Btw, Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Hanya mencuba nasib, tetapi rezeki Allah nak bagi. Top 5 dalam pertandingan mencipta sajak sempena konvensyen Khadijah anjuran Nisa'.
Nah... Aku belanja korang sajak yang tak berapa nak best sangat ni tetapi ada maksud yang aku cuba sampaikan..hehe..
KHADIJAH
INSPIRASI PERTIWI
Pengorbananmu tiada tandingan
Hingga tulang belulangmu jadi taruhan
Dengan harapan Islam dijulang
Engkaulah wanita
Ummul Mukminin
Serikandi pertama ketika Islam mula berputik
Wahai muslimah
Susurilah perjalanan insan luar biasa ini
Ikutilah contoh wanita terulung
Menjadikan dirimu bidadari dunia
Wahai muslimah
Pintu syurga selangkah dihadapanmu
Usah menguncinya dengan tanganmu
Usah lagi beralasan
Usah lagi berdalih
Perjuangan dihadapanmu bukan mainan
Khadijah
Dikaulah inspirasi sang pertiwi
Rela berkorban asal dakwah terlaksana
Terus mengalir diseluruh ceruk dunia
Biar kelam menjadi terang
Biar terang terus bersinar
Khadijah
Dikaulah inspirasi pertiwi
Sang pertiwi Islam
Nurul Hidayah Zaman
(Zahratul Syita’)
31 Mac 2016
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment