki
Segalanya kerana Dia
Lillahita'ala
Azimat yang paling berharga
Ku sematkan dalam hati
Agar menjadi sumber kekuatan

Berkorban, terkorban
Lumrah kehidupan
Lumrah perjuangan
Perjuangan membina aqidah, mempertingkatkan iman.

Tuesday 25 June 2013

Mampukah aku?

Semalam, aku bermimpi.. ya, mungkin mainan tidur. Hanya sekadar gangguan syaitan. Namun, disebalik mimpi itu, aku bermuhasabah. Seolah-olah mimpi itu mengejut aku untuk aku sedar dan bermuhasabah kembali, menyelaraskan kembali niat dan tujuan aku berada dalam perjuangan.

Mimpi itu....

Aku dan kawan-kawan pergi bercuti, maybe rehlah or usrah.. I don't know.. Pagi itu, aku bangun dan pergi ke warung untuk membeli sarapan pagi. Seorang diri. Tanpa teman. Di warung itu, aku berbual-bual dengan sipenjual. Rancak sekali. Tiba-tiba, hari bertukar gelap. Entah kenapa. Suami kepada si penjual mengarahkan aku masuk kedalam warung. Wajah mereka kelihatan gelisah dan bibir masing-masing sudah mula mengalunkan ayat-ayat Al-Quran. Aku terpinga-pinga. What's going on?? Tiba-tiba datang seorang or seekor makhluk yang dalam mimpi ku tidak jelas wajahnya. So, I'm not sure what it is.. What can I say is... its look like in Harry Potter story. Yang hisap roh manusia. I know its sound nonsense.. Tapi namanya pun mimpikan.. Makhluk tu membunuh, membakar rumah-rumah and more.(i can't remember). Tatkala tu aku menggigil. Aku hilang punca. Dalam kepala aku pada waktu itu adalah family and sahabat. Aku beranikan diri keluar dari warung menuju ke tempat orang lain berkumpul. Disaat itu juga, makhluk tersebut mengejar aku. Aku cuba membaca Al-Fatihah, Ayat Kursi, ayat-ayat pendinding.. tetapi aku diejek oleh makhluk tersebut. Malah, dia juga mengalunkan ayat-ayat yang aku baca.. Aku bingung. Tapi aku kuatkan juga tekad untuk sampai ke tempat orang ramai berkumpul. Aku tahu akan ada kekuatan disitu. Alhamdulillah aku sampai. Aku mencari sahabat yang pergi bercuti bersamaku. Ketika aku mencari, aku terdengar perbualan seorang perempuan dan seorang lelaki :
    " Betul ni kau nak melawan benda alah tu?? 19 orang je tau yang nak berjuang.." kata lelaki tersebut
    " Ni lah masanya. Ini adalah satu bonus dari Allah untuk meraih syahid. Aku takkan sia-siakan" balas perempuan itu.
    " Ikut suka hati kaulah.. aku sayang nyawa aku."

Aku terkesima. Tapi aku teruskan juga mencari sahabat-sahabatku. Apabila dah berjumpa, aku tersedar dari tidur.

Sedar sahaja dari tidur, aku terfikir, mampukah aku berjuang walaupun kuantiti sedikit?? Mampukah aku menawarkan diriku untuk berjuang, untuk berada dibarisan hadapan?? Mampukah aku menjadi seperti Khaulah Al-Azwar, berani berjuang mengalahkan lelaki??

Aku sedar, perjuangan itu memerlukan mereka yang benar-benar ikhlas dalam berjuang.
aku sedar, mengapa aku diejek ketika aku mengalunkan ayat-ayat Al-Quran.. kerana aku tidak ikhlas. Aku membacanya kerana aku takut pada makhluk itu bukan takut kepada al-Khaliq. Aku mengharapkan ayat-ayat itu yang melindungi aku bukan Allah.
Allah..Allah..Allah..
Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah..
Aku juga sedar, walaupun tanpa sahabat dalam perjuangan, aku tetap perlu berjuang walaupun seorang diri.

Ya Allah,
tetapkanlah aku dalam perjungan agamaMu.
Jangan biarkan aku futur,
Jangan biarkan aku sendiri tanpa petunjukMu.
Temanilah aku sehingga ke syurga
Bimbinglah aku sehingga akhirnya
Tiadalah aku punyai kekuatan,
melainkan Engkau yang memberi aku kekuatan.



