Thursday 1 May 2014

Berkesempatankah Aku?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum. Apa khabar semua =D? semoga sihat semuanya, Insya Allah. Bagaimana dengan iman pada hari ini? Allahurabbi.. aku sendiri malu untuk menjawab soalan ini. Allah lebih mengetahui. Moga-moga ia kekal mencintai Allah hingga akhir.

Tak sangkakan, hari dah masuk 2 Rejab 1435... Sekejap je masa berlalu.. Baru sahaja merasakan Syawal tahun lepas...tuptup.. da masuk rejab tahun lain. Allah...Bagaimanakah amalan aku selama ini?? Lalaikah aku?? Dekatkah aku denganMu?? Allah.. Ya Rabbi, moga-moga Rejab, Syaaban dan Ramadhan menjadi asbab untuk aku lebih mendekatkan diriku denganMu. Menjadi wadah latihan untuk aku terus melangkah dibulan lain dengan hatiku dekat dengan Mu.

Namun, satu persoalan yang timbul, adakah aku masih diberikan kesempatan untuk berada dalam bulan Ramadhan kali ini???? Allah...rindunye aku pada bulan itu. Berada dalam bulan Rejab sahaja aku sudah mula rasa sebak. Mungkin diri ini terlalu banyak dosa, sehingga rasa tidak layak untuk berada dalam bulan Ramadhan. Tapi, aku yakin bahawa Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. :")