Jatuh, jatuh dan jatuh
Setiap kali ku cuba bangkit
Setiap itu juga aku tersungkur
Kecundang dengan nafsu keinginan
Di lapangan mujahadah
Aku cuba menghapuskan jahiliah dalam diri
Di lapangan mujahadah
Aku cuba menerangkan syiar agamaMu dalam diri
Dalam Sirah Rasulullah dan para sahabat
Ku temui 1001 hikmah
Ku temui tulusnya cinta kepada hakiki
Segalanya kerana Dia
Lillahita'ala
Azimat yang paling berharga
Ku sematkan dalam hati
Agar menjadi sumber kekuatan
Berkorban, terkorban
Lumrah kehidupan
Lumrah perjuangan
Perjuangan membina aqidah, mempertingkatkan iman.