Monday, 21 January 2013

Kau Pergi Dulu..

   Dulu salamku, kau sambut,
kini salamku, disambut sepi,
Dulu pelukanku, kau balas,
kini pelukkanku, dibalas kaku,
Dulu bila aku ingin mencium pipimu, kau elak,
kini bila aku menciummu, kau relakan sahaja,
Dulu airmataku engkau seka,
kini airmataku terus mengalir tanpa henti,
Dulu aku selalu mendengar suara kau,
kini suara kau hanya dimindaku,
Tak sempat aku berjumpa denganmu,
Namun aku harapkan semoga kita berjumpa disyurga nanti.
 Kau pergi dulutanpa menungguku.
Kerna takdir, aku relakan jua.
Ya Allah, Kau tempatkan sahabatku bersama orang2 yang Engkau redhai.

# Pada jam 9.30 pagi 20/1/2013 bersamaan 8 rabi'ul awal 1434, sahabatku yang aku sayangi, Siti Hajar binti Ahmad Sabir telah pergi selama-lamanya bertemu kekasih abadi. Alhamdulillah, segala urusan jenazah, Allah permudahkan. Semoga Allah mencucuri rohnya. Al-Fatihah....

Tuesday, 23 October 2012

Hati Yang Satu


Matanya khusyuk meneliti pemandangan di sepanjang perjalanan. Hatinya semakin rancak mengalun zikir memuji Sang Pencipta. Subhanallah… indahnya ciptaan Mu. Betapa ruginya mereka yang tidak menghayati di sebalik setiap ciptaan Mu… Na`uzubillah… Jauhkanlah aku daripada bersikap sedemikian.. Selang beberapa seketika, dibetulkan kedudukannya. Separuh perjalanan daripada Kota Bharu ke Melaka yang memakan masa hampir 12 jam cukup memenatkan. Nur  kembali melontarkan pandangannya ke luar tingkap bas ekspress tersebut. Kebetulan dengan izin Allah, saat wajahnya berpaling kearah tingkap, matanya menangkap suatu pemandangan yang terlalu banyak kenangan manis dan pahit. Di sebalik wajah yang tenang, tersembunyi suatu keperitan jauh di sudut hatinya.

                “ Nur… kalau Zul tanya something boleh  tak..??”  Penerangan daripada jurulatih tidak lagi di endahkan. Mata Khairul Zulkifli tajam menikam wajah milik Nur Zahra yang masih memandang tanah. Hanya anggukan sebagai isyarat membenarkan lelaki itu terus berkata-kata.

                “ Andai kata di takdirkan Allah.. Zul masuk meminang… Nur terima tak Zul..??” Menyerap darah Nur hingga ke mukanya. Merah mukanya menahan perasaan malu serta terkejut. Perlahan-lahan, Nur mengangkat mukanya memandang seraut wajah yang tidak asing lagi baginya setelah hampir tiga bulan menjalani Program Latihan Khidmat Negara. Pandangannya mula beralih.

                “ Zul… kita ni masih muda.. 18 tahun baru.. Pemikiran kita tak matang lagi.. Lagipun, Nur tak bersedia untuk hal-hal macam ni.. Dalam kepala otak Nur sekarang ni adalah belajar..”

                “ Zul pun nak sambung belajar.. Zul tak minta kita kahwin terus tapi kita tunang la dulu..”

Belum sempat Khairul Zulkifli menghabiskan luahan hatinya, Nur Zahra  di tarik oleh kawan baiknya, Siti  Zahidah meninggalkan Khairul Zulkifli terpinga-pinga seorang diri. Jauh di sudut hati Nur memang inginkan satu ikatan di antara mereka. Masakan tidak.. jiwa seorang remaja apatah lagi fitrah manusia itu ingin di sayangi dan ingin menyayangi.Namun, Nur segera beristighfar.. kembali kealam realiti.. cuba berpaksi pada realiti kehidupan yang penuh pancaroba terutamanya percintaan dalam kalangan remaja pada hari ini. Realiti kehidupan dirinya yang cuba meneggakkan kembali bi’ah solehah di sekelilingnya.. Dia tahu mengapa kawan baiknya mengambil tindakan yang sedemikian.. Seorang kawan yang cuba menghalang sahabatnya daripada melakukan kemungkaran. Matanya cuba menyelongkar disebalik wajah yang mula masam mencuka. Siti Zahidah. Marah ke dia pada aku?? Nur terus mengamati wajah dihadapannya mencari kepastian akan makna disebalik raut wajah yang masam..

                “ Sorry lah Nur.. Idah tak bermaksud nak bersikap kurang ajar tadi.. but… Idah kenal orang macam Zul tu… buaya darat, buaya tembaga… saya tak nak kawan yang saya kenal ni yang asalnya kuat pegangan pada ‘no couple’ tercouple pulak..” muncung bibir Siti Zahidah tanda tidak setuju dengan tindakan Khairul Zulkifli.

                “ Hmm.. sayang jugak Idah kat Nur ye… hehe… Nur tahu mana yang baik, mana yang buruk… Akal ni masih waras untuk berfikir… syukran ya sohabati… to take care of me..” tersenyum manis Nur Zahra sambil mencubit pipi gebu Siti Zahidah. Mereka berpelukan mengalirkan kasih sayang dan kekuatan dalam diri masing-masing.

                Masa berlalu detik demi detik, hari demi hari. Tiga bulan berlalu tanpa di sedari. Aktiviti harian di Kem Latihan Khidmat Negara di laluinya dengan pasrah walaupun dalam diam hati memberontak dan terpaksa. Bukan tidak sudi menimba pengalaman namun ciri-ciri keislaman hanya 50% sahaja diamalkan. Hanya sekadar mewajibkan pelatih solat berjemaah di surau, pemakaian tudung dan jaga batas pergaulan yang seadanya. Walaupun tudung di wajibkan namun baju pelatih perempuan a.k.a wirawati masih tidak menepati syariat yang telah digariskan oleh Islam.  Menampakan segala perhiasan dalaman yang sepatutnya disembunyikan bagi seorang muslimah. Sedangkan Allah memerintahkan hamba-hambanya agar menutup aurat dengan sempurna. Jelas sekali perintahNYA dalam ayat 31 dalam surah An-Nur, malahan ada dalam beberapa surah yang lain mengenai tatacara pemakaian mengikut Islam terutamanya bagi perempuan.

