Friday 13 January 2012

Tuntutlah ia!!

Kerancakan tanganku menari laju diatas sehelai kertas terhenti seketika. Cuba menangkap suara yang sayup-sayup kedengaran ditelinga ini. Suara itu tenggelam timbul bagaikan dibawa ombak yang menghempas pantai.Seolah-olah malu untuk diperdengarkan kepada sesiapa. Aku memandang sekelilingku, mencari arah suara itu. Mataku terpacak pada satu susuk tubuh yang berdekatan denganku. Walaupun riak wajahnya yang seolah-olah lelah dalam menuturkan ayat-ayat cinta itu, usahanya jelas terzahir. Terharu melihat senario yang bermain dilayar skrin mataku. Bukan senang nak melihat seorang pemuda zaman sekarang yang usianya hampir mencecah 20-an nak belajar mengaji. Bukan kitab Al-Quran yang lazim dihafal oleh para hafiz, hafizah... tapi kitab alif ba ta yang kita belajar masa kecil-kecil dulu. Inilah dikatakan jangan malu dalam menuntut ilmu. Betul tak? Aku mengimbau kembali kisah seorang lelaki tua yang usianya hampir 50-an. Di saat beliau(aku menggelarkan lelaki tua ini beliau kerna kemuliaan yang terdapat dalam dirinya) menceritakan kisah hidupnya kepadaku, menitis air mataku. Alhamdulillah beliau dapat menkhatamkan Al-Quran pada usia yang muda iaitu 12 tahun(bagi orang yang selalu ponteng kelas mengaji la, kata beliau bukan aku). Namun, yang sedihnya, sejak hari itu beliau tidak lagi menyentuh Al-Quran apatah lagi untuk mentadabburnya. Sepanjang hampir 35 tahiun, hanya surah-surah pendek seperti Al-Fatihah, Al-Ikhlas, An-Nas.. yang diingatinya.. itupun tak ingat nama surah( biasala aku dulu pun macam tu jugak).. Lidah menjadi keras untuk menyebut kembali huruf-huruf yang membentuk kalam terindah itu. Biasala bila dah lama tak menyebutkan.. aku pun kalau dalam 2-3 hari tak mengaji, keras jugak lidah ni.. huhu.. Namun, HIDAYAH ALLAH siapa yang tahu, bila-bila je boleh hadir dalam hidup ni. kita yang kena  tangkap dan jage elok-elok.. right?? Setelah sekian lama tidak menyentuh Al-Quran, tiba-tiba suatu hari beliau datang padaku, minta diperbetulkan bacaannya( segan la jugak aku ni.. sebab bukan pandai sangat bab2 tajwid ni.. silap hari bulan salah ajar, tak ke masuk saham neraka.. Astaghfirullahal'azhim..) tapi dengan hati yang terpaksa rela, aku relakan jua untuk membantunya.. Mesti sahabat-sahabat sekalian terfikir bagaimana pak cik ni boleh tiba-tiba nak belajar mengaji balik??? betul tak?? Hal ni disebabkan oleh, ajakan si isteri untuk menunaikan umrah dan kebetulan masa tu, syarikat tempat beliau bekerja tu menawarkan tajaan umrah kepada pekerja yang lebih 25 tahun di syarikat tu.. Alhamdulillah, rezeki.. bak kata orang jangan tolak rezeki yang baik... Pada waktu itulah, terdetik dihatinya untuk kembali kepada jalan yang lebih sakinah dan dipenuhi cahaya Rabb. Kini beliau lebih merasa bahagia kerana dapat mempraktikkan amalan-amalan sunat yang dianjurkan oleh Rasulullah. Bukan sekadar bacaan tajwidnya yang betul, tapi sebahagian surah-surah yang menjadi amalan hariannya, kini meniti dibibir dengan lancar tanpa melihat mashaf Al-Quran, segalanya dalam hati beliau.. Kini beliau juga mampu menjadi imam solat  kepada ahli keluarganya.. Alhamdulillah.. Setiap malam pasti beliau mendengar alunan suara syeikh-syeikh arab mengaji disamping membandingkan bacaannya yang masih ada kekurangan dan setiap minggu mesti mendengar tazkirah/kuliah/ something that give him knowledge about Islam.. Hmmm... itulah kisah seorang lelaki tua yang mencari sakinah dengan menuntut ilmu.. so, what's about us??? Masih malu untuk bertanya jika tak tahu atau masih menjadi seorang yang ' bodoh sombong'???
Ingatlah bahawa dalam surah Al- A'laq ayat 1, Allah telah berfirman:
             " Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan"
Ayat ni nampak simple jekan... tapi mendalam maksudnya.. ayat ni suruh kita tuntut ilmu... tidak kiralah ape pun ilmu tu asalkan yang diizinkan syariat..dok gitu??Islam telah mengajar kita supaya menuntut ilmu, so, jom kita ramai-ramai tuntut ilmu... Jangan putus asa dalam menuntut ilmu.. mungkin sakit dalam mengharunginya tapi yakinlah dipenghujungnya pasti ada kemanisan.. and 1 more thing, lepas dah dapat ilmu tu, share-sharelah dengan yang lain, jangan disembunyikan..
 Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: " sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa-apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk yang jelas setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknat pula oleh semua makhluk yang dapat dilaknati" (surah al-baqarah ayat 159)
Dan amalkanlah ilmu yang dipelajari especially ilmu fardhu ain...Sebab antara ciri-ciri penuntut ilmu ialah mengamalkan ilmunya.. sejajar dengan sabda Rasulullah s.a.w. : " Tidak akan berganjak kedua-dua kakinya pada hari kiamat sehinggalah dia ditanya mengenai empat hal. 1) tentang umurnya, untuk apa dihabiskannya? 2) tentang masa mudanya, untuk apa dia gunakannya?? 3)tentang hartanya, dari mana dia perolehi dan digunakan untuk apa?? 4) tentang ilmunya, apa yang telah dia perbuat dengan ilmunya???"( Riwayat al-Tirmizi ) so, kita nak berbohong kepada Allah atau kita nak bagitahu apa yang telah kita lakukan didunia ni..? think about that nicely...
~Islah nafsak wad'u ghairak~

No comments:

Post a Comment