Wednesday 30 January 2013

Jagalah Allah, Allah akan menjagamu

Daripada Ibnu Abbas, suatu hari aku berada di belakang Rasulullah saw. Baginda bersabda kepadaku : 

“ Wahai anak, aku akan ajar beberapa kalimah :
Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu
Jagalah Allah, pasti kamu akan mendapatiNya dihadapanmu
Kenalilah Allah pada saat lapang (senang) nescya Dia akan mengenalimu ketika sempit (susah)
Jika kamu memeohon, maka pohonlah kepada Allah
Jika kamu meminta pertolongan, maka mintalah kepada Allah
Ketahuilah bahawa sekiranya semua makhluk berkumpul untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan berupaya memberikan kamu manfaat kecuali apabila hal itu telah ditakdirkan kepadamu
Dan sekiranya mereka berkumpul untuk mendatangkan suatu bahaya(mudarat) kepadamu, nescaya mereka tidak berkuasa untuk mendatangkan bahaya itu kepadamu kecuali apabila hal itu tela ditakdirkan untukmu
Pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering. Maka, apa sahaja yang ditakdirkan menimpamu, pasti tidak akan luput daripadamu dan apa sahaja yang diakdirkan luput daripadamu, pasti tidak akan menimpamu.
Ketahuilah sesungguhnya bersama kesabaran ada kemenangan dan bersama musibah ada jalan keluar dan setelah kesulitan ada kemudahan”
(Riwayat at-Tirmizi)

Menjaga Allah disini bermaksud :
Apa-apa sahaja yang kita lakukan, kita mendahulukan Allah.
Sentiasa bersyukur.
Meninggalkan apa yang dilarangNya, membuat apa yang disuruhNya.
Bertawakal sepenuhnya kepada Allah.

Sumber rujukan : buku Q&A.

Monday 28 January 2013

LUHUR - Kamikaze

Singkap kembali detik akhir bersama
Linangan air mataku menitis
Dalam pelukkan dakapan yang terakhir
Mengalir darah membasahi bumi.

Pergi yang tak kembali
Untuk selamanya
Segar indah namamu, dihatiku…

Perjuanganmu bagai lilin membakar
Bersinar menerangi kegelapan
Rela berkorban merodah onak berduri
Jasa baktimu sejernih air dikali

Bersemadilah engkau aman dipusara
Sinar cahaya menyinari keramatmu
Berjihad kian menitis oh darah terakhir
Menjadi lambing cinta yang terluhur

Sayu dan pilu bermain dijiwaku
Hilangmu kini tiada pengganti
Hanya namamu tersemat dikalbuku
Menjadi satu kenangan abadi.




Ragam pejuang


“ Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang yang berkehendak (kepadaNya) dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan seperti kamu ini ”                                     
                                                                                                                ( Surah Muhammad : 38 )

Ayat Allah cukup menggentarkan
Dia tak teragak-agak membuat tapisan
Buat hambaNya yang bermalas-malasan
Senantiasa mencipta alasan
Liat dengan dakwah dan peningkatan.

Mahu diketuk berterusan
Tidak menjadikan penggeraknya iman
Cinta Allah dibuat khayalan
Bimbang kelak diri akan terbuang
Daripada jalan dakwah dan penuh ujian
Dibiarkan Allah dengan keasyikan
Tertipu dengan jalan keharuman.

Ketahuilah puteriku
Allah memelihara jalanNya
Agar disusuri hati yang bersih
Sarat ketakwaan
Merindui wajahNya, jua keredaan
Itulah jiwa insan pejuang
Bimbangilah sayangku daripada memiliki
Jiwa munafik, bertopeng ketaatan.

(Petikan daripada novel karangan Fatimah Syarha)

Wednesday 23 January 2013

Zabarjad buatmu wanita

Kedengaran suara-suara sumbang yang tidak enak didengar. Kata-kata benci dilontarkan.