                Dalam membenci kemungkaran, dirinya mula bergelumang maksiat dan dosa. Mulut petah berbicara mengatakan itu dan ini. Namun secara praktikalnya, belum pasti bisa melakukan apa yang diperkatakan. Apatah lagi berkaitan soal hati. Dalam hati siapa yang tahu. Hanya Allah dan diri sendiri. Diri sendiri pun belum tentu pasti apa bicara hati. Kadang-kadang keliru, kadang-kadang pasti. Dalam diam hatinya mula tertaut dengan si dia. Mana mungkin tidak. Tidak pernah ada orang yang meluahkan cinta secara telus dengannya. Ya dulu pernah tapi melalui pihak ketiga. Tambahan waktu itu dirinya tinggal dalam suasana islami yang sentiasa ada teguran dan nasihat daripada sahabat-sahabat. Namun kini tiada siapa yang menegur dan memberi nasihat. Mungkin ada. Namun hati telah dibutai hawa nafsu.Manusia tiada siapa yang tidak pernah melakukan kesilapan. Fitrah manusia itu sendiri bersifat pelupa. Perlu diingatkan setiap masa.

                `Demi masa! Sungguh manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.’  -Surah Al-Asr,ayat 1-3 -

                Sememangnya Nur Zahra telah menolak cinta Khairul Zulkifli. Sukar bagi Zulkifli menerima kenyataan bahawa seorang gadis telah menolak cintanya. Sebelum ini tidak pernah ada perempuan yang  menolak untuk berpacaran dengannya. Melainkan dirinya sendiri yang menolak ajakan itu. Ini kali pertama dalam hidupnya. Kesannya, mereka saling  tidak bertegur sapa sehingga kawan-kawan yang lain merasa hairan. Kebiasaannya Zulkifli sentiasa akan menyakat dan mengusik Nur tapi hampir dua minggu masing-masing menyepikan diri. Masing-masing melakukan hal sendiri. Tidak lagi kedengaran nada marah-marah serta usikan.

                “ Nur.. Iqa tanya sikit boleh..? Tapi jangan marah atau terasa tau..” Zulaikha cuba memulakan bicara, bimbang Nur akan tersinggung.

                “ mmm…. Apa dia? Cakap jelah.. Iqa kan kenal Nur macam mana, orang yang susah marah melainkan mengenai agama.. silakan..tafadhol masykura..”

                “Errmm.. Nur gaduh ye dengan Zul?? Bukan apa tapi kami semua tengok Nur dengan Zul tak bercakap..da lama kami perhatikan.. Kalau ye pun Nur tolak cinta Si Zul si buaya darat tu… janganlah sampai tak bercakap.. Kita kan dah nak balik.. tak suka la tengok orang gaduh-gaduh..”

                “ Owh.. pasal ni.. tak tahu la Iqa.. Nur tak de la nak marah ke ape.. Lagipun Nur Cuma tolak cinta dia bukan tolak persahabatan.. tapi kalau dah dia senyap, Nur nak cakap ape dengan dia.. Nur tak suka, Nur yang mulakan.. malu..Iqa.. nanti nampak macam Nur pulak yang terhegeh-hegeh kat dia.. Nur tak nak timbulkan fitnah.., biar Allah saja yang tentukan ye.. dah la malas nak cakap pasal ni lagi.. Jomlah tidur esok ada kawad..”

                “Betul cakap Nur tu Iqa.. dah la tak payah la cakap pasal si buaya tu.. tak suka..” Zahidah menyampuk setelah hanya mendengar semenjak tadi.

                Nur membaringkan badannya dan menghadap ke sebelah kanan, mengikut sunnah Rasulullah saw. Menitis air matanya. Sebab?? Dia sendiri tidak pasti sebab musabab dia mengalirkan air mata. Teringat surat yang dikirimkan oleh Zulkifli melalui Aqilah dua hari yang lepas.

                “ Bismillahirahmanirahim.. Assalamu’alaikum Nur.. Maaf andai surat ini mengganggu hidup dan fikiran Nur.. Zul tulis surat ni untuk menjelaskan hasrat Zul terhadap Nur.. untuk pengetahuan Nur, Zul sememangnya serius, tak pernah main-main apatah lagi nak memainkan perasaan Nur yang bagi Zul, Nur adalah seorang yang begitu baik dan begitu istimewa buat Zul..Tak mungkin Zul mengecewakan Nur.. Nur tolong la faham perasaan Zul..Assalamu’alaikum..”

                “Ya Allah, Engkau kuatkanlah hatiku ini dalam mentaati perintah Mu.. Janganlah Engkau biarkan hamba Mu ini lemas dalam dakapan dunia yang penuh tipu daya.. amin ya rabbal alamin..” Nur hanya mampu berdoa, air matanya terus mengalir bimbang akan dirinya yang lemah. Akhirnya dia terlelap dek buaian zikir yang bermain di bibir.

                Masing-masing berlagu riang. Masakan tidak, hari yang ditunggu-tunggu selama ini akhirnya tiba jua. Tamatnya latihan disini telah menghasilkan 1001 kenangan buat mereka. Dalam riang ada hiba. Walaupun hati melonjak keriangan untuk berjumpa insan tersayang di rumah masing-masing, namun air mata yang mengiringi perpisahan ini. Walaupun hanya tiga bulan tempoh mereka berkenalan, namun keakraban hubungan mereka jelas terpancar. Malam itu, Nur, Zahidah, Iqa, Illa dan Fatin masing-masing berkongsi cerita seperti malam-malam sebelumnya. Berkongsi masalah, tidak kira keluarga, cinta mahupun sahabat. Iqa a.k.a Zulaikha seperti kebiasaan meluahkan rasa yang sudah lama terpendam mengenai masalah yang dihadapinya bersama ayahnya. Seorang ayah tegar menafikan status anak kandung sendiri selepas menikahi perempuan lain, berkeluarga lagi buat kali kedua. Seorang ibu tidak mampu memberi kata putus, hanya mampu menitiskan air mata dan terus berdoa agar segalanya kembali seperti sediakala. Di sudut hati Nur, Nur bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang harmoni dan berlatar belakangkan agama. Alhamdulillah.

