Tuesday 23 October 2012

Hati Yang Satu


Matanya khusyuk meneliti pemandangan di sepanjang perjalanan. Hatinya semakin rancak mengalun zikir memuji Sang Pencipta. Subhanallah… indahnya ciptaan Mu. Betapa ruginya mereka yang tidak menghayati di sebalik setiap ciptaan Mu… Na`uzubillah… Jauhkanlah aku daripada bersikap sedemikian.. Selang beberapa seketika, dibetulkan kedudukannya. Separuh perjalanan daripada Kota Bharu ke Melaka yang memakan masa hampir 12 jam cukup memenatkan. Nur  kembali melontarkan pandangannya ke luar tingkap bas ekspress tersebut. Kebetulan dengan izin Allah, saat wajahnya berpaling kearah tingkap, matanya menangkap suatu pemandangan yang terlalu banyak kenangan manis dan pahit. Di sebalik wajah yang tenang, tersembunyi suatu keperitan jauh di sudut hatinya.

                “ Nur… kalau Zul tanya something boleh  tak..??”  Penerangan daripada jurulatih tidak lagi di endahkan. Mata Khairul Zulkifli tajam menikam wajah milik Nur Zahra yang masih memandang tanah. Hanya anggukan sebagai isyarat membenarkan lelaki itu terus berkata-kata.

                “ Andai kata di takdirkan Allah.. Zul masuk meminang… Nur terima tak Zul..??” Menyerap darah Nur hingga ke mukanya. Merah mukanya menahan perasaan malu serta terkejut. Perlahan-lahan, Nur mengangkat mukanya memandang seraut wajah yang tidak asing lagi baginya setelah hampir tiga bulan menjalani Program Latihan Khidmat Negara. Pandangannya mula beralih.

                “ Zul… kita ni masih muda.. 18 tahun baru.. Pemikiran kita tak matang lagi.. Lagipun, Nur tak bersedia untuk hal-hal macam ni.. Dalam kepala otak Nur sekarang ni adalah belajar..”

                “ Zul pun nak sambung belajar.. Zul tak minta kita kahwin terus tapi kita tunang la dulu..”

Belum sempat Khairul Zulkifli menghabiskan luahan hatinya, Nur Zahra  di tarik oleh kawan baiknya, Siti  Zahidah meninggalkan Khairul Zulkifli terpinga-pinga seorang diri. Jauh di sudut hati Nur memang inginkan satu ikatan di antara mereka. Masakan tidak.. jiwa seorang remaja apatah lagi fitrah manusia itu ingin di sayangi dan ingin menyayangi.Namun, Nur segera beristighfar.. kembali kealam realiti.. cuba berpaksi pada realiti kehidupan yang penuh pancaroba terutamanya percintaan dalam kalangan remaja pada hari ini. Realiti kehidupan dirinya yang cuba meneggakkan kembali bi’ah solehah di sekelilingnya.. Dia tahu mengapa kawan baiknya mengambil tindakan yang sedemikian.. Seorang kawan yang cuba menghalang sahabatnya daripada melakukan kemungkaran. Matanya cuba menyelongkar disebalik wajah yang mula masam mencuka. Siti Zahidah. Marah ke dia pada aku?? Nur terus mengamati wajah dihadapannya mencari kepastian akan makna disebalik raut wajah yang masam..

                “ Sorry lah Nur.. Idah tak bermaksud nak bersikap kurang ajar tadi.. but… Idah kenal orang macam Zul tu… buaya darat, buaya tembaga… saya tak nak kawan yang saya kenal ni yang asalnya kuat pegangan pada ‘no couple’ tercouple pulak..” muncung bibir Siti Zahidah tanda tidak setuju dengan tindakan Khairul Zulkifli.

                “ Hmm.. sayang jugak Idah kat Nur ye… hehe… Nur tahu mana yang baik, mana yang buruk… Akal ni masih waras untuk berfikir… syukran ya sohabati… to take care of me..” tersenyum manis Nur Zahra sambil mencubit pipi gebu Siti Zahidah. Mereka berpelukan mengalirkan kasih sayang dan kekuatan dalam diri masing-masing.

                Masa berlalu detik demi detik, hari demi hari. Tiga bulan berlalu tanpa di sedari. Aktiviti harian di Kem Latihan Khidmat Negara di laluinya dengan pasrah walaupun dalam diam hati memberontak dan terpaksa. Bukan tidak sudi menimba pengalaman namun ciri-ciri keislaman hanya 50% sahaja diamalkan. Hanya sekadar mewajibkan pelatih solat berjemaah di surau, pemakaian tudung dan jaga batas pergaulan yang seadanya. Walaupun tudung di wajibkan namun baju pelatih perempuan a.k.a wirawati masih tidak menepati syariat yang telah digariskan oleh Islam.  Menampakan segala perhiasan dalaman yang sepatutnya disembunyikan bagi seorang muslimah. Sedangkan Allah memerintahkan hamba-hambanya agar menutup aurat dengan sempurna. Jelas sekali perintahNYA dalam ayat 31 dalam surah An-Nur, malahan ada dalam beberapa surah yang lain mengenai tatacara pemakaian mengikut Islam terutamanya bagi perempuan.

                Dalam membenci kemungkaran, dirinya mula bergelumang maksiat dan dosa. Mulut petah berbicara mengatakan itu dan ini. Namun secara praktikalnya, belum pasti bisa melakukan apa yang diperkatakan. Apatah lagi berkaitan soal hati. Dalam hati siapa yang tahu. Hanya Allah dan diri sendiri. Diri sendiri pun belum tentu pasti apa bicara hati. Kadang-kadang keliru, kadang-kadang pasti. Dalam diam hatinya mula tertaut dengan si dia. Mana mungkin tidak. Tidak pernah ada orang yang meluahkan cinta secara telus dengannya. Ya dulu pernah tapi melalui pihak ketiga. Tambahan waktu itu dirinya tinggal dalam suasana islami yang sentiasa ada teguran dan nasihat daripada sahabat-sahabat. Namun kini tiada siapa yang menegur dan memberi nasihat. Mungkin ada. Namun hati telah dibutai hawa nafsu.Manusia tiada siapa yang tidak pernah melakukan kesilapan. Fitrah manusia itu sendiri bersifat pelupa. Perlu diingatkan setiap masa.

                `Demi masa! Sungguh manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.’  -Surah Al-Asr,ayat 1-3 -

                Sememangnya Nur Zahra telah menolak cinta Khairul Zulkifli. Sukar bagi Zulkifli menerima kenyataan bahawa seorang gadis telah menolak cintanya. Sebelum ini tidak pernah ada perempuan yang  menolak untuk berpacaran dengannya. Melainkan dirinya sendiri yang menolak ajakan itu. Ini kali pertama dalam hidupnya. Kesannya, mereka saling  tidak bertegur sapa sehingga kawan-kawan yang lain merasa hairan. Kebiasaannya Zulkifli sentiasa akan menyakat dan mengusik Nur tapi hampir dua minggu masing-masing menyepikan diri. Masing-masing melakukan hal sendiri. Tidak lagi kedengaran nada marah-marah serta usikan.

                “ Nur.. Iqa tanya sikit boleh..? Tapi jangan marah atau terasa tau..” Zulaikha cuba memulakan bicara, bimbang Nur akan tersinggung.

                “ mmm…. Apa dia? Cakap jelah.. Iqa kan kenal Nur macam mana, orang yang susah marah melainkan mengenai agama.. silakan..tafadhol masykura..”

                “Errmm.. Nur gaduh ye dengan Zul?? Bukan apa tapi kami semua tengok Nur dengan Zul tak bercakap..da lama kami perhatikan.. Kalau ye pun Nur tolak cinta Si Zul si buaya darat tu… janganlah sampai tak bercakap.. Kita kan dah nak balik.. tak suka la tengok orang gaduh-gaduh..”

                “ Owh.. pasal ni.. tak tahu la Iqa.. Nur tak de la nak marah ke ape.. Lagipun Nur Cuma tolak cinta dia bukan tolak persahabatan.. tapi kalau dah dia senyap, Nur nak cakap ape dengan dia.. Nur tak suka, Nur yang mulakan.. malu..Iqa.. nanti nampak macam Nur pulak yang terhegeh-hegeh kat dia.. Nur tak nak timbulkan fitnah.., biar Allah saja yang tentukan ye.. dah la malas nak cakap pasal ni lagi.. Jomlah tidur esok ada kawad..”

                “Betul cakap Nur tu Iqa.. dah la tak payah la cakap pasal si buaya tu.. tak suka..” Zahidah menyampuk setelah hanya mendengar semenjak tadi.

                Nur membaringkan badannya dan menghadap ke sebelah kanan, mengikut sunnah Rasulullah saw. Menitis air matanya. Sebab?? Dia sendiri tidak pasti sebab musabab dia mengalirkan air mata. Teringat surat yang dikirimkan oleh Zulkifli melalui Aqilah dua hari yang lepas.

                “ Bismillahirahmanirahim.. Assalamu’alaikum Nur.. Maaf andai surat ini mengganggu hidup dan fikiran Nur.. Zul tulis surat ni untuk menjelaskan hasrat Zul terhadap Nur.. untuk pengetahuan Nur, Zul sememangnya serius, tak pernah main-main apatah lagi nak memainkan perasaan Nur yang bagi Zul, Nur adalah seorang yang begitu baik dan begitu istimewa buat Zul..Tak mungkin Zul mengecewakan Nur.. Nur tolong la faham perasaan Zul..Assalamu’alaikum..”

                “Ya Allah, Engkau kuatkanlah hatiku ini dalam mentaati perintah Mu.. Janganlah Engkau biarkan hamba Mu ini lemas dalam dakapan dunia yang penuh tipu daya.. amin ya rabbal alamin..” Nur hanya mampu berdoa, air matanya terus mengalir bimbang akan dirinya yang lemah. Akhirnya dia terlelap dek buaian zikir yang bermain di bibir.

                Masing-masing berlagu riang. Masakan tidak, hari yang ditunggu-tunggu selama ini akhirnya tiba jua. Tamatnya latihan disini telah menghasilkan 1001 kenangan buat mereka. Dalam riang ada hiba. Walaupun hati melonjak keriangan untuk berjumpa insan tersayang di rumah masing-masing, namun air mata yang mengiringi perpisahan ini. Walaupun hanya tiga bulan tempoh mereka berkenalan, namun keakraban hubungan mereka jelas terpancar. Malam itu, Nur, Zahidah, Iqa, Illa dan Fatin masing-masing berkongsi cerita seperti malam-malam sebelumnya. Berkongsi masalah, tidak kira keluarga, cinta mahupun sahabat. Iqa a.k.a Zulaikha seperti kebiasaan meluahkan rasa yang sudah lama terpendam mengenai masalah yang dihadapinya bersama ayahnya. Seorang ayah tegar menafikan status anak kandung sendiri selepas menikahi perempuan lain, berkeluarga lagi buat kali kedua. Seorang ibu tidak mampu memberi kata putus, hanya mampu menitiskan air mata dan terus berdoa agar segalanya kembali seperti sediakala. Di sudut hati Nur, Nur bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang harmoni dan berlatar belakangkan agama. Alhamdulillah.

                Illa a.k.a. Syakilla pula tidak pernah kering dengan masalah cintanya yang selama ini dianggap tulus. Namun, lelaki semuanya sama. Suka memainkan perasaan perempuan. Lelaki itu, Afiq ,ya Afiq! Lagak beraninya mengucapkan kalimah cinta dihadapan orang ramai terhadap Illa, membuatkan Illa keliru dengan perasaannya. Sebelum bercinta dengan Afiq, Illa sebenarnya mencintai seseorang yang bagiku dirinya dekat dengan Allah, Syahrul namanya. Namun hanya disebabkan Syahrul tidak membalas cintanya, Illa mengambil jalan mudah dengan memilih Afiq sebagai pacarnya. Perempuan. Terlalu mudah. Akhirnya, Illa sendiri yang kecewa apabila mendapat tahu bahawa sebenarnya Afiq dicabar oleh seseorang yang sangat rapat dengan Illa, Arman. Begitulah manusia yang egois. Pantang dicabar pasti tercabar.

