Matanya khusyuk meneliti pemandangan di sepanjang perjalanan.
Hatinya semakin rancak mengalun zikir memuji Sang Pencipta. Subhanallah…
indahnya ciptaan Mu. Betapa ruginya mereka yang tidak menghayati di sebalik
setiap ciptaan Mu… Na`uzubillah… Jauhkanlah aku daripada bersikap sedemikian..
Selang beberapa seketika, dibetulkan kedudukannya. Separuh perjalanan daripada
Kota Bharu ke Melaka yang memakan masa hampir 12 jam cukup memenatkan. Nur kembali melontarkan pandangannya ke luar
tingkap bas ekspress tersebut. Kebetulan dengan izin Allah, saat wajahnya
berpaling kearah tingkap, matanya menangkap suatu pemandangan yang terlalu
banyak kenangan manis dan pahit. Di sebalik wajah yang tenang, tersembunyi
suatu keperitan jauh di sudut hatinya.
“ Nur… kalau
Zul tanya something boleh tak..??” Penerangan daripada jurulatih tidak lagi di
endahkan. Mata Khairul Zulkifli tajam menikam wajah milik Nur Zahra yang masih
memandang tanah. Hanya anggukan sebagai isyarat membenarkan lelaki itu terus
berkata-kata.
“ Andai kata di
takdirkan Allah.. Zul masuk meminang… Nur terima tak Zul..??” Menyerap darah
Nur hingga ke mukanya. Merah mukanya menahan perasaan malu serta terkejut.
Perlahan-lahan, Nur mengangkat mukanya memandang seraut wajah yang tidak asing
lagi baginya setelah hampir tiga bulan menjalani Program Latihan Khidmat
Negara. Pandangannya mula beralih.
“ Zul… kita ni
masih muda.. 18 tahun baru.. Pemikiran kita tak matang lagi.. Lagipun, Nur tak
bersedia untuk hal-hal macam ni.. Dalam kepala otak Nur sekarang ni adalah
belajar..”
“ Zul pun nak
sambung belajar.. Zul tak minta kita kahwin terus tapi kita tunang la dulu..”
Belum sempat Khairul Zulkifli menghabiskan luahan
hatinya, Nur Zahra di tarik oleh kawan
baiknya, Siti Zahidah meninggalkan
Khairul Zulkifli terpinga-pinga seorang diri. Jauh di sudut hati Nur memang
inginkan satu ikatan di antara mereka. Masakan tidak.. jiwa seorang remaja
apatah lagi fitrah manusia itu ingin di sayangi dan ingin menyayangi.Namun, Nur
segera beristighfar.. kembali kealam realiti.. cuba berpaksi pada realiti
kehidupan yang penuh pancaroba terutamanya percintaan dalam kalangan remaja
pada hari ini. Realiti kehidupan dirinya yang cuba meneggakkan kembali bi’ah
solehah di sekelilingnya.. Dia tahu mengapa kawan baiknya mengambil tindakan
yang sedemikian.. Seorang kawan yang cuba menghalang sahabatnya daripada
melakukan kemungkaran. Matanya cuba menyelongkar disebalik wajah yang mula
masam mencuka. Siti Zahidah. Marah ke dia pada aku?? Nur terus mengamati wajah
dihadapannya mencari kepastian akan makna disebalik raut wajah yang masam..
“ Sorry lah
Nur.. Idah tak bermaksud nak bersikap kurang ajar tadi.. but… Idah kenal orang
macam Zul tu… buaya darat, buaya tembaga… saya tak nak kawan yang saya kenal ni
yang asalnya kuat pegangan pada ‘no couple’ tercouple pulak..” muncung bibir
Siti Zahidah tanda tidak setuju dengan tindakan Khairul Zulkifli.
“ Hmm.. sayang
jugak Idah kat Nur ye… hehe… Nur tahu mana yang baik, mana yang buruk… Akal ni
masih waras untuk berfikir… syukran ya sohabati… to take care of me..”
tersenyum manis Nur Zahra sambil mencubit pipi gebu Siti Zahidah. Mereka
berpelukan mengalirkan kasih sayang dan kekuatan dalam diri masing-masing.
