Assalamu'alaikum..
Fuhhh...fuhhh... sudah berhabuk.. berapa lama dah aku tak buka blog ni..huhu..bz?? hurmmm.. ntah..haha.. sekejap masa berlalu. Baru sahaja menjejakkan kaki di bumi USIM ni 3 tahun lepas..eh, jap.. 3 thun lepas??? wowww... cepatnye masa berlalu...dah nak grad..hehe...baru rase semalam mendaftarkan diri di USIM ni. pejam celik, pejam celik dah masuk tahun ke 3. tinggal lagi 1 tahun tuk grad..
Bestnye grad.. pakai topi n jubah konvo...pegang bunga *ada awan atas kepala.berangan*
Eh, sabar... thesis x siap lagi..huhuhuhu...*nak give up rasenye*
wish me luck!!!!
BTW, sesape yang belum mengundi lagi hari ini, silalah...dijemput menghadirkan diri tuk mengundi..keputusan ditangan anda..*peace no war*
Letakkanlah semangat dan cita-cita setinggi bintang dilangit. Rendahkanlah hati serendah mutiara didasar lautan.
Thursday, 20 November 2014
Aku Bukan Ustazah
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.. semoga semua sihat. Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah.. masih diberi nafas dan nikmat Iman pada hari ini. Andai tiada nikmat ini, aku tidak tahu siapakah diriku yang sebenar.
Pernah orang bertanya kepadaku, mengapa dulu memakai tudung labuh, namun kini tidak lagi??? *senyum*tarik nafaslepas*senyum*
jawapan aku : Aku bukan ustazah. TETAPI AKU ADALAH MUSLIMAH.
Muslimah yang cuba berdiri dengan prinsip- prinsip Islam. Bagaikan mawar berduri. Bertudung labuh itu bukan kayu pengukur, bukan indikator bahawa dia adalah ustazah, dan juga beriman dan bertaqwa. Sejauh mana kita memahami syarat- syarat menutup aurat??? Yang bertudung labuh janganlah pula menyingkatkan tudung kerna ayat-ayat saya. Yang bertudung labuh teruskan memakai. Istiqamah. Alhamdulillah. sejuk mata memandang.
Namun aku punya alasan tersendiri. Didalam dunia aku, bukan tidak ramai yang memakai tudung labuh. Ramai saja. Tetapi aku cuba membawa suatu bentuk dakwah bil hal. Berselendang/ shawl tidak salah, tetapi biarlah mengikut syariat. Itu yang aku cuba bawakan. Namun ada sahaja yang memandang serong terhadap aku. Tak apalah. Aku tidak kisah. Asalkan Allah Maha Mengetahui. Allah yang menilai.
Baitul Muslim
Ramai yang bertanya kepadaku, bila nak mendirikan masjid???
*Senyum*tarik nafas lepas*senyum*
Jawapan aku: Biarlah dia datang pada waktu yang tepat, dengan cara terhormat, hingga aku merasakan tenang untuk menerimanya. *senyum*
Alam rumah tangga bukanlah suatu perkara yang boleh tangkap muat je. Namun memerlukan pandangan jangka panjang. Biarlah ia menjadi rahsia siapa dihati. Semoga Allah permudahkan segalanya. Sesungguhnya Dia Yang Maha Mengetahui.
Wednesday, 2 July 2014
Mati Itu 1 Kepastian
Mati itu satu kepastian. Tidak dilewatkan, mahupun
diawalkan. Bila tiba masanya, pasti akan berlaku. Pasti. Disaat kami sebagai
pelajar mengharungi dugaan peperiksaan. Dikala kami bersusah payah, berhempas
pulas mengulangkaji pelajaran. Hadir sebuah berita yang sangat membuatkan
hatiku tersentap. Kembali kepada Sang Pencipta.
“Ada budak tahun 2 accident. Aisyah Mohd Nor”
Allah… Sentap hatiku. Masakan tidak. Tatkala aku berhempas
pulas mempersiapkan diri untuk menjawab peperiksaan, berhempas pulas berjuang
walaupun hakikatnya hanya dengan beberapa helai kertas dan sebatang pen, Aisyah
pergi dulu menghadap Illahi.
Aku terfikir, andai aku berada di tempat arwah, adakah aku
sudah bersedia menjawab peperiksaan yang pengawas peperiksaan dan penanda
kertas peperiksaan adalah munkar dan nakir????? Apakah persediaan aku???
Allah…. Jauh sekali…Terlalu banyak kelalaian dan kealpaan dalam hidup. Andai
benar melakukan amal sekalipun, adakah ikhlas?? Adakah Allah menerima dan redha
atas amalan itu???? Allah…Astaghfirullah…
Riak dan takabur menjalari segenap dimensi hati. Sumu’ah
tidak terlupa bertandang… Astaghfirullah… Ya Allah ampunkan aku. Hidup ini
untuk mati. Semoga dalam bulan yang berkat ini, bulan Ramadhan, Allah ampunkan
dosa-dosaku, moga-moga Allah memberkati dan menerima amalanku. Semoga bulan
Ramadhan sebagai satu wadah, satu permulaan untuk dekat denganNya. Semoga terus
istiqamah.
Mungkin ada yang berkata “ relax la..mati tetap mati. Kita
yang hidup kena teruskan hidup. Nikmati hidup ini” Allah… ini bukan soal “aku
pun nak mati” “aku da x leh hidup tanpa dia” “xnak la enjoy, nak jadi zuhud.
Ingat mati selalu” “alah, ko ni. Orang duk citer pasal mati, ko pun nk
bercerita pasal mati. Cliché jelah…”. Tetapi dunia sudah semakin tua.