#I know macam mengarut sikit cerita tapi itulah kenyataan dalam mimpiku. Aku hanya menulis dan berkongsi apa yang aku dapat dari mimpi itu.
#Berjuanglah sampai akhirnya, jangan pernah berpaling

Tuesday 4 June 2013

SALAM IMTIHAN

Assalamu'alaikum...
Dah lama tak melayarkan kata-kata diruang pena sendiri.. Harap2 semuanya sihat sejahtera dibawah rahmat dan keredhaan Allah SWT.. Insya Allah, aku akan menduduki peperiksaan, final exam hari Khamis minggu depan.. So, kpd shbt2 perjuangan all the best jgn putus asa, la tai'asu!!! So, do i'm...

Dalam sibuk study jgn lupe kite kpd Allah.. kerana Dialah yg memberi kejayaan kpd kite. Banyakkan berdoa, solat hajat seiring dgn usaha and don't forget tawakal.

Sebelum nak gi sambung study.. ingin sekali menyampaikan pesanan Rasulullah kepada Abu Dzar:

Wahai Abu Dzar,
Perbaharuilah sampanmu kerana lautan itu dalam,
Ambillah bekalan secukupnya kerana perjalanan itu terlalu jauh,
Ringankanlah bebanan kerana bukit itu tinggi,
Ikhlaskanlah amalanmu, kerana penimbang Allah antara kebaikan dan kejahatan itu terlalu melihat

Wallahu'alam.

Tuesday 9 April 2013

Perjuangan


   Dunia hari ini penuh dengan penipuan, konspirasi... adakah kita juga salah satu cell yg membentuk organism penipuan dunia hari ini...?? Janganlah kita memulakan perjuangan kita dalam keadaan excited state which is higher energy level then we fall back to the ground state which is lower energy level... in short, we start dengan hamasah (semangat) yang berkobar2 then time by time impian hanya terkubur begitu saje.. mahukah kita begitu?? or something better than that?? 

Wahai saudara seperjuangan, berjuanglah kerana thaqofah, kerana pemahaman kita terhadap perjuangn itu..
Jika kita berjuang kerana hamasah,
kita akan kecundang,
tersungkurnya kita sehingga sukar untuk bangkit.
Aku akui dalam perjuangan itu memerlukan semangat,
namun dahulukanlah thaqofah disusuli hamasah
bukan hamasah disusuli thaqofah.

you have a lot of nerve cell that can send impulse to your brain to inteprate data, so, think about that...

Remember this point!!!

TEGAKKANLAH ISLAM DALAM DIRIMU, NESCAYA AKAN TERTEGAKLAH ISLAM DI SEKELILINGMU

DIRIKANLAH AGAMA, URUSKANLAH DUNIA

Friday 1 March 2013

Hadiah buatmu sayangku


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Bersyukur kepada Allah, Tuhan seluruh alam. Hari ni dah 2/3/2013.. That’s mean my father’s Birthday is just around the corner.. huhu.. I’m still thinking what gift I want to give to him.. Baju ke?? Kad birthday?? Pa tak layan kad.. baju pun da banyak.. hurmm.. loading jap.. hadiah apa yang nak bagi ye… hurmm…

Ketika minda masih berfungsi memikirkan hadiah apa yang nak bagi kepada papa yang tersayang, terimbau kembali kenangan ketika aku masih ditingkatan satu. Ketika itu aku masih remaja yang baru mengenal dunia remaja. Kenakalan budak-budak masih bersisa dalam diri. Ketika diri baru sahaja meniti dunia sekolah menengah.. aku ni dah pandai ponteng kelas..(jahat sikit time tu)..perintah  solat dan menutup aurat baru aku tahu ketika itu..(Ya Allah jahilnya aku.. Astaghfirullahalazhim..)

Pada suatu hari( kalau tak silap hari khamis pada tahun 2006), masa tu ayahku mengambil aku dan kakak di bus stop(Almaklumlah sekolah jauh dari rumah.. about 3 hours.. jadi perlu naik bas lah nak balik rumah). Dalam perjalanan balik ke rumah, ayah aku ada menyebut sesuatu. Sesuatu yang  mengubah perangai aku 180 darjah.(ye ke?? Lebih kuranglah…)

“ Pa bukan saja-saja nak hantar anak-anak pa belajar kat sekolah agama.. Pa dulu belajar di sekolah orang putih, tak pandai bab-bab agama.. Pa nak masuk syurga. Biarlah anak-anak perempuan pa, tarik pa masuk syurga.. bukan neraka…..”