Masa berlalu
detik demi detik, hari demi hari. Tiga bulan berlalu tanpa di sedari. Aktiviti
harian di Kem Latihan Khidmat Negara di laluinya dengan pasrah walaupun dalam
diam hati memberontak dan terpaksa. Bukan tidak sudi menimba pengalaman namun
ciri-ciri keislaman hanya 50% sahaja diamalkan. Hanya sekadar mewajibkan
pelatih solat berjemaah di surau, pemakaian tudung dan jaga batas pergaulan
yang seadanya. Walaupun tudung di wajibkan namun baju pelatih perempuan a.k.a
wirawati masih tidak menepati syariat yang telah digariskan oleh Islam. Menampakan segala perhiasan dalaman yang
sepatutnya disembunyikan bagi seorang muslimah. Sedangkan Allah memerintahkan
hamba-hambanya agar menutup aurat dengan sempurna. Jelas sekali perintahNYA
dalam ayat 31 dalam surah An-Nur, malahan ada dalam beberapa surah yang lain
mengenai tatacara pemakaian mengikut Islam terutamanya bagi perempuan.
Dalam membenci
kemungkaran, dirinya mula bergelumang maksiat dan dosa. Mulut petah berbicara
mengatakan itu dan ini. Namun secara praktikalnya, belum pasti bisa melakukan
apa yang diperkatakan. Apatah lagi berkaitan soal hati. Dalam hati siapa yang
tahu. Hanya Allah dan diri sendiri. Diri sendiri pun belum tentu pasti apa
bicara hati. Kadang-kadang keliru, kadang-kadang pasti. Dalam diam hatinya mula
tertaut dengan si dia. Mana mungkin tidak. Tidak pernah ada orang yang
meluahkan cinta secara telus dengannya. Ya dulu pernah tapi melalui pihak
ketiga. Tambahan waktu itu dirinya tinggal dalam suasana islami yang sentiasa
ada teguran dan nasihat daripada sahabat-sahabat. Namun kini tiada siapa yang
menegur dan memberi nasihat. Mungkin ada. Namun hati telah dibutai hawa nafsu.Manusia
tiada siapa yang tidak pernah melakukan kesilapan. Fitrah manusia itu sendiri
bersifat pelupa. Perlu diingatkan setiap masa.
`Demi masa!
Sungguh manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan
mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling
menasihati untuk kesabaran.’ -Surah
Al-Asr,ayat 1-3 -
Sememangnya Nur
Zahra telah menolak cinta Khairul Zulkifli. Sukar bagi Zulkifli menerima
kenyataan bahawa seorang gadis telah menolak cintanya. Sebelum ini tidak pernah
ada perempuan yang menolak untuk
berpacaran dengannya. Melainkan dirinya sendiri yang menolak ajakan itu. Ini
kali pertama dalam hidupnya. Kesannya, mereka saling tidak bertegur sapa sehingga kawan-kawan yang
lain merasa hairan. Kebiasaannya Zulkifli sentiasa akan menyakat dan mengusik
Nur tapi hampir dua minggu masing-masing menyepikan diri. Masing-masing
melakukan hal sendiri. Tidak lagi kedengaran nada marah-marah serta usikan.
“ Nur.. Iqa
tanya sikit boleh..? Tapi jangan marah atau terasa tau..” Zulaikha cuba
memulakan bicara, bimbang Nur akan tersinggung.
“ mmm…. Apa
dia? Cakap jelah.. Iqa kan kenal Nur macam mana, orang yang susah marah
melainkan mengenai agama.. silakan..tafadhol masykura..”
“Errmm.. Nur
gaduh ye dengan Zul?? Bukan apa tapi kami semua tengok Nur dengan Zul tak
bercakap..da lama kami perhatikan.. Kalau ye pun Nur tolak cinta Si Zul si
buaya darat tu… janganlah sampai tak bercakap.. Kita kan dah nak balik.. tak
suka la tengok orang gaduh-gaduh..”