                Illa a.k.a. Syakilla pula tidak pernah kering dengan masalah cintanya yang selama ini dianggap tulus. Namun, lelaki semuanya sama. Suka memainkan perasaan perempuan. Lelaki itu, Afiq ,ya Afiq! Lagak beraninya mengucapkan kalimah cinta dihadapan orang ramai terhadap Illa, membuatkan Illa keliru dengan perasaannya. Sebelum bercinta dengan Afiq, Illa sebenarnya mencintai seseorang yang bagiku dirinya dekat dengan Allah, Syahrul namanya. Namun hanya disebabkan Syahrul tidak membalas cintanya, Illa mengambil jalan mudah dengan memilih Afiq sebagai pacarnya. Perempuan. Terlalu mudah. Akhirnya, Illa sendiri yang kecewa apabila mendapat tahu bahawa sebenarnya Afiq dicabar oleh seseorang yang sangat rapat dengan Illa, Arman. Begitulah manusia yang egois. Pantang dicabar pasti tercabar.

                Fatin seorang yang ceria, masalah tidak pernah dipendamnya. Jika ada, pasti segera diselesaikan walauapapun caranya. Malam itu, Nur, Zahidah dan Fatin menjadi pendengar yang setia. Klimaks pada malam itu, semua mata memandang menusuk wajah Nur Zahra. Pandangan masing-masing penuh dengan persoalan untuk dilontarkan buat Nur.

                “ Nur?? Tak kan takde masalah. Lebih-lebih lagi pasal Si Zul tu..” Illa meleraikan segala pandangan terhadap Nur.

                “ Insya Allah takde masalah.. Zul??? Kami takde ape-ape.. kawan biasa macam dengan yang lain lah.. lagipun, kamu semua dah lupa ke ‘ Mafi Qalbi Ghoirullah’.. Takde siape-siape dihati ini melainkan Allah…Cinta yang membawa kebahagiaan adalah cinta selepas kahwin.. sebelum kahwin.. no.. no.. never and ever..faham??” Tenang Nur menjawab, merungkai semua persoalan yang bermain difikiran kawan-kawanya. Jauh di sudut hatinya, ‘Benarkah apa yang aku katakan ini.. tipu kalau aku katakan aku tidak menyukainya.. Ya Allah, tolong hamba Mu ini..’

                ‘’ Ye lah Cik Nur Zahra… tapi kau kena pegang kata-kata kau ni.. Bukan ape, aku takutlah kan kau jadi macam si Illa ni.. mula-mula jual mahal, asyik lari daripada Afiq tu..last-last couple jugak.. tengok sekarang apa jadi… argh!!! Sakitlah.. ‘’ Illa mencubit pipi Zahidah apabila mendengar kata-katanya.

                ‘’Insya Allah… Cuma, Nur nak tahu satu perkara… ape yang menyebabkan Zul boleh berkenan dengan Nur.. sampaikan dia boleh jadi sasau macam tu.. Kalau nak kata Nur ni cantik.. biase je.. Cantik lagi si Aimi tu..Badan dah la macam model, muka pun boleh tahan gak..Nak dibandingkan dengan Nur yang pendek lagi tembam ni.. tolong la beritahu.. korang kan rapat dengan dia..’’ Terbatuk-batuk Iqa, Fatin dan Illa.

                ‘’ Ok… Kalau, Iqa beritahu, Nur jangan cerita pulak kat Zul yang kitorang cerita.. Macam ni..mmm… adalah satu malam tu.. dia mimpi mak dia sarung cincin dekat jari Nur.. tiga kali dia mimpi.. Yang tu lah sebab dia jadi macam tu.. Lagi satu, sebab… dia cakap kalau nak cari isteri, carilah yang beragama… tu jelah yang dia cakap…’’
                ‘’mmm… mimpi je kot, yang tu pun nak kecoh.. Tapi, kenapa saya..kenapa Nur..?? Why must me in his dream??? Ya Allah aku tak faham apa yang Kau cuba tunjukkan kepadaku.. Janganlah Kau uji aku dengan ujian sebegini… sakit..’’ akhirnya menitis jua mutiara jernih.

                 ‘’Dah la tu Nur.. Jangan difikirkan sangat hal tu.. jomlah kita tidur, nanti lambat pula kita bangun subuh.. nanti tak pasal-pasal kena denda dengan ustaz… eh dah tak de denda aku lupe… esok hari terakhir kita kat sini..’’ dalam tawa ada sendu. Lena masing-masing bergelinang dengan air mata.

Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
sukar dan duka
 tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta
sepi hadir bagai teman sejati
diantara lelahnya jiwa
 dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku
meski kurapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
 namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya diriMu yang bertakhta
detik waktu terus berlalu
segalanya berakhir padaMu

           Setahun sudah berlalu. Namun bagaikan baru semalam semua itu berlaku. Perasaan itu cuba diusir sejauh-jauhnya. Sejauh yang mungkin. Cinta Nya kini didambanya penuh harapan. Dalam hatinya mengharapkan hanya diri NYA yang bertakhta. Indahnya apabila bercinta dengan si DIA. Segalanya halal, tiada yang haram, tiada yang menghalang. Tenang dijiwa kukecapi. Berdua dengan Nya bukanlah khalwat, berbicara dengan Nya bukanlah zina lisan. Detik waktu sentiasa bersama Nya. Gembira bukan kepalang. Sakinah dan hidayah yang selalu dipinta di makbulkan. Namun, setiap hambaNya pasti diuji. Ketulusan cintaku diuji lagi. Jiwa yang rapuh mula curang pada Nya. Cintaku mula berbelah bahagi. Khairul Zulkifli sekali lagi muncul di alam maya. Sebuah e-mail sudah cukup membuatkan hatinya yang tenang bergelora kembali.
          
FROM: Zul_zulkifli
TO: Nur Zahra
“ Seandainya dirimu tahu, hanya engkau yang bertakhta dihatiku. Memang kuakui kisah silamku yang aku adalah seorang buaya darat dipandanganmu. Kini aku bukan lagi seperti itu. Kini aku mencari jalan pulang pada Nya. Sudikah engkau menjadi lampu yang menerangi perjalanan hidupku??”

     Mudah sekali kata-kata itu ditaip oleh si dia persis air yang mengalir tanpa sebarang halangan. Jiwa berkecamuk kembali. Cinta yang sudah dilupakan kembali menuntut natijahnya. Lantas jari jemari mula mengatur langkah. Segalanya harus diperjelaskan segera. Tidak mampu lagi hati menanggung persoalan demi persoalan yang hadir bertandang tanpa dipinta.

FROM: Nur Zahra
TO: Zul_zulkifli
“ Bismillahirrahmanirrahim…Alhamdullillah, jika  penghijrahan dirimu itu adalah benar. Masih ramai kaum Adam diluar sana yang boleh membantu dirimu pulang kepangkal jalan.Carilah mereka terlebih dahulu. Dan ketahuilah  bahawa hati ini HANYA mencari CINTA YANG HALAL disisiNYA. Tidak sanggup jasad dan roh ini menanggung azab NYA kerana melanggar perintahNYA yang engkau sendiri pun tahu.. ` Jangan engkau dekati zina’. Titik. Segalanya sudah jelas dalam kalamullah itu. Maaf. Aku hanya mencari seorang nakhoda sekaligus imam dalam bahtera hidupku. Bukan seorang nakhoda yang hanya indah dipandangan manusia. Usah ganggu aku lagi!! Biar lah aku bahagia dengan cintaku kini. Hatiku hanya satu. Jika ku berikan hati ini padamu, hati mana yang harus aku bagi padaNYA?? HATI YANG SATU UNTUK YANG SATU...”

     Hatinya berlagu memohon kekuatan. Air mata mula membasahi pipi mulusnya. Cinta yang bertandang di singkirkan semampu yang mungkin. Bukan sengaja melindungi perasaan itu, tetapi bimbang dirikan terleka dengan fatamorgana sedangkan semua itu tidak menjanjikan kebahagiaan yang hakiki.` Ya Robbi, berikanlah aku kekuatan. Jangan biarkan aku hanyut dalam laut dunia yang takkan pernah surut dengan geloranya.’  Biar sendirian hingga hujung nyawa asalkan tidak sepi dari kasihNya. Kini satu perkara yang pasti dihatiku. Hati yang satu hanya untuk yang Maha Satu. Tidak lain tidak bukan, hanya Allah yang berhak keatas hati ini.


Saturday, 8 September 2012

Dunia Kampus

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah SWT.. kerana mengizinkan ana untuk terus menyambung pelajaran.. Alhamdulillah ana dapat menyambung pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia(USIM).. Dalam bidang Actuary Science and Risk Management(ASRiM).. Ramai yang tak tahu pasal bidang ni.. Apabila ana bagitahu ana ambik bidang ni, ramai yang tanya " apa tu?? Akuarium ke?? Berkaitan laut ke??" Ada juga yang cakap " Kerja kilang ke?? Yang kuari2 tu, yang angkut2 simen tu ke??" Haha.. macam2 anggapan mengenai bidang yang ana ambik ni.. Sains aktuari ni sebenarnya berkaitan investment, insurance, perbankan, ekonomi.. dan seangkatannya..(jauh bezanya dari tanggapan mereka semua..huhu..)
     
     Berada dalam dunia kampus ni, bukanlah sepertimana kita berada dalam dunia persekolahan.. Jauh perbezaannya.. Jika disekolah dahulu segalanya guru2 yang akan uruskan, bagitahu dan sebagainya.. Namun di Universiti/kolej pengajian tinggi.. Kita yang kena berusaha mencari maklumat, berjumpa dengan lecturer dll.. Bagaimana pula dengan perlakuan diri kita di kampus?? Berada dalam dunia kampus ini kita perlu menjaga diri sendiri, gariskan yang baik, buruk dalam diri, cari kawan2 yang boleh menasihati, menegur kita jika kita melakukan kesilapan.. Bukanlah kawan yang mengajak kita kearah kemaksiatan dan keburukan.. Tidak salah berkawan tetapi pandai-pandailah menilai..

    Ada juga zaman uni ni dijadikan masa untuk mencari pasangan.. Ye ke??Hmmm?? Bagi ana tidak perlulah.. Kerana kita datang ke universiti untuk belajar, menuntut ilmu sebanyak mungkin.. Jika terus kahwin tidak mengapa kerana ia bukan menambah dosa tetapi pahala.. Namun jika bercouple??? Apa yang anda dapat?? Pahala or dosa?? Fikir2 kanlah.. Masing2 dah besar, dah boleh fikir yang mana baik yang mana buruk.. Utamakanlah apa yang patut diutamakan.. Yang perempuan jangan risau.. Insya Allah nanti adalah rombongan datang meminang.. tak payah susah2 mencari pasangan..(hehe suka hati je ana ni.. tp ad betulnya kan?? :))

