Keriuhan suara saudara-mara dan jiran
tetangga tidak kering sejak mula matahari menyinari cahayanya. Pelbagai cerita
dan isu diketengahkan. Nur Balkish senang melihat dan merasai suasana
disekelilingnya. Nur berasal dan menetap di bandar metropolitan yang sentiasa
didendangkan dengan bunyi kenderaan. Tiada ketenangan dirasai apatah lagi
suasana rumah yang tidak pernah ceria. Masing-masing sibuk dengan kerja
masing-masing walaupun pada hujung minggu. Berbeza dengan suasana yang kini
dirinya berada dalamnya. Namun Nur Balkish tidak menyalahkan orang tuanya.
Tarbiyah alam dari Pencipta seluruh alam suduh cukup bermakna baginya. Subhanallah!!
Kerancakan dua sahabat
berbual yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah serta merta terhenti.
Dua pasang mata saling memandang. Degupan jantung bagaikan berhenti seketika.
`` Baru sampai kamu
Muhammad?? Ingatkan dah tak nak datang tolong.. Ni nak bagi alasan apa
pulak..apasal lambat??“ Muhammad tersengih-sengih apabila Kak Zakiah
menegurnya. Bukhari masih kaku disisi Muhammad memandang Nur Balkish.
`` Ala..kak..janganlah
marah.. Muhammad tunggu si Bukhari ni hantar assignment tadi, lepas tu traffic
jam kat bandar..akak tahu jela bandar tu macam mana bukan macam kat kampung
kita ni.. tu yang lambat sampai.. hehe.. ada apa-apa yang kitorang boleh
tolong?“
`` Ade je
alasan..Tolong lap pinggan, mangkuk, sudu, garfu dan segala bagai yang ada kat
ruang tamu tu...“
``Huh?? Tapi kak.. tu
kan kerja orang perempuan.. tak macho la macam ni..“
``Tak ada
maknanya..Tadi kata nak tolongkan.. tinggal kerja ni je.. yang lain dah beres..
Lain kali datang la masa orang nak start baca tahlil...“
``Ala akak ni..
Muhammad gurau sikit pun tak boleh..“ Tersengih-sengih Muhammad mengusik kakak
kesayangannya. Apatah lagi apabila Zakiah menjengilkan mata besarnya. Namun
berbeza dengan adegan pandangan mata yang tak berkelip antara Nur Balkish
dengan Bukhari. Namun tak lama. Kedua-duanya dengan sepantas kilat menundukkan
pandangan mereka setelah tersedar dari keasyikan memandang. Gagal juga kali ini
kau syaitan!!
Suasana ditengah ruang
tamu rumah semakin rancak dengan cerita-cerita masing-masing apatah lagi dengan
kehadiran Muhammad yang sangat suka menyakat ibu-ibu saudaranya. Namun dalam
keriuhan keluarga itu, Nur Balkish dan Bukhari masih menyepikan diri. Perasaan
mula bercampur baur dalam diri masing-masing. Perasaan bersalah, gembira,
rindu,takut dan bermacam-macam. ` Arghhhh!!! Aku takkan biarkan nafsu dan
emosi mengawal diriku. Biarlah iman yang berbicara. Ya Allah Kau kuatkanlah
hati hambaMu ini.. aku tidak mahu terjebak lagi ke dalam percintaan yang
sia-sia..‘
`` Nur.. kenapa diam
je ni??“
``Errr.. tak ada
apa-apalah kak.. tak tahu nak cakap apa..“ Zakiah hanya mengangguk seolah-olah
memahami.
Selepas majlis tahlil selesai...
Hembusan angin malam
dikampung sungguh berbeza dengan dibandar. Segar dan nyaman. Setelah selesai
mengemas, Nur Balkish mengambil keputusan untuk menghirup udara malam bersama
Zakiah di halaman rumah. Bunga-bunga yang cantik dan mengharumkan menghiasi segenap
ruang halaman rumah itu.
``Assalamu’alaikum..“Tiba-tiba
kedengaran suara garau yang menyapa. Nur Balkish kaget.
``
Wa’alaikumussalam..err.. cari Muhammad ke?? Rasanya dah masuk tidur tadi..“
`` Tak.. saya tak cari
Muhammad.. Saya... saya.. nak jumpa Nur sekejap.. boleh??“ Nur Balkish
terkejut. Jantungnya mula berdegup kencang. Zakiah mula memahami situasi yang
berlaku dihadapan matanya. Dirinya mula meneka, adakah lelaki ini yang
sentiasa membuat hati Nur Balkish dilambung ombak??
``Ermmm.. sure..but .. Kak Zakiah temankan
saya ye.. Tak manis pulak orang tengok nanti..“
`` Thanks.. Actually,
Bukhari nak mintak maaf kerana tinggalkan Nur dulu.. but I’m sure yang Nur
sekarang dah faham kenapa Bukhari ambik keputusan tu kan.. Tak sangka Allah
mempertemukan kita sekali lagi.. Mempertemukan dua insan dalam versi yang
berbeza berbanding dengan versi yang dulu.“
`` Sepatutnya Nur yang
patut mintak maaf.. Nur selalu ganggu ketenteraman hidup Bukhari.. But don’t
worry now.. I don’t want to disturb you anymore..Yup!!Saya faham tindakan
Bukhari dulu.. Hanya kerana Allah.. and Alhamdulillah.. Allah bukak pintu hati
saya untuk berubah.. Insya Allah takkan berpaling lagi kebelakang.. Tu je kan
yang Bukhari nak cakapkan.. ermmm.. Nur nak rehat dulu..“
`` A‘aa.. sorry
ganggu.. pergilah berehat..“
``Assalamu’alaikum..“
- Muhammad Aiman Bukhari -
- Nur Balkish -
Aiman Bukhari dan Nur
Balkish, masing-masing bermonolog sendirian. Mencari sekelumit kekuatan diri
yang dipinjamkan oleh Allah Yang Maha Berkuasa. Jodoh pertemuan, ajal maut
segalanya sudah tercatat di Lauh Mahfuz. Allah telah mengilhamkan dalam hati
manusia kejahatan dan ketakwaan. Terserah pada diri untuk memilih sama ada
jalan kejahatan mahupun ketakwaan. Beruntunglah bagi mereka yang memilih jalan
ketakwaan dan amatlah rugi bagi mereka yang memilih jalan kejahatan. Segalanya
telah termaktub dalam kitabNya, Al-Quran dan Sunnah PesuruhNya, Nabi Muhammad
saw..
** Ini hanyalah sebahagian kecil kisah remaja dalam masyarakat pada hari
ini.. Ambil yang jernih, buang yang keruh. Segala yang baik itu dari Allah,
segala yang buruk itu atas kelemahan diri sendiri. Kalau ada yang tersilap, sangat dialu-alukan segala teguran..
No comments:
Post a Comment