Monday 4 June 2012

Pencarian(bhgn 3)


    Rancak jari jemari menari  diatas pentas putih menghasilkan kalam yang indah mengikut rentak irama jiwa. Otak berfikir, tangan  merakam,terhasil jua luahan hati seorang insan.

sahabat....
jika hari ini aku terlalu gembira
sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah..
Jika aku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta..
Jika aku lemah tak berdaya,
ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga..
Jika diantara kita ada tembok yang memisahkan,
ajaklah aku meleraikan segera..
Jika pernah hatimu terluka,
luahkanlah agar aku berubah..
dan jika esok aku lena tanpa terjaga,
iringlah lenaku dengan kalungan doa..
berjanjilah sahabat,
ukhwah kita untuk selamanya..
janganlah kerna sekecil-kecil perkara,
satu ikatan yang kita simpul dulu terlerai...

        ``Bukhari.. nah ambil ni..“ Muhammad Zikri menghulurkan sekeping kertas.

        `` Subhanallah... indahnya kata-kata ni.. tapi bila masa kau ni pandai berpuisi , Muhammad?? Setahu aku kau ni budak skema..“ Aiman Bukhari ketawa kecil. Namun jauh disudut hatinya, dia tahu apa yang cuba disampaikan sahabatnya itu. Muhammad Zikri mencebikkan bibirnya.

        ``Sorry, my friend.. aku bergurau je tadi.. aku mintak maaf ea.. okay, apa yang sebenarnya kau nak beritahu aku melalui kata-kata ni? Kau kecil hati dengan aku ea? Okay la.. kalau aku ada buat salah dengan kau selama ni, aku mintak maaf sangat-sangat.. can you accept my apologise? Hmm?“ Muhammad Zikri tersenyum menahan ketawa yang bila-bila masa saja akan terburai.

        `` Apalah kau ni Bukhari..maaf aku sentiasa bersama kau.. aku cuma nak hilangkan rasa tension je tadi sambil-sambil mengasah bakat yang sedia ada.. and for your information, aku ni tak delah mamat skema sangat.. aku ni wakil sekolah dulu dalam pertandingan sajak tau..“

        `` Yelah Encik Muhammad Zikri! Macam manelah kau tak tension, menghadap buku 24 jam.. cuba kau pergi main bola sekejap waktu petang, pergi joging selepas subuh.. ni tak.. otak tu pun nak rehat jugak..“

        `` Tak delah sampai 24 jam aku study..kalau aku study 24 jam, alamatnya aku tak solat, tak makan, tak tidur lah kan.. kau lainlah Bukhari.. kau otak genius.. pegang buku pun da faham. Bukan macam aku. Aku kena study hard, dari kulit ke kulit aku kena baca, baru aku faham..Tapi apa-apapun, aku tetap yakin dan percaya dengan rezeki Allah.. Allah itu Maha Pemurah, Maha Pemberi Rezeki dan Maha Adil.. I believe that..“

Aiman Bukhari terdiam seketika memikirkan sesuatu.  Satu persoalan mula bermain diruang mindanya.

        `` Muhammad, bercakap pasal Allah Maha Adil la kan, apa sebenar  maksudnya?? Kadang-kadang aku rasa Allah itu tak adil pada aku.. aku bukan nak mempersoalkan kekuasaan Allah tetapi tulah yang asyik ganggu minda aku ni.. mohon perjelasan ya ustaz..“

        `` Allahu Robbi.. kalau nak merungkai bab ni.. panjang  Bukhari.. tapi tak pelah.. aku cuba pendekkan .. firman Allah ayat 40 surah An-Nisa’ yang bermaksud ‘Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah dan jika ada kebaikan sebesar zarah nescaya Allah akan melipat gandakannya serta memberikan dari sisi-Nya pahala yg besar‘... Kalau kita membaca dan mengamati ayat ini betul-betul, betapa Allah Maha Adil pada hamba-Nya sehingga tidak ada amal baik yang sia-sia dari hambaNya jika dikerjakan dgn ikhlas dan tidak bertentangan dgn syariat. Amal yg baik itu akan mendapat kebaikan walaupun sebesar zarah. Bukhari, kadang-kadang kita yang tidak adil pada diri kita dalam membuat pilihan. Jangan kerana kelemahan kita, kita menyalahkan Allah.”
      `` Astghfirullahalazhim.. aku khilaf.. maafkan aku Muhammad.. Aku ni masih jahil dalam ilmu-ilmu agama.. Kerana ujian yang kecil yang Allah bagi pada aku, aku katakan Allah itu tidak adil.. sedangkan Allah itu Maha Adil..”
      `` Manusia itu tak pernah lepas dari melakukan kesilapan. Walau sebesar manapun dosa kita, tapi kalau kita bertaubat, insya Allah.. Allah itu Maha Pengampun. Allah memberi ujian kepada hambaNya mengikut kemampuan hambaNya.. Cuba Bukhari buka Al-Quran sekarang, buka surah Al-Baqarah ayat 286.. ‘Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.(mereka berdoa dengan berkata): “ Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”

“ Baru aku faham sekarang makna Allah Maha Adil.. Setiap manusia diberi ujian yang berbeza mengikut kemampuan masing-masing.. yang kaya mungkin diuji masalah kesihatan, masalah anak-anak.. yang miskin mungkin diberi nikmat sihat, anak-anak yang soleh..and so on.. subhanallah.. Alhamdulillah, thanks Muhammad…”

 “ Alhamdulillah.. Itulah yang aku kata tadi.. Walau macam mana sekalipun aku kena study, andai Allah mentakdirkan result aku tak segempak orang lain, aku redha.. because I believe Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan Allah Maha Adil.. Mungkin Allah tidak memberi rezeki melalui pendidikan tapi boleh jadi melalui ketenangan hati kita, mendapat anak yang soleh, kesihatan yang elok…Kalau nak bercakap pasal ni sampai bila pun tak habis, terlalu banyak.. kalau ada masa terluang, kau pergilah library.. Kat situ tak silap aku ada beberapa buah buku yang boleh menjawab semua persoalan kau, Insya Allah.. Ustaz pun ramai kat U ni.. kau pergi jelah tanya diorang yang lebih pakar..“

Bukhari hanya sekadar menganggukkan kepalanya. Di ruang fikirannya mula merangka jadual untuk berkunjung ke perpustakaan universitinya dan bertemu dengan ustaz. Dia nekad akan mencari dan mengutip ilmu-ilmu Allah. Bukhari menyesal kerana selama ini dia sudah membazirkan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.  Dahulu,waktu senggangnya sering diisi dengan melepak bersama kawan-kawannya yang tidak bermoral. Kini, dia nekad dan cuba beristiqamah untuk mengisi ruang masanya dengan mencari ilmu-ilmu Allah.

        `` Bukhari, nanti kalau kau dah dapat jawapan yang betul, sahih lagi meyakinkan, kau cerita kat aku ea.. manalah tahu apa yang aku beritahu kat kau tu salah.. tak pasal-pasal aku berdosa..“

        `` Insya Allah..“