# Selamat menempuh alam pengajian tinggi dengan kesabaran dan ketaqwaan kepada Nya..#

Sunday, 22 July 2012

Barakah Month

Assalamu'alaikum.. Alhamdulillah.. hari ni dah 2 hari berpuasa.. Esok dah 3 ramadhan.. Subhanallah.. Sekejap je rasanya.. Jadi jangan malas nak berpuasa ye.. Ada jugak ke?? Wallahu'alam.. Ingin ana kongsikan bersama kalian.. Terutamanya buat orang yang susah nak solat and fasting.. Huhu.. jangan kecil hati tapi ambil iktibar.. Ini adlh kisah kehidupan abang dan adik ana yang tersayang., Walaupun mereka tergolong dalam kalangan bukan mukallaf kerana keistimewaan yang Allah kurniakan kepada mereka, mereka sangat suka berpuasa bersama kami ahli keluarga. Pause jap pasal tu, biar ana cerita serba sedikit latar belakang mereka ye.. Nama abang ana Muhammad Alif.. Akibat demam kuning yang terlalu kuat masa kecik dulu, dia menghidap penyakit Autism.. ape itu Autism ye?? hurm.. Ana  pun tak tahu sangat pasal ni.. tapi ape yang ana tahu sebahagian otaknya tidak berfungsi, perlakuannya adalah sama sahaja setiap hari, dari bangun pagi sampai lah tidur.. But walaupun dia macam tu, ingatannya sangat kuat.. Apa yang buat ana rasa sedar diri sedikit tentang abang ana ni adalah sikapnya yang suka mendengar alunan zikir, bacaan Al-Quran dan seangkatannya.. Kadang-kadang kita yang normal ni, apabila azan kat dalam tv, sanggup tukar saluran.. betul tak?? Tapi tidak abang ana.. malah dia meraikannya. dia tunggu sampai habis azan dikumandangkan, baru dia tukar saluran.. Subhanallah.. malunya pada mereka yang tidak pernah kenal antara dosa dan pahala.

Berbeza pula dengan adik ana. Nama diberi Muhammad Arif Alimie. Dia ni Hyperactive.. dan ada juga simptom2 yang lain.. tapi ana tak ingat.. panjang sangat nama dia.hehe..ADDH, ADHD.. ermm something like that lah.. hehe.. apa punyer kakak lah.. Adik ana pulak, setiap kali azan dikumandangkan pasti akan dia tanya.." Kak Aya, solat??" maksud dia bila nak solat.. hurm.. malu sangat2 bila dia tanya.. sebab kadang-kadang kita yang normal ni saaaaaaangaaaat malas nak solat awal waktu.. kadang2 hujung2 waktu.. Astaghfirullah.. Adik ana ni jugak ada penyakit gastrik.. tapi bila bulan puasa, jangan harap dia nak bukak puasa selagi tak sampai waktunya.. huhu.. kadang-kadang kita yang normal ni, sakit sikit dah nak berbuka puasa.. macam-macam alasan diberi.. Astaghfirullah..

So, jom kita jadikan bulan puasa a.k.a Ramadhan ni sebagai batu loncatan tuk kita muhasabah diri dan melakukan perubahan kearah kebaikan dalam diri kita... Yallah Syabab!!!

Wednesday, 11 July 2012

Pencarian - ending-


                Keriuhan suara saudara-mara dan jiran tetangga tidak kering sejak mula matahari menyinari cahayanya. Pelbagai cerita dan isu diketengahkan. Nur Balkish senang melihat dan merasai suasana disekelilingnya. Nur berasal dan menetap di bandar metropolitan yang sentiasa didendangkan dengan bunyi kenderaan. Tiada ketenangan dirasai apatah lagi suasana rumah yang tidak pernah ceria. Masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing walaupun pada hujung minggu. Berbeza dengan suasana yang kini dirinya berada dalamnya. Namun Nur Balkish tidak menyalahkan orang tuanya. Tarbiyah alam dari Pencipta seluruh alam suduh cukup bermakna baginya. Subhanallah!!
                Kerancakan dua sahabat berbual yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah serta merta terhenti. Dua pasang mata saling memandang. Degupan jantung bagaikan berhenti seketika.
                `` Baru sampai kamu Muhammad?? Ingatkan dah tak nak datang tolong.. Ni nak bagi alasan apa pulak..apasal lambat??“ Muhammad tersengih-sengih apabila Kak Zakiah menegurnya. Bukhari masih kaku disisi Muhammad memandang Nur Balkish.
                `` Ala..kak..janganlah marah.. Muhammad tunggu si Bukhari ni hantar assignment tadi, lepas tu traffic jam kat bandar..akak tahu jela bandar tu macam mana bukan macam kat kampung kita ni.. tu yang lambat sampai.. hehe.. ada apa-apa yang kitorang boleh tolong?“
                `` Ade je alasan..Tolong lap pinggan, mangkuk, sudu, garfu dan segala bagai yang ada kat ruang tamu tu...“
                ``Huh?? Tapi kak.. tu kan kerja orang perempuan.. tak macho la macam ni..“
                ``Tak ada maknanya..Tadi kata nak tolongkan.. tinggal kerja ni je.. yang lain dah beres.. Lain kali datang la masa orang nak start baca tahlil...“
                ``Ala akak ni.. Muhammad gurau sikit pun tak boleh..“ Tersengih-sengih Muhammad mengusik kakak kesayangannya. Apatah lagi apabila Zakiah menjengilkan mata besarnya. Namun berbeza dengan adegan pandangan mata yang tak berkelip antara Nur Balkish dengan Bukhari. Namun tak lama. Kedua-duanya dengan sepantas kilat menundukkan pandangan mereka setelah tersedar dari keasyikan memandang. Gagal juga kali ini kau syaitan!!
                Suasana ditengah ruang tamu rumah semakin rancak dengan cerita-cerita masing-masing apatah lagi dengan kehadiran Muhammad yang sangat suka menyakat ibu-ibu saudaranya. Namun dalam keriuhan keluarga itu, Nur Balkish dan Bukhari masih menyepikan diri. Perasaan mula bercampur baur dalam diri masing-masing. Perasaan bersalah, gembira, rindu,takut dan bermacam-macam. ` Arghhhh!!! Aku takkan biarkan nafsu dan emosi mengawal diriku. Biarlah iman yang berbicara. Ya Allah Kau kuatkanlah hati hambaMu ini.. aku tidak mahu terjebak lagi ke dalam percintaan yang sia-sia..‘
                `` Nur.. kenapa diam je ni??“
                ``Errr.. tak ada apa-apalah kak.. tak tahu nak cakap apa..“ Zakiah hanya mengangguk seolah-olah memahami.
Selepas majlis tahlil selesai...
                Hembusan angin malam dikampung sungguh berbeza dengan dibandar. Segar dan nyaman. Setelah selesai mengemas, Nur Balkish mengambil keputusan untuk menghirup udara malam bersama Zakiah di halaman rumah. Bunga-bunga yang cantik dan mengharumkan menghiasi segenap ruang halaman rumah itu.
                ``Assalamu’alaikum..“Tiba-tiba kedengaran suara garau yang menyapa. Nur Balkish kaget.
                `` Wa’alaikumussalam..err.. cari Muhammad ke?? Rasanya dah masuk tidur tadi..“
                `` Tak.. saya tak cari Muhammad.. Saya... saya.. nak jumpa Nur sekejap.. boleh??“ Nur Balkish terkejut. Jantungnya mula berdegup kencang. Zakiah mula memahami situasi yang berlaku dihadapan matanya. Dirinya mula meneka, adakah lelaki ini yang sentiasa membuat hati Nur Balkish dilambung ombak??
                ``Ermmm.. sure..but .. Kak Zakiah temankan saya ye.. Tak manis pulak orang tengok nanti..“
                `` Thanks.. Actually, Bukhari nak mintak maaf kerana tinggalkan Nur dulu.. but I’m sure yang Nur sekarang dah faham kenapa Bukhari ambik keputusan tu kan.. Tak sangka Allah mempertemukan kita sekali lagi.. Mempertemukan dua insan dalam versi yang berbeza berbanding dengan versi yang dulu.“
                `` Sepatutnya Nur yang patut mintak maaf.. Nur selalu ganggu ketenteraman hidup Bukhari.. But don’t worry now.. I don’t want to disturb you anymore..Yup!!Saya faham tindakan Bukhari dulu.. Hanya kerana Allah.. and Alhamdulillah.. Allah bukak pintu hati saya untuk berubah.. Insya Allah takkan berpaling lagi kebelakang.. Tu je kan yang Bukhari nak cakapkan.. ermmm.. Nur nak rehat dulu..“
                `` A‘aa.. sorry ganggu.. pergilah berehat..“
``Assalamu’alaikum..“