“ Owh.. pasal
ni.. tak tahu la Iqa.. Nur tak de la nak marah ke ape.. Lagipun Nur Cuma tolak
cinta dia bukan tolak persahabatan.. tapi kalau dah dia senyap, Nur nak cakap
ape dengan dia.. Nur tak suka, Nur yang mulakan.. malu..Iqa.. nanti nampak
macam Nur pulak yang terhegeh-hegeh kat dia.. Nur tak nak timbulkan fitnah..,
biar Allah saja yang tentukan ye.. dah la malas nak cakap pasal ni lagi..
Jomlah tidur esok ada kawad..”
“Betul cakap
Nur tu Iqa.. dah la tak payah la cakap pasal si buaya tu.. tak suka..” Zahidah
menyampuk setelah hanya mendengar semenjak tadi.
Nur
membaringkan badannya dan menghadap ke sebelah kanan, mengikut sunnah
Rasulullah saw. Menitis air matanya. Sebab?? Dia sendiri tidak pasti sebab
musabab dia mengalirkan air mata. Teringat surat yang dikirimkan oleh Zulkifli
melalui Aqilah dua hari yang lepas.
“
Bismillahirahmanirahim.. Assalamu’alaikum Nur.. Maaf andai surat ini mengganggu
hidup dan fikiran Nur.. Zul tulis surat ni untuk menjelaskan hasrat Zul
terhadap Nur.. untuk pengetahuan Nur, Zul sememangnya serius, tak pernah
main-main apatah lagi nak memainkan perasaan Nur yang bagi Zul, Nur adalah
seorang yang begitu baik dan begitu istimewa buat Zul..Tak mungkin Zul
mengecewakan Nur.. Nur tolong la faham perasaan Zul..Assalamu’alaikum..”
“Ya Allah,
Engkau kuatkanlah hatiku ini dalam mentaati perintah Mu.. Janganlah Engkau biarkan
hamba Mu ini lemas dalam dakapan dunia yang penuh tipu daya.. amin ya rabbal
alamin..” Nur hanya mampu berdoa, air matanya terus mengalir bimbang akan
dirinya yang lemah. Akhirnya dia terlelap dek buaian zikir yang bermain di
bibir.
Masing-masing
berlagu riang. Masakan tidak, hari yang ditunggu-tunggu selama ini akhirnya
tiba jua. Tamatnya latihan disini telah menghasilkan 1001 kenangan buat mereka.
Dalam riang ada hiba. Walaupun hati melonjak keriangan untuk berjumpa insan
tersayang di rumah masing-masing, namun air mata yang mengiringi perpisahan
ini. Walaupun hanya tiga bulan tempoh mereka berkenalan, namun keakraban
hubungan mereka jelas terpancar. Malam itu, Nur, Zahidah, Iqa, Illa dan Fatin
masing-masing berkongsi cerita seperti malam-malam sebelumnya. Berkongsi
masalah, tidak kira keluarga, cinta mahupun sahabat. Iqa a.k.a Zulaikha seperti
kebiasaan meluahkan rasa yang sudah lama terpendam mengenai masalah yang
dihadapinya bersama ayahnya. Seorang ayah tegar menafikan status anak kandung
sendiri selepas menikahi perempuan lain, berkeluarga lagi buat kali kedua.
Seorang ibu tidak mampu memberi kata putus, hanya mampu menitiskan air mata dan
terus berdoa agar segalanya kembali seperti sediakala. Di sudut hati Nur, Nur
bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang harmoni dan berlatar
belakangkan agama. Alhamdulillah.
Illa a.k.a. Syakilla
pula tidak pernah kering dengan masalah cintanya yang selama ini dianggap
tulus. Namun, lelaki semuanya sama. Suka memainkan perasaan perempuan. Lelaki
itu, Afiq ,ya Afiq! Lagak beraninya mengucapkan kalimah cinta dihadapan orang
ramai terhadap Illa, membuatkan Illa keliru dengan perasaannya. Sebelum
bercinta dengan Afiq, Illa sebenarnya mencintai seseorang yang bagiku dirinya
dekat dengan Allah, Syahrul namanya. Namun hanya disebabkan Syahrul tidak
membalas cintanya, Illa mengambil jalan mudah dengan memilih Afiq sebagai
pacarnya. Perempuan. Terlalu mudah. Akhirnya, Illa sendiri yang kecewa apabila
mendapat tahu bahawa sebenarnya Afiq dicabar oleh seseorang yang sangat rapat
dengan Illa, Arman. Begitulah manusia yang egois. Pantang dicabar pasti
tercabar.