“ Aku benci la lelaki yang perasan hensem.. Aku benci la perempuan yang perasan cantik..”
“Aku tak faham la kenapa kawan aku yang sorang tu suka sangat kat mamat tu.. nak kata hesem tak..”
“ Wei… aku suka kat dialah.. tapi senyap jelah.. aku tak cantik.. mesti dia tak suka kat aku”

Aku teringat satu kata-kata:

“ Sekali wanita TERGODA,
Gugurlah sekuntum WARDAH di syurga,
Sekali wanita TERNODA,
Berdekah-dekahlah SYAITAN di neraka.”

Aku cuba ingatkan mereka dengan kata-kata ini. Jangan terlalu mudah tergoda dengan lelaki. Jangan terlalu mudah untuk jatuh cinta. Carilah cinta Allah dalam hati, kelak hatikan lebih tenang. Mencari cinta manusia menyakitkan. 

Cinta manusia umpama gula. Gula itu manis, memberi sedikt tenaga. Namun, AWAS!! Jika terlalu banyak gula yang diambil, ia menjadi penyakit. Begitu juga dengan cinta manusia. Ia sesuatu yang manis tetapi jika terlalu mencintai manusia lebih daripada penciptanya(ALLAH), Ia sesuatu yang sangat menyakitkan.
Namun setiap kata-kataku disangkal.

“ Kau senanglah cakap. Kau cantik. Tak perlu cari. Orang yang datang terhegeh-hegeh kat kau”

Astaghfirullahal‘azhim…Aku beristighfar panjang. Teringat kembali pesanan Saidatina Aisyah radiallahu anha..:

“ Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang”

Sesuai dengan Firman Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 31:

  Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali yang biasa terlihat(wajah dan tapak tangan)….(sehingga akhir ayat…)”

Allah sudah mengingatkan kita. Rasulullah juga sudah mengingatkan kita agar menjaga pandangan. Ini adalah untuk menjaga hati kita daripada tergoda. Menutup aurat agar kita tidak dipandang oleh yang bukan muhrim.

“ Jangan kau merasa bangga dengan kecantikkanmu yang dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu, tetapi itu adalah satu penghinaan. Jika kau merasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir dipantai yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja, dimana seorang pengemis pun mampu memilikinya. Tetapi jika menganggapnya sebagai satu musibah, satu ujian dari Allah pada dirimu, kau telah memuliakan dirimu standing mutiara ZABARJAD. Yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja.”

Ingatlah sabda Rasulullah SAW :

“ Dunia itu adalah perhiasan. Dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”

Dan ingatlah wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang. Jaga pandangan, Jaga iman, Insya Allah, Allah akan jaga kita..

Monday 21 January 2013

Kau Pergi Dulu..

   Dulu salamku, kau sambut,
kini salamku, disambut sepi,
Dulu pelukanku, kau balas,
kini pelukkanku, dibalas kaku,
Dulu bila aku ingin mencium pipimu, kau elak,
kini bila aku menciummu, kau relakan sahaja,
Dulu airmataku engkau seka,
kini airmataku terus mengalir tanpa henti,
Dulu aku selalu mendengar suara kau,
kini suara kau hanya dimindaku,
Tak sempat aku berjumpa denganmu,
Namun aku harapkan semoga kita berjumpa disyurga nanti.
 Kau pergi dulutanpa menungguku.
Kerna takdir, aku relakan jua.
Ya Allah, Kau tempatkan sahabatku bersama orang2 yang Engkau redhai.

# Pada jam 9.30 pagi 20/1/2013 bersamaan 8 rabi'ul awal 1434, sahabatku yang aku sayangi, Siti Hajar binti Ahmad Sabir telah pergi selama-lamanya bertemu kekasih abadi. Alhamdulillah, segala urusan jenazah, Allah permudahkan. Semoga Allah mencucuri rohnya. Al-Fatihah....