Ya Allah, Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dan yang jelas.. Walau sedalam dan sejauh manapun aku sembunyikan perasaan ini, aku tidak mampu untuk menipu diri sendiri.. Namun, aku percaya bahawa Allah itu Maha Adil..pasti Dia akan memberikan aku sesuatu yang terbaik buat diriku.. Ya Allah, Engkau tetapkanlah hatiku dalam mencintai Mu. Bimbinglah aku dalam menyelusuri jalan kembaraku yang tidak pernah kutahu penghujungnya bila dan bagaimana. Aku si pengembara yang terus mencari makna dalam kehambaan kepada Mu.. Engkau tunjukkanlah jalan yang lurus kepadaku.. Jangan jadikan aku remaja yang tunduk pada nafsu yang hanya inginkan kepuasan duniawi semata-mata..Jadikanlah aku remaja islam yang memberi sepenuh komitmen dalam menjadi muslim yang mukmin..                           
   - Muhammad Aiman Bukhari -

               

        Maafkan aku..Dari gerak geri tubuhmu,riak diwajahmu, aku tahu engkau masih memendam perasaan itu, sama seperti diriku yang masih berkelana.. Namun aku si pengembara akan terus mengembara mencari erti kehambaan kepada Nya.. Perjalananku ini hanya akan ditemani insan yang bernama sahabat, belum tiba masanya untukku ditemani insan yang bergelar suami apatah lagi seorang kekasih.. Tidak akan aku ditemani seorang suami, jika aku masih belum menemui jati diri sebagai wanita solehah..Kerna aku bimbang, aku akan melahirkan generasi pemusnah agama.. Ilmu tanpa amal, satu pekerjaan yang sia-sia. Amal tanpa ilmu, majnun namanya.. Dan aku ingin mengembara untuk mengutip sebanyak yang mungkin ilmu untukku amalkan, untukku berkongsi dengan semua..                                   
- Nur Balkish -                                                                                         

                Aiman Bukhari dan Nur Balkish, masing-masing bermonolog sendirian. Mencari sekelumit kekuatan diri yang dipinjamkan oleh Allah Yang Maha Berkuasa. Jodoh pertemuan, ajal maut segalanya sudah tercatat di Lauh Mahfuz. Allah telah mengilhamkan dalam hati manusia kejahatan dan ketakwaan. Terserah pada diri untuk memilih sama ada jalan kejahatan mahupun ketakwaan. Beruntunglah bagi mereka yang memilih jalan ketakwaan dan amatlah rugi bagi mereka yang memilih jalan kejahatan. Segalanya telah termaktub dalam kitabNya, Al-Quran dan Sunnah PesuruhNya, Nabi Muhammad saw..

** Ini hanyalah sebahagian kecil kisah remaja dalam masyarakat pada hari ini.. Ambil yang jernih, buang yang keruh. Segala yang baik itu dari Allah, segala yang buruk itu atas kelemahan diri sendiri. Kalau ada yang tersilap, sangat dialu-alukan segala teguran..

Monday, 4 June 2012

Pencarian(bhgn 3)


    Rancak jari jemari menari  diatas pentas putih menghasilkan kalam yang indah mengikut rentak irama jiwa. Otak berfikir, tangan  merakam,terhasil jua luahan hati seorang insan.

sahabat....
jika hari ini aku terlalu gembira
sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah..
Jika aku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta..
Jika aku lemah tak berdaya,
ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga..
Jika diantara kita ada tembok yang memisahkan,
ajaklah aku meleraikan segera..
Jika pernah hatimu terluka,
luahkanlah agar aku berubah..
dan jika esok aku lena tanpa terjaga,
iringlah lenaku dengan kalungan doa..
berjanjilah sahabat,
ukhwah kita untuk selamanya..
janganlah kerna sekecil-kecil perkara,
satu ikatan yang kita simpul dulu terlerai...

        ``Bukhari.. nah ambil ni..“ Muhammad Zikri menghulurkan sekeping kertas.