Fatin seorang
yang ceria, masalah tidak pernah dipendamnya. Jika ada, pasti segera
diselesaikan walauapapun caranya. Malam itu, Nur, Zahidah dan Fatin menjadi pendengar
yang setia. Klimaks pada malam itu, semua mata memandang menusuk wajah Nur
Zahra. Pandangan masing-masing penuh dengan persoalan untuk dilontarkan buat
Nur.
“ Nur?? Tak kan
takde masalah. Lebih-lebih lagi pasal Si Zul tu..” Illa meleraikan segala pandangan
terhadap Nur.
“ Insya Allah
takde masalah.. Zul??? Kami takde ape-ape.. kawan biasa macam dengan yang lain
lah.. lagipun, kamu semua dah lupa ke ‘ Mafi Qalbi Ghoirullah’.. Takde
siape-siape dihati ini melainkan Allah…Cinta yang membawa kebahagiaan adalah
cinta selepas kahwin.. sebelum kahwin.. no.. no.. never and ever..faham??”
Tenang Nur menjawab, merungkai semua persoalan yang bermain difikiran
kawan-kawanya. Jauh di sudut hatinya, ‘Benarkah apa yang aku katakan ini.. tipu
kalau aku katakan aku tidak menyukainya.. Ya Allah, tolong hamba Mu ini..’
‘’ Ye lah Cik
Nur Zahra… tapi kau kena pegang kata-kata kau ni.. Bukan ape, aku takutlah kan
kau jadi macam si Illa ni.. mula-mula jual mahal, asyik lari daripada Afiq
tu..last-last couple jugak.. tengok sekarang apa jadi… argh!!! Sakitlah.. ‘’
Illa mencubit pipi Zahidah apabila mendengar kata-katanya.
‘’Insya Allah…
Cuma, Nur nak tahu satu perkara… ape yang menyebabkan Zul boleh berkenan dengan
Nur.. sampaikan dia boleh jadi sasau macam tu.. Kalau nak kata Nur ni cantik..
biase je.. Cantik lagi si Aimi tu..Badan dah la macam model, muka pun boleh
tahan gak..Nak dibandingkan dengan Nur yang pendek lagi tembam ni.. tolong la
beritahu.. korang kan rapat dengan dia..’’ Terbatuk-batuk Iqa, Fatin dan Illa.
‘’ Ok… Kalau,
Iqa beritahu, Nur jangan cerita pulak kat Zul yang kitorang cerita.. Macam ni..mmm…
adalah satu malam tu.. dia mimpi mak dia sarung cincin dekat jari Nur.. tiga
kali dia mimpi.. Yang tu lah sebab dia jadi macam tu.. Lagi satu, sebab… dia
cakap kalau nak cari isteri, carilah yang beragama… tu jelah yang dia cakap…’’
‘’mmm… mimpi je
kot, yang tu pun nak kecoh.. Tapi, kenapa saya..kenapa Nur..?? Why must me in
his dream??? Ya Allah aku tak faham apa yang Kau cuba tunjukkan kepadaku..
Janganlah Kau uji aku dengan ujian sebegini… sakit..’’ akhirnya menitis jua
mutiara jernih.
‘’Dah la tu Nur.. Jangan difikirkan sangat hal
tu.. jomlah kita tidur, nanti lambat pula kita bangun subuh.. nanti tak
pasal-pasal kena denda dengan ustaz… eh dah tak de denda aku lupe… esok hari
terakhir kita kat sini..’’ dalam tawa ada sendu. Lena masing-masing bergelinang
dengan air mata.
