Kau pergi, aku takkan pergi
Kau jauh, aku takkan jauh
Sebenarnya aku masih mengharapkanmu
Biarkan aku menjaga segenap cinta
Meniti
dibibirnya sebuah lagu yang cukup menggambarkan segenap perasaannya. Walaupun
liriknya tunggang terbalik namun itulah luahan perasaannya yang dipendam
sendiri selama ini. Langit terbentang luas direnung kosong. Sekawan burung
terbang bebas melintasi pandangannya langsung tidak menarik perhatiannya.
Seolah-olah dirinya di dunianya sendiri. Sesekali telefon bimbit Samsung
ditangan direnungnya. Menanti sesuatu yang tidak akan pernah pasti. Kelibat
Zakiah di belakangnya langsung tidak disedari. Ucapan salam tidak bersambut.
Secangkir senyuman terbit dibibir Zakiah diiringi gelengan. Tangannya
dilambai-lambaikan dihadapan mata Nur Balkish.
`` Ehh.. Akak Zakiah.. bila masa pulak
akak ada kat sini?? Tak perasan pulak.. dan.. tak dengar pun salam akak..“ Nur Balkish cuba mengawal
gelabahnya.
`` Dua dekad tahun yang lalu..hmm.. akak
dah bagi salam tapi kamu tu Nur.. berangan sampai tak sedar apa-apa.. Apa yang
kamu renungkan tu?? Nak kata pungguk rindukan bulan.. masih siang, bulan tak
muncul lagi..hmm.. musykil akak..“ Zakiah memandang langit lantas menoleh
kearah Nur.Nur tersengih malu. Mana tidaknya, ini bukan kali pertama Zakiah
melihatnya dalam keadaan begitu. Nafas dilepas perlahan. Secangkir senyuman
cuba diukir kemas.
`` Akak... bagaimana seseorang tu nak
singkirkan perasaan cinta.. cinta yang dulu berbalas tapi akhirnya
ditinggalkan..?? “
Huh?? Apa yang
kau cakap ni Nur.. It not suppose to out from your mouth. Shut up!! Don’t talk
anymore. Namun hati meronta-ronta
inginkan pertolongan. Tidak mampu lagi untuk membendung konflik dalaman seorang
diri. Malunya... Segaris senyuman dari Kak Zakiah seolah-olah mengejek diriku.
Ya Robbi.. malunya..
`` Nur.. perasaan cinta itu fitrah
manusia yang dicampakkan oleh Allah kedalam mana-mana hati lelaki mahupun
perempuan. Cinta itu tidak salah but couple zaman sekarang ni yang ditegah
dalam Islam. Cinta itu tak boleh dibuang, disingkirkan malah dihalang... tapi
boleh dikawal, dididik.. Jangan biarkan cinta itu menjadi raja dalam hati kita.
Tapi biarlah iman yang menjadi raja dan berbicara dengan `rakyat-rakyatnya‘
yakni amalan zahir kita.“
`` If that kind of love can’t be destroy
or throw away just as we want... so..
how could that person to protect her or his heart from those feelings..? and what you means with
‘couple zaman sekarang ni yang ditegah dalam islam’..Boleh akak terangkan..”
Nur cuba berlagak professional walaupun hatinya diterjah pelbagai persoalan.
Mindanya mula mencari kebenaran disebalik kata-kata Zakiah.
`` Insya
Allah, I’ll try to explain as best as I can.. Okay.. first, mengapa islam tidak
membenarkan couple?? What your definition for couple??”
“Huh??
Hmm..Two people, you know.. boy and girl.. fall in love..and declaire their
relationship.. as boyfriend, girlfriend..maybe..why??”
“ Dalam
Islam, tiada istilah boyfriend or girlfriend apatah lagi hubungan cinta yang
orang zaman declairekan sebagai couple.. tetapi dalam islam, ada satu hubungan
yang dibenarkan untuk mengenali antara satu sama lain tetapi ada batasnya iaitu
tunang.. Kenapa islam tidak membenarkan couple?? This is because couple zaman
sekarang ni dah jadi ala-ala hollywood, bollywood dan bermacam bagailah..
Kesinambungannya, lahirlah anak luar nikah, pembuangan bayi, masalah sosial
semakin menjadi-jadi.. betul tak apa yang akak cakap ni?? Islam itu tidak
membebankan.Allah melarang sesuatu perkara pasti ada hikmahnya.. and the answer
for another question..People can forget their ‘love’ with always remember
Allah. How?? Always say His name, perform solah for every 5 times according to
Allah’s order, learn more about Islam
and else.. Insya Allah, hati takkan rasa kosong dan takkan mencari something
yang haram untuk mengisinya. Mencintai Allah itu sangat indah. Pasti ada hikmah
lelaki tu tinggalkan Nur..”
Nur Balkish
hanya mampu tersenyum. Tiada apa lagi untuk dirahsiakan daripada kak Zakiah.
Perlakuannya sendiri selama ini sudah cukup untuk menceritakan segalanya kepada Kak Zakiah. Hatinya mula nekad, tidak
akan lagi mengharap cinta yang belum pasti hujung pangkalnya. Perjalanan hidup
mesti dihiasi keimanan dan ketakwaan kepadaNya. Jiwa yang tenang dan bahagia
dalam mencintaiNya menjadi impiannya. Lantas telefon bimbit diletakkan di atas
meja. Kaki mula melangkah menuju bilik air, teringat dirinya belum menunaikan
kewajipan yang sepatutnya dia lakukan dua jam yang lepas. Tatkala air mula
menjamah kulitnya, terasa damai, hilang segala duka. Tatkala bibir mula
menyebut kalimah Allahuakbar, menitis air mata, malu pada yang Esa atas
kesombongannya selama ini. Tatkala dahi mula menyentuh hamparan sejadah, terasa
dekat denganNya, terasa diri tidak bersendirian. Tatkala tangan menadah doa,
terasa kekuatan mengalir dalam salur darah.
:)
ReplyDelete