        `` Subhanallah... indahnya kata-kata ni.. tapi bila masa kau ni pandai berpuisi , Muhammad?? Setahu aku kau ni budak skema..“ Aiman Bukhari ketawa kecil. Namun jauh disudut hatinya, dia tahu apa yang cuba disampaikan sahabatnya itu. Muhammad Zikri mencebikkan bibirnya.

        ``Sorry, my friend.. aku bergurau je tadi.. aku mintak maaf ea.. okay, apa yang sebenarnya kau nak beritahu aku melalui kata-kata ni? Kau kecil hati dengan aku ea? Okay la.. kalau aku ada buat salah dengan kau selama ni, aku mintak maaf sangat-sangat.. can you accept my apologise? Hmm?“ Muhammad Zikri tersenyum menahan ketawa yang bila-bila masa saja akan terburai.

        `` Apalah kau ni Bukhari..maaf aku sentiasa bersama kau.. aku cuma nak hilangkan rasa tension je tadi sambil-sambil mengasah bakat yang sedia ada.. and for your information, aku ni tak delah mamat skema sangat.. aku ni wakil sekolah dulu dalam pertandingan sajak tau..“

        `` Yelah Encik Muhammad Zikri! Macam manelah kau tak tension, menghadap buku 24 jam.. cuba kau pergi main bola sekejap waktu petang, pergi joging selepas subuh.. ni tak.. otak tu pun nak rehat jugak..“

        `` Tak delah sampai 24 jam aku study..kalau aku study 24 jam, alamatnya aku tak solat, tak makan, tak tidur lah kan.. kau lainlah Bukhari.. kau otak genius.. pegang buku pun da faham. Bukan macam aku. Aku kena study hard, dari kulit ke kulit aku kena baca, baru aku faham..Tapi apa-apapun, aku tetap yakin dan percaya dengan rezeki Allah.. Allah itu Maha Pemurah, Maha Pemberi Rezeki dan Maha Adil.. I believe that..“

Aiman Bukhari terdiam seketika memikirkan sesuatu.  Satu persoalan mula bermain diruang mindanya.

        `` Muhammad, bercakap pasal Allah Maha Adil la kan, apa sebenar  maksudnya?? Kadang-kadang aku rasa Allah itu tak adil pada aku.. aku bukan nak mempersoalkan kekuasaan Allah tetapi tulah yang asyik ganggu minda aku ni.. mohon perjelasan ya ustaz..“

        `` Allahu Robbi.. kalau nak merungkai bab ni.. panjang  Bukhari.. tapi tak pelah.. aku cuba pendekkan .. firman Allah ayat 40 surah An-Nisa’ yang bermaksud ‘Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah dan jika ada kebaikan sebesar zarah nescaya Allah akan melipat gandakannya serta memberikan dari sisi-Nya pahala yg besar‘... Kalau kita membaca dan mengamati ayat ini betul-betul, betapa Allah Maha Adil pada hamba-Nya sehingga tidak ada amal baik yang sia-sia dari hambaNya jika dikerjakan dgn ikhlas dan tidak bertentangan dgn syariat. Amal yg baik itu akan mendapat kebaikan walaupun sebesar zarah. Bukhari, kadang-kadang kita yang tidak adil pada diri kita dalam membuat pilihan. Jangan kerana kelemahan kita, kita menyalahkan Allah.”
      `` Astghfirullahalazhim.. aku khilaf.. maafkan aku Muhammad.. Aku ni masih jahil dalam ilmu-ilmu agama.. Kerana ujian yang kecil yang Allah bagi pada aku, aku katakan Allah itu tidak adil.. sedangkan Allah itu Maha Adil..”
      `` Manusia itu tak pernah lepas dari melakukan kesilapan. Walau sebesar manapun dosa kita, tapi kalau kita bertaubat, insya Allah.. Allah itu Maha Pengampun. Allah memberi ujian kepada hambaNya mengikut kemampuan hambaNya.. Cuba Bukhari buka Al-Quran sekarang, buka surah Al-Baqarah ayat 286.. ‘Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.(mereka berdoa dengan berkata): “ Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”

“ Baru aku faham sekarang makna Allah Maha Adil.. Setiap manusia diberi ujian yang berbeza mengikut kemampuan masing-masing.. yang kaya mungkin diuji masalah kesihatan, masalah anak-anak.. yang miskin mungkin diberi nikmat sihat, anak-anak yang soleh..and so on.. subhanallah.. Alhamdulillah, thanks Muhammad…”

 “ Alhamdulillah.. Itulah yang aku kata tadi.. Walau macam mana sekalipun aku kena study, andai Allah mentakdirkan result aku tak segempak orang lain, aku redha.. because I believe Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan Allah Maha Adil.. Mungkin Allah tidak memberi rezeki melalui pendidikan tapi boleh jadi melalui ketenangan hati kita, mendapat anak yang soleh, kesihatan yang elok…Kalau nak bercakap pasal ni sampai bila pun tak habis, terlalu banyak.. kalau ada masa terluang, kau pergilah library.. Kat situ tak silap aku ada beberapa buah buku yang boleh menjawab semua persoalan kau, Insya Allah.. Ustaz pun ramai kat U ni.. kau pergi jelah tanya diorang yang lebih pakar..“

Bukhari hanya sekadar menganggukkan kepalanya. Di ruang fikirannya mula merangka jadual untuk berkunjung ke perpustakaan universitinya dan bertemu dengan ustaz. Dia nekad akan mencari dan mengutip ilmu-ilmu Allah. Bukhari menyesal kerana selama ini dia sudah membazirkan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.  Dahulu,waktu senggangnya sering diisi dengan melepak bersama kawan-kawannya yang tidak bermoral. Kini, dia nekad dan cuba beristiqamah untuk mengisi ruang masanya dengan mencari ilmu-ilmu Allah.