Detik
waktu terus berjalan
berhias gelap
dan terang
sukar dan
duka
tangis dan tawa
tergores
bagai lukisan
seribu mimpi
berjuta
sepi hadir
bagai teman sejati
diantara
lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan
kepadaMu
yang
terindah dalam hidupku
meski
kurapuh dalam langkah
kadang tak
setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu
maafkanlah
bila hati tak sempurna mencintaiMu
dalam
dadaku harap hanya diriMu yang bertakhta
detik
waktu terus berlalu
segalanya
berakhir padaMu
Setahun
sudah berlalu. Namun bagaikan baru semalam semua itu berlaku. Perasaan itu cuba
diusir sejauh-jauhnya. Sejauh yang mungkin. Cinta Nya kini didambanya penuh
harapan. Dalam hatinya mengharapkan hanya diri NYA yang bertakhta. Indahnya
apabila bercinta dengan si DIA. Segalanya halal, tiada yang haram, tiada yang
menghalang. Tenang dijiwa kukecapi. Berdua dengan Nya bukanlah khalwat,
berbicara dengan Nya bukanlah zina lisan. Detik waktu sentiasa bersama Nya.
Gembira bukan kepalang. Sakinah dan hidayah yang selalu dipinta di makbulkan.
Namun, setiap hambaNya pasti diuji. Ketulusan cintaku diuji lagi. Jiwa yang
rapuh mula curang pada Nya. Cintaku mula berbelah bahagi. Khairul Zulkifli
sekali lagi muncul di alam maya. Sebuah e-mail sudah cukup membuatkan hatinya
yang tenang bergelora kembali.
TO: Nur Zahra
“ Seandainya dirimu tahu, hanya engkau yang bertakhta dihatiku.
Memang kuakui kisah silamku yang aku adalah seorang buaya darat dipandanganmu.
Kini aku bukan lagi seperti itu. Kini aku mencari jalan pulang pada Nya.
Sudikah engkau menjadi lampu yang menerangi perjalanan hidupku??”
Mudah sekali kata-kata itu
ditaip oleh si dia persis air yang mengalir tanpa sebarang halangan. Jiwa
berkecamuk kembali. Cinta yang sudah dilupakan kembali menuntut natijahnya.
Lantas jari jemari mula mengatur langkah. Segalanya harus diperjelaskan segera.
Tidak mampu lagi hati menanggung persoalan demi persoalan yang hadir bertandang
tanpa dipinta.
FROM: Nur Zahra
TO: Zul_zulkifli
“ Bismillahirrahmanirrahim…Alhamdullillah, jika penghijrahan dirimu itu adalah benar. Masih
ramai kaum Adam diluar sana yang boleh membantu dirimu pulang kepangkal
jalan.Carilah mereka terlebih dahulu. Dan ketahuilah bahawa hati ini HANYA mencari CINTA YANG HALAL
disisiNYA. Tidak sanggup jasad dan roh ini menanggung azab NYA kerana melanggar
perintahNYA yang engkau sendiri pun tahu.. ` Jangan engkau dekati zina’. Titik.
Segalanya sudah jelas dalam kalamullah itu. Maaf. Aku hanya mencari seorang
nakhoda sekaligus imam dalam bahtera hidupku. Bukan seorang nakhoda yang hanya
indah dipandangan manusia. Usah ganggu aku lagi!! Biar lah aku bahagia dengan
cintaku kini. Hatiku hanya satu. Jika ku berikan hati ini padamu, hati mana
yang harus aku bagi padaNYA?? HATI YANG SATU UNTUK YANG SATU...”
Hatinya berlagu memohon kekuatan. Air mata mula membasahi pipi
mulusnya. Cinta yang bertandang di singkirkan semampu yang mungkin. Bukan
sengaja melindungi perasaan itu, tetapi bimbang dirikan terleka dengan
fatamorgana sedangkan semua itu tidak menjanjikan kebahagiaan yang hakiki.`
Ya Robbi, berikanlah aku kekuatan. Jangan biarkan aku hanyut dalam laut dunia
yang takkan pernah surut dengan geloranya.’ Biar sendirian hingga hujung nyawa asalkan
tidak sepi dari kasihNya. Kini satu perkara yang pasti dihatiku. Hati yang satu
hanya untuk yang Maha Satu. Tidak lain tidak bukan, hanya Allah yang berhak
keatas hati ini.
No comments:
Post a Comment