Wednesday 1 June 2016

Pot Pet Merapu Ada Isi

         Assalamu'alaikum. Entry kali ini aku mengarut2 je kot. Sekadar meluahkan apa yang ada dalam hati. Kalau tak suka boleh buka laman sesawang lain ya. Tutup je blog yang entah apa-apa ni. *peace no war* smile*

       Pertama sekali, aku nak berkongsi perasaan aku yang tak boleh nak move on lagi daripada cerita Descendants of the Sun. Hahahaha.. ok kali ini kita masuk bab Korea sikit ea. Mungkin sebahagian yang menonton drama ini melihat daripada sudut percintaan. Jangan fikir aku minah kpop pulak. Namun, aku menonton drama ini daripada sudut tugas askar, doktor, pemimpin dan sukarelawan. Dari sudut tanggungjawab. Serius, selepas tonton drama ni, semakin membuak-buak perasaan untuk menjadi sebahagian salah satu watak dalam drama ni. *berangan ada awan atas kepala* Yang dimaksudkan menjadi salah satu watak dalam drama ni bukanlah jadi pelakon. Hakkkksss! Kalau aku berlakon tiap-tiap tahun dapat awards nanti.. Bluekkk!!! *mata keatas tangan dibahu* Menjadi watak dalam dunia sebenar.

     Impian sejak kecil untuk menjadi doktor, askar, sukarelawan dan juga pemimpin. Semua tu menjadi impian semasa kecil dan masih lagi berbaki harapan itu didalam hati sehingga hari ini. Namun aku bukanlah mampu untuk menjadi semua itu. Tetapi tidak salahkan menaruh harapan sedemikian??? Menjadi askar muslimah yang mengikut syariat, yang mempertahankan perbatasan negara, yang sedia berkhidmat dalam apa jua keadaan. Mungkin "askar" dalam mempertahankan iman, syariat Islam. Sentiasa berkorban demi agama. *walaupun hakikat sebenarnya suka pakai baju askar tu..hehe, rindu zaman plkn*

      Menjadi doktor yang faqih dalam hal fiqh perubatan. Mampu berkhidmat dalam apa jua kondisi dan emosi. Tidak mengira pesakit itu adalah musuh atau berada dipihak yang sama. Suka melihat mereka yang berkot putih ni bekerja. Penat memang penat namun ada kepuasan bila mana mampu mengharungi segala mehnah dan tribulasi semasa rawatan dilakukan. *cewahhh ayat ko..* Menjadi pemimpin yang berkaliber dan berintegrasi. Sanggup menanggung sekiranya berlaku apa-apa kepada negara atau organisasi yang dipimpinnya. Take a responsibility. Tak nak sentuh sangat sal pemimpin sebab tak berapa nak minat walaupun pernah berangan. hoho..

      Yang ni part paling aku nak jadi. Menjadi sukarelawan. Sukarelawan dinegara sendiri atau mana-mana negara. Part ni yang paling aku nak tapi aku tak tahu nak describe macam mana. Mungkin entry akan datang aku pot pet sal volunteer ni. Hihiihi..

***
Itu je la kot yang aku nak merapu meraban pada entry kali ni. Ok sekian daripada Cik Minah Kecil Comel Molek *Panggilan staff pada aku kat tempat intern*.

Friday 15 April 2016

Khadijah Inspirasi Pertiwi

Assalamu'alaikum semua.. alahai kesian kat blog ni. Lama tak dibuka oleh tuannya ni. Maaf la busy sikit kebelakangan ni. (busy la sangat *angkat tangan kat bahu, mata keatas*)

Btw, Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Hanya mencuba nasib, tetapi rezeki Allah nak bagi. Top 5 dalam pertandingan mencipta sajak sempena konvensyen Khadijah anjuran Nisa'.

Nah... Aku belanja korang sajak yang tak berapa nak best sangat ni tetapi ada maksud yang aku cuba sampaikan..hehe..

KHADIJAH INSPIRASI PERTIWI

Pengorbananmu tiada tandingan
Hingga tulang belulangmu jadi taruhan
Dengan harapan Islam dijulang
Engkaulah wanita
Ummul Mukminin
Serikandi pertama ketika Islam mula berputik

Wahai muslimah
Susurilah perjalanan insan luar biasa ini
Ikutilah contoh wanita terulung
Menjadikan dirimu bidadari dunia

Wahai muslimah
Pintu syurga selangkah dihadapanmu
Usah menguncinya dengan tanganmu
Usah lagi beralasan
Usah lagi berdalih
Perjuangan dihadapanmu bukan mainan

Khadijah
Dikaulah inspirasi sang pertiwi
Rela berkorban asal dakwah terlaksana
Terus mengalir diseluruh ceruk dunia
Biar kelam menjadi terang
Biar terang terus bersinar
Khadijah
Dikaulah inspirasi pertiwi
Sang pertiwi Islam


Nurul Hidayah Zaman
(Zahratul Syita’)
31 Mac 2016

Kuala Lumpur

Thursday 3 March 2016

LOVE YOU!!!


HAPPY BIRTHDAY MY LOVELY FATHER!!! Hampir lupa.. sorry ya pak..hehe.
Hadiahnya doa je yang mampu nak bagi..huhu.. Pa mitak kereta sebiji. HOHO.. Kereta mainan boleh la pa..

Coretan Budak Baru Belajar

Dimarahi, disindir, dipuji, dihormati.. macam2 ragam dialam pekerjaan ni. Macam-Macam Ado..hahaha.. Tapi relax la kan. Learn from mistake and improve it by time. Being positive while your boss in negative. Just my little advice for myself. 

The most important, terapkan nilai-nilai Islam dimana anda berada, dimana anda bekerja.. dimana sahaja.. *tetiba terbayang maskot digi kuning duk menyanyi* hahaha.. Menyumbang kepada Islam walau apapun pekerjaan yang anda ceburi. Aku sekarang di agensi Al-Faid Takaful Ikhlas. Alhamdulillah, banyak benda yang aku belajar. Nanti aku cerita balik ok.