        `` Bukhari, nanti kalau kau dah dapat jawapan yang betul, sahih lagi meyakinkan, kau cerita kat aku ea.. manalah tahu apa yang aku beritahu kat kau tu salah.. tak pasal-pasal aku berdosa..“

        `` Insya Allah..“

Sunday, 13 May 2012

Pencarian bhgn 2


Kau pergi, aku takkan pergi
Kau jauh, aku takkan jauh
Sebenarnya aku masih mengharapkanmu
Biarkan aku menjaga segenap cinta

      Meniti dibibirnya sebuah lagu yang cukup menggambarkan segenap perasaannya. Walaupun liriknya tunggang terbalik namun itulah luahan perasaannya yang dipendam sendiri selama ini. Langit terbentang luas direnung kosong. Sekawan burung terbang bebas melintasi pandangannya langsung tidak menarik perhatiannya. Seolah-olah dirinya di dunianya sendiri. Sesekali telefon bimbit Samsung ditangan direnungnya. Menanti sesuatu yang tidak akan pernah pasti. Kelibat Zakiah di belakangnya langsung tidak disedari. Ucapan salam tidak bersambut. Secangkir senyuman terbit dibibir Zakiah diiringi gelengan. Tangannya dilambai-lambaikan dihadapan mata Nur Balkish.

        `` Ehh.. Akak Zakiah.. bila masa pulak akak ada kat sini?? Tak perasan pulak.. dan.. tak dengar  pun salam akak..“ Nur Balkish cuba mengawal gelabahnya.

        `` Dua dekad tahun yang lalu..hmm.. akak dah bagi salam tapi kamu tu Nur.. berangan sampai tak sedar apa-apa.. Apa yang kamu renungkan tu?? Nak kata pungguk rindukan bulan.. masih siang, bulan tak muncul lagi..hmm.. musykil akak..“ Zakiah memandang langit lantas menoleh kearah Nur.Nur tersengih malu. Mana tidaknya, ini bukan kali pertama Zakiah melihatnya dalam keadaan begitu. Nafas dilepas perlahan. Secangkir senyuman cuba diukir kemas.

        `` Akak... bagaimana seseorang tu nak singkirkan perasaan cinta.. cinta yang dulu berbalas tapi akhirnya ditinggalkan..?? “ 

Huh?? Apa yang kau cakap ni Nur.. It not suppose to out from your mouth. Shut up!! Don’t talk anymore. Namun hati  meronta-ronta inginkan pertolongan. Tidak mampu lagi untuk membendung konflik dalaman seorang diri. Malunya... Segaris senyuman dari Kak Zakiah seolah-olah mengejek diriku. Ya Robbi.. malunya..

        `` Nur.. perasaan cinta itu fitrah manusia yang dicampakkan oleh Allah kedalam mana-mana hati lelaki mahupun perempuan. Cinta itu tidak salah but couple zaman sekarang ni yang ditegah dalam Islam. Cinta itu tak boleh dibuang, disingkirkan malah dihalang... tapi boleh dikawal, dididik.. Jangan biarkan cinta itu menjadi raja dalam hati kita. Tapi biarlah iman yang menjadi raja dan berbicara dengan `rakyat-rakyatnya‘ yakni amalan zahir kita.“

        `` If that kind of love can’t be destroy or throw away just  as we want... so.. how could that person to protect her or his heart  from those feelings..? and what you means with ‘couple zaman sekarang ni yang ditegah dalam islam’..Boleh akak terangkan..” Nur cuba berlagak professional walaupun hatinya diterjah pelbagai persoalan. Mindanya mula mencari kebenaran disebalik kata-kata Zakiah. 

`` Insya Allah, I’ll try to explain as best as I can.. Okay.. first, mengapa islam tidak membenarkan couple?? What your definition for couple??”

“Huh?? Hmm..Two people, you know.. boy and girl.. fall in love..and declaire their relationship.. as boyfriend, girlfriend..maybe..why??”

“ Dalam Islam, tiada istilah boyfriend or girlfriend apatah lagi hubungan cinta yang orang zaman declairekan sebagai couple.. tetapi dalam islam, ada satu hubungan yang dibenarkan untuk mengenali antara satu sama lain tetapi ada batasnya iaitu tunang.. Kenapa islam tidak membenarkan couple?? This is because couple zaman sekarang ni dah jadi ala-ala hollywood, bollywood dan bermacam bagailah.. Kesinambungannya, lahirlah anak luar nikah, pembuangan bayi, masalah sosial semakin menjadi-jadi.. betul tak apa yang akak cakap ni?? Islam itu tidak membebankan.Allah melarang sesuatu perkara pasti ada hikmahnya.. and the answer for another question..People can forget their ‘love’ with always remember Allah. How?? Always say His name, perform solah for every 5 times according to Allah’s order, learn more about  Islam and else.. Insya Allah, hati takkan rasa kosong dan takkan mencari something yang haram untuk mengisinya. Mencintai Allah itu sangat indah. Pasti ada hikmah lelaki tu tinggalkan Nur..”

Nur Balkish hanya mampu tersenyum. Tiada apa lagi untuk dirahsiakan daripada kak Zakiah. Perlakuannya sendiri selama ini sudah cukup untuk menceritakan segalanya  kepada Kak Zakiah. Hatinya mula nekad, tidak akan lagi mengharap cinta yang belum pasti hujung pangkalnya. Perjalanan hidup mesti dihiasi keimanan dan ketakwaan kepadaNya. Jiwa yang tenang dan bahagia dalam mencintaiNya menjadi impiannya. Lantas telefon bimbit diletakkan di atas meja. Kaki mula melangkah menuju bilik air, teringat dirinya belum menunaikan kewajipan yang sepatutnya dia lakukan dua jam yang lepas. Tatkala air mula menjamah kulitnya, terasa damai, hilang segala duka. Tatkala bibir mula menyebut kalimah Allahuakbar, menitis air mata, malu pada yang Esa atas kesombongannya selama ini. Tatkala dahi mula menyentuh hamparan sejadah, terasa dekat denganNya, terasa diri tidak bersendirian. Tatkala tangan menadah doa, terasa kekuatan mengalir dalam salur darah.

Ya Allah, damainya hati ini.. Betapa ruginya aku selama ini, betapa butanya mata hatiku selama ini kerana tidak dapat melihat dan merasa cintaMu yang Agong itu.. Bimbinglah aku yang masih bertatih ini Ya Allah...