Tatkala itu juga bergenang air mata mendengar kata-kata ayah yang amat ku sayang. Mulai saat itu aku mula berubah sikit demi sikit.(Tapi nakal tu masih ada sampai sekarang..hehe..) Pada permulaan perubahan itu nia kerana sayang pa.. tetapi lama kelamaan menjadi lillahi taala..(Alhamdulillah.. memang hipokrit mula-mula..huhu..)

Teringat pula tazkirah mengenai  4 golongan yang ditarik oleh wanita…
Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2.Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Lihatla betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Wallahu'alam...

#For my father, my love, my success and insya Allah solehah is my present to you

Wednesday 30 January 2013

Jagalah Allah, Allah akan menjagamu

Daripada Ibnu Abbas, suatu hari aku berada di belakang Rasulullah saw. Baginda bersabda kepadaku : 

“ Wahai anak, aku akan ajar beberapa kalimah :
Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu
Jagalah Allah, pasti kamu akan mendapatiNya dihadapanmu
Kenalilah Allah pada saat lapang (senang) nescya Dia akan mengenalimu ketika sempit (susah)
Jika kamu memeohon, maka pohonlah kepada Allah
Jika kamu meminta pertolongan, maka mintalah kepada Allah
Ketahuilah bahawa sekiranya semua makhluk berkumpul untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan berupaya memberikan kamu manfaat kecuali apabila hal itu telah ditakdirkan kepadamu
Dan sekiranya mereka berkumpul untuk mendatangkan suatu bahaya(mudarat) kepadamu, nescaya mereka tidak berkuasa untuk mendatangkan bahaya itu kepadamu kecuali apabila hal itu tela ditakdirkan untukmu
Pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering. Maka, apa sahaja yang ditakdirkan menimpamu, pasti tidak akan luput daripadamu dan apa sahaja yang diakdirkan luput daripadamu, pasti tidak akan menimpamu.
Ketahuilah sesungguhnya bersama kesabaran ada kemenangan dan bersama musibah ada jalan keluar dan setelah kesulitan ada kemudahan”
(Riwayat at-Tirmizi)

Menjaga Allah disini bermaksud :
Apa-apa sahaja yang kita lakukan, kita mendahulukan Allah.
Sentiasa bersyukur.
Meninggalkan apa yang dilarangNya, membuat apa yang disuruhNya.
Bertawakal sepenuhnya kepada Allah.

Sumber rujukan : buku Q&A.

Monday 28 January 2013

LUHUR - Kamikaze

Singkap kembali detik akhir bersama
Linangan air mataku menitis
Dalam pelukkan dakapan yang terakhir
Mengalir darah membasahi bumi.

Pergi yang tak kembali
Untuk selamanya
Segar indah namamu, dihatiku…

Perjuanganmu bagai lilin membakar
Bersinar menerangi kegelapan
Rela berkorban merodah onak berduri
Jasa baktimu sejernih air dikali

Bersemadilah engkau aman dipusara
Sinar cahaya menyinari keramatmu
Berjihad kian menitis oh darah terakhir
Menjadi lambing cinta yang terluhur

Sayu dan pilu bermain dijiwaku
Hilangmu kini tiada pengganti
Hanya namamu tersemat dikalbuku
Menjadi satu kenangan abadi.




Ragam pejuang


“ Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang yang berkehendak (kepadaNya) dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan seperti kamu ini ”                                     
                                                                                                                ( Surah Muhammad : 38 )

Ayat Allah cukup menggentarkan
Dia tak teragak-agak membuat tapisan
Buat hambaNya yang bermalas-malasan
Senantiasa mencipta alasan
Liat dengan dakwah dan peningkatan.

Mahu diketuk berterusan
Tidak menjadikan penggeraknya iman
Cinta Allah dibuat khayalan
Bimbang kelak diri akan terbuang
Daripada jalan dakwah dan penuh ujian
Dibiarkan Allah dengan keasyikan
Tertipu dengan jalan keharuman.

Ketahuilah puteriku
Allah memelihara jalanNya
Agar disusuri hati yang bersih
Sarat ketakwaan
Merindui wajahNya, jua keredaan
Itulah jiwa insan pejuang
Bimbangilah sayangku daripada memiliki
Jiwa munafik, bertopeng ketaatan.

(Petikan daripada novel karangan Fatimah Syarha)