                Fatin seorang yang ceria, masalah tidak pernah dipendamnya. Jika ada, pasti segera diselesaikan walauapapun caranya. Malam itu, Nur, Zahidah dan Fatin menjadi pendengar yang setia. Klimaks pada malam itu, semua mata memandang menusuk wajah Nur Zahra. Pandangan masing-masing penuh dengan persoalan untuk dilontarkan buat Nur.

                “ Nur?? Tak kan takde masalah. Lebih-lebih lagi pasal Si Zul tu..” Illa meleraikan segala pandangan terhadap Nur.

                “ Insya Allah takde masalah.. Zul??? Kami takde ape-ape.. kawan biasa macam dengan yang lain lah.. lagipun, kamu semua dah lupa ke ‘ Mafi Qalbi Ghoirullah’.. Takde siape-siape dihati ini melainkan Allah…Cinta yang membawa kebahagiaan adalah cinta selepas kahwin.. sebelum kahwin.. no.. no.. never and ever..faham??” Tenang Nur menjawab, merungkai semua persoalan yang bermain difikiran kawan-kawanya. Jauh di sudut hatinya, ‘Benarkah apa yang aku katakan ini.. tipu kalau aku katakan aku tidak menyukainya.. Ya Allah, tolong hamba Mu ini..’

                ‘’ Ye lah Cik Nur Zahra… tapi kau kena pegang kata-kata kau ni.. Bukan ape, aku takutlah kan kau jadi macam si Illa ni.. mula-mula jual mahal, asyik lari daripada Afiq tu..last-last couple jugak.. tengok sekarang apa jadi… argh!!! Sakitlah.. ‘’ Illa mencubit pipi Zahidah apabila mendengar kata-katanya.

                ‘’Insya Allah… Cuma, Nur nak tahu satu perkara… ape yang menyebabkan Zul boleh berkenan dengan Nur.. sampaikan dia boleh jadi sasau macam tu.. Kalau nak kata Nur ni cantik.. biase je.. Cantik lagi si Aimi tu..Badan dah la macam model, muka pun boleh tahan gak..Nak dibandingkan dengan Nur yang pendek lagi tembam ni.. tolong la beritahu.. korang kan rapat dengan dia..’’ Terbatuk-batuk Iqa, Fatin dan Illa.

                ‘’ Ok… Kalau, Iqa beritahu, Nur jangan cerita pulak kat Zul yang kitorang cerita.. Macam ni..mmm… adalah satu malam tu.. dia mimpi mak dia sarung cincin dekat jari Nur.. tiga kali dia mimpi.. Yang tu lah sebab dia jadi macam tu.. Lagi satu, sebab… dia cakap kalau nak cari isteri, carilah yang beragama… tu jelah yang dia cakap…’’
                ‘’mmm… mimpi je kot, yang tu pun nak kecoh.. Tapi, kenapa saya..kenapa Nur..?? Why must me in his dream??? Ya Allah aku tak faham apa yang Kau cuba tunjukkan kepadaku.. Janganlah Kau uji aku dengan ujian sebegini… sakit..’’ akhirnya menitis jua mutiara jernih.

                 ‘’Dah la tu Nur.. Jangan difikirkan sangat hal tu.. jomlah kita tidur, nanti lambat pula kita bangun subuh.. nanti tak pasal-pasal kena denda dengan ustaz… eh dah tak de denda aku lupe… esok hari terakhir kita kat sini..’’ dalam tawa ada sendu. Lena masing-masing bergelinang dengan air mata.

Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
sukar dan duka
 tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta
sepi hadir bagai teman sejati
diantara lelahnya jiwa
 dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku
meski kurapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
 namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya diriMu yang bertakhta
detik waktu terus berlalu
segalanya berakhir padaMu

           Setahun sudah berlalu. Namun bagaikan baru semalam semua itu berlaku. Perasaan itu cuba diusir sejauh-jauhnya. Sejauh yang mungkin. Cinta Nya kini didambanya penuh harapan. Dalam hatinya mengharapkan hanya diri NYA yang bertakhta. Indahnya apabila bercinta dengan si DIA. Segalanya halal, tiada yang haram, tiada yang menghalang. Tenang dijiwa kukecapi. Berdua dengan Nya bukanlah khalwat, berbicara dengan Nya bukanlah zina lisan. Detik waktu sentiasa bersama Nya. Gembira bukan kepalang. Sakinah dan hidayah yang selalu dipinta di makbulkan. Namun, setiap hambaNya pasti diuji. Ketulusan cintaku diuji lagi. Jiwa yang rapuh mula curang pada Nya. Cintaku mula berbelah bahagi. Khairul Zulkifli sekali lagi muncul di alam maya. Sebuah e-mail sudah cukup membuatkan hatinya yang tenang bergelora kembali.
          
FROM: Zul_zulkifli
TO: Nur Zahra
“ Seandainya dirimu tahu, hanya engkau yang bertakhta dihatiku. Memang kuakui kisah silamku yang aku adalah seorang buaya darat dipandanganmu. Kini aku bukan lagi seperti itu. Kini aku mencari jalan pulang pada Nya. Sudikah engkau menjadi lampu yang menerangi perjalanan hidupku??”

     Mudah sekali kata-kata itu ditaip oleh si dia persis air yang mengalir tanpa sebarang halangan. Jiwa berkecamuk kembali. Cinta yang sudah dilupakan kembali menuntut natijahnya. Lantas jari jemari mula mengatur langkah. Segalanya harus diperjelaskan segera. Tidak mampu lagi hati menanggung persoalan demi persoalan yang hadir bertandang tanpa dipinta.

FROM: Nur Zahra
TO: Zul_zulkifli
“ Bismillahirrahmanirrahim…Alhamdullillah, jika  penghijrahan dirimu itu adalah benar. Masih ramai kaum Adam diluar sana yang boleh membantu dirimu pulang kepangkal jalan.Carilah mereka terlebih dahulu. Dan ketahuilah  bahawa hati ini HANYA mencari CINTA YANG HALAL disisiNYA. Tidak sanggup jasad dan roh ini menanggung azab NYA kerana melanggar perintahNYA yang engkau sendiri pun tahu.. ` Jangan engkau dekati zina’. Titik. Segalanya sudah jelas dalam kalamullah itu. Maaf. Aku hanya mencari seorang nakhoda sekaligus imam dalam bahtera hidupku. Bukan seorang nakhoda yang hanya indah dipandangan manusia. Usah ganggu aku lagi!! Biar lah aku bahagia dengan cintaku kini. Hatiku hanya satu. Jika ku berikan hati ini padamu, hati mana yang harus aku bagi padaNYA?? HATI YANG SATU UNTUK YANG SATU...”

     Hatinya berlagu memohon kekuatan. Air mata mula membasahi pipi mulusnya. Cinta yang bertandang di singkirkan semampu yang mungkin. Bukan sengaja melindungi perasaan itu, tetapi bimbang dirikan terleka dengan fatamorgana sedangkan semua itu tidak menjanjikan kebahagiaan yang hakiki.` Ya Robbi, berikanlah aku kekuatan. Jangan biarkan aku hanyut dalam laut dunia yang takkan pernah surut dengan geloranya.’  Biar sendirian hingga hujung nyawa asalkan tidak sepi dari kasihNya. Kini satu perkara yang pasti dihatiku. Hati yang satu hanya untuk yang Maha Satu. Tidak lain tidak bukan, hanya Allah yang berhak keatas hati ini.