Tanda-tanda hari kiamat sudah terlalu banyak. Bimbang diri menyesal disaat
perhimpunan seluruh umat manusia di padang mahsyar.
“ Ya Allah, lembutkanlah lidahku untuk menyebut kalimah
lailahaillallah disaat sakaratul maut, Matikanlah aku dalam keadaan hatiku,
tubuh badanku beriman kepadaMu. Berikanlah aku husnul khatimah, jauhkanlah aku
dari su’ul khatimah”
p/s: mengingati mati itu menhidupkan jiwa (iman)
Thursday, 1 May 2014
Berkesempatankah Aku?
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum. Apa khabar semua =D? semoga sihat semuanya, Insya Allah. Bagaimana dengan iman pada hari ini? Allahurabbi.. aku sendiri malu untuk menjawab soalan ini. Allah lebih mengetahui. Moga-moga ia kekal mencintai Allah hingga akhir.
Tak sangkakan, hari dah masuk 2 Rejab 1435... Sekejap je masa berlalu.. Baru sahaja merasakan Syawal tahun lepas...tuptup.. da masuk rejab tahun lain. Allah...Bagaimanakah amalan aku selama ini?? Lalaikah aku?? Dekatkah aku denganMu?? Allah.. Ya Rabbi, moga-moga Rejab, Syaaban dan Ramadhan menjadi asbab untuk aku lebih mendekatkan diriku denganMu. Menjadi wadah latihan untuk aku terus melangkah dibulan lain dengan hatiku dekat dengan Mu.
Namun, satu persoalan yang timbul, adakah aku masih diberikan kesempatan untuk berada dalam bulan Ramadhan kali ini???? Allah...rindunye aku pada bulan itu. Berada dalam bulan Rejab sahaja aku sudah mula rasa sebak. Mungkin diri ini terlalu banyak dosa, sehingga rasa tidak layak untuk berada dalam bulan Ramadhan. Tapi, aku yakin bahawa Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. :")
Assalamu'alaikum. Apa khabar semua =D? semoga sihat semuanya, Insya Allah. Bagaimana dengan iman pada hari ini? Allahurabbi.. aku sendiri malu untuk menjawab soalan ini. Allah lebih mengetahui. Moga-moga ia kekal mencintai Allah hingga akhir.
Tak sangkakan, hari dah masuk 2 Rejab 1435... Sekejap je masa berlalu.. Baru sahaja merasakan Syawal tahun lepas...tuptup.. da masuk rejab tahun lain. Allah...Bagaimanakah amalan aku selama ini?? Lalaikah aku?? Dekatkah aku denganMu?? Allah.. Ya Rabbi, moga-moga Rejab, Syaaban dan Ramadhan menjadi asbab untuk aku lebih mendekatkan diriku denganMu. Menjadi wadah latihan untuk aku terus melangkah dibulan lain dengan hatiku dekat dengan Mu.
Namun, satu persoalan yang timbul, adakah aku masih diberikan kesempatan untuk berada dalam bulan Ramadhan kali ini???? Allah...rindunye aku pada bulan itu. Berada dalam bulan Rejab sahaja aku sudah mula rasa sebak. Mungkin diri ini terlalu banyak dosa, sehingga rasa tidak layak untuk berada dalam bulan Ramadhan. Tapi, aku yakin bahawa Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. :")
Wednesday, 12 March 2014
My Anthem is...
Assalamu’alaikum… Dah
lama rasenye tak menulis, eak? Apapun, I come back with my new story. Actually,
whats my new story??? Hahhaha…=.=”
Okay, two days, I’m tried to finish Anthem-Hlovate. (bila da
kena penangan novel..huhu…) Such a
beauty and great view about muslims. Kadang tu rase macam sedas atas kepala
sendiri..Zapp..Sometimes kite fikir apa yang kite buat tu da betul, perfect..
but actually not. Sometimes, kite judgemental luaran or tindakan seseorang.
Don’t judge a book from its cover.(Remember that!) Tapi kite lupa refleks pada
diri. Kite bising, sok sek sok sek at the back talking bad about someone, tapi
tak pandai nak menghulurkan tangan untuk berjalan seiringan dengan kite yang
kite rase da betul sangat, derr? (sarkastik).
For those who want to be practising muslim (not muslim on
the name only!), don’t give up!!! Everything takes time. Step by step my dear.
“Wrong is wrong even if everyone is doing it. And right is
right even if you are the only one doing it”
“We act on what believe in. We’re the ones who decide on who
and what we want to be. We’re the one making the choices.”
“Everybody has a past. Everybody lives a present. And
everybody deserves a future.”
*All this quotes I just c&p from that novel. Hehehe..
For those rase da bagus sangat tu (aku sekali ke?? Muhasabah
balik..), pergi dapatkan Clorox right now! Cuci, sental hati tu, biar
berkilat..Fahamilah Islam tu bukan untuk diri sahaja but tuk ummah. No judging
on one’s past because it might be your future. Islam itu bukan hak orang
sekolah agama, atau hak bangsa tertentu sahaja but Islam is for the entire
world.
“My anthem is… My syahadah.”
The beautiful anthem.
Oh, lupe nak citer sikit, novel anthem ni sal dak pompuan yg play violin, love
to hear English songs, gejolak dari westernized to be practising muslim.
Permainan perasaan adakah apa yang dibuat tu betul atau salah. Trying to make
her parents understand and accept her,
her decision to change herself into practising Muslim not Malay with ciri-ciri
ketimuran. Pelbagai cabaran dihadapi. Nak tahu kisah selanjutnya.. bacalah sendiri..hehehe...
Subscribe to:
Posts (Atom)