Monday, 4 June 2012

Pencarian(bhgn 3)


    Rancak jari jemari menari  diatas pentas putih menghasilkan kalam yang indah mengikut rentak irama jiwa. Otak berfikir, tangan  merakam,terhasil jua luahan hati seorang insan.

sahabat....
jika hari ini aku terlalu gembira
sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah..
Jika aku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta..
Jika aku lemah tak berdaya,
ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga..
Jika diantara kita ada tembok yang memisahkan,
ajaklah aku meleraikan segera..
Jika pernah hatimu terluka,
luahkanlah agar aku berubah..
dan jika esok aku lena tanpa terjaga,
iringlah lenaku dengan kalungan doa..
berjanjilah sahabat,
ukhwah kita untuk selamanya..
janganlah kerna sekecil-kecil perkara,
satu ikatan yang kita simpul dulu terlerai...

        ``Bukhari.. nah ambil ni..“ Muhammad Zikri menghulurkan sekeping kertas.

        `` Subhanallah... indahnya kata-kata ni.. tapi bila masa kau ni pandai berpuisi , Muhammad?? Setahu aku kau ni budak skema..“ Aiman Bukhari ketawa kecil. Namun jauh disudut hatinya, dia tahu apa yang cuba disampaikan sahabatnya itu. Muhammad Zikri mencebikkan bibirnya.

        ``Sorry, my friend.. aku bergurau je tadi.. aku mintak maaf ea.. okay, apa yang sebenarnya kau nak beritahu aku melalui kata-kata ni? Kau kecil hati dengan aku ea? Okay la.. kalau aku ada buat salah dengan kau selama ni, aku mintak maaf sangat-sangat.. can you accept my apologise? Hmm?“ Muhammad Zikri tersenyum menahan ketawa yang bila-bila masa saja akan terburai.

        `` Apalah kau ni Bukhari..maaf aku sentiasa bersama kau.. aku cuma nak hilangkan rasa tension je tadi sambil-sambil mengasah bakat yang sedia ada.. and for your information, aku ni tak delah mamat skema sangat.. aku ni wakil sekolah dulu dalam pertandingan sajak tau..“

        `` Yelah Encik Muhammad Zikri! Macam manelah kau tak tension, menghadap buku 24 jam.. cuba kau pergi main bola sekejap waktu petang, pergi joging selepas subuh.. ni tak.. otak tu pun nak rehat jugak..“

        `` Tak delah sampai 24 jam aku study..kalau aku study 24 jam, alamatnya aku tak solat, tak makan, tak tidur lah kan.. kau lainlah Bukhari.. kau otak genius.. pegang buku pun da faham. Bukan macam aku. Aku kena study hard, dari kulit ke kulit aku kena baca, baru aku faham..Tapi apa-apapun, aku tetap yakin dan percaya dengan rezeki Allah.. Allah itu Maha Pemurah, Maha Pemberi Rezeki dan Maha Adil.. I believe that..“

Aiman Bukhari terdiam seketika memikirkan sesuatu.  Satu persoalan mula bermain diruang mindanya.

        `` Muhammad, bercakap pasal Allah Maha Adil la kan, apa sebenar  maksudnya?? Kadang-kadang aku rasa Allah itu tak adil pada aku.. aku bukan nak mempersoalkan kekuasaan Allah tetapi tulah yang asyik ganggu minda aku ni.. mohon perjelasan ya ustaz..“

        `` Allahu Robbi.. kalau nak merungkai bab ni.. panjang  Bukhari.. tapi tak pelah.. aku cuba pendekkan .. firman Allah ayat 40 surah An-Nisa’ yang bermaksud ‘Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah dan jika ada kebaikan sebesar zarah nescaya Allah akan melipat gandakannya serta memberikan dari sisi-Nya pahala yg besar‘... Kalau kita membaca dan mengamati ayat ini betul-betul, betapa Allah Maha Adil pada hamba-Nya sehingga tidak ada amal baik yang sia-sia dari hambaNya jika dikerjakan dgn ikhlas dan tidak bertentangan dgn syariat. Amal yg baik itu akan mendapat kebaikan walaupun sebesar zarah. Bukhari, kadang-kadang kita yang tidak adil pada diri kita dalam membuat pilihan. Jangan kerana kelemahan kita, kita menyalahkan Allah.”
      `` Astghfirullahalazhim.. aku khilaf.. maafkan aku Muhammad.. Aku ni masih jahil dalam ilmu-ilmu agama.. Kerana ujian yang kecil yang Allah bagi pada aku, aku katakan Allah itu tidak adil.. sedangkan Allah itu Maha Adil..”
      `` Manusia itu tak pernah lepas dari melakukan kesilapan. Walau sebesar manapun dosa kita, tapi kalau kita bertaubat, insya Allah.. Allah itu Maha Pengampun. Allah memberi ujian kepada hambaNya mengikut kemampuan hambaNya.. Cuba Bukhari buka Al-Quran sekarang, buka surah Al-Baqarah ayat 286.. ‘Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.(mereka berdoa dengan berkata): “ Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”

“ Baru aku faham sekarang makna Allah Maha Adil.. Setiap manusia diberi ujian yang berbeza mengikut kemampuan masing-masing.. yang kaya mungkin diuji masalah kesihatan, masalah anak-anak.. yang miskin mungkin diberi nikmat sihat, anak-anak yang soleh..and so on.. subhanallah.. Alhamdulillah, thanks Muhammad…”

 “ Alhamdulillah.. Itulah yang aku kata tadi.. Walau macam mana sekalipun aku kena study, andai Allah mentakdirkan result aku tak segempak orang lain, aku redha.. because I believe Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan Allah Maha Adil.. Mungkin Allah tidak memberi rezeki melalui pendidikan tapi boleh jadi melalui ketenangan hati kita, mendapat anak yang soleh, kesihatan yang elok…Kalau nak bercakap pasal ni sampai bila pun tak habis, terlalu banyak.. kalau ada masa terluang, kau pergilah library.. Kat situ tak silap aku ada beberapa buah buku yang boleh menjawab semua persoalan kau, Insya Allah.. Ustaz pun ramai kat U ni.. kau pergi jelah tanya diorang yang lebih pakar..“

Bukhari hanya sekadar menganggukkan kepalanya. Di ruang fikirannya mula merangka jadual untuk berkunjung ke perpustakaan universitinya dan bertemu dengan ustaz. Dia nekad akan mencari dan mengutip ilmu-ilmu Allah. Bukhari menyesal kerana selama ini dia sudah membazirkan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.  Dahulu,waktu senggangnya sering diisi dengan melepak bersama kawan-kawannya yang tidak bermoral. Kini, dia nekad dan cuba beristiqamah untuk mengisi ruang masanya dengan mencari ilmu-ilmu Allah.

        `` Bukhari, nanti kalau kau dah dapat jawapan yang betul, sahih lagi meyakinkan, kau cerita kat aku ea.. manalah tahu apa yang aku beritahu kat kau tu salah.. tak pasal-pasal aku berdosa..“

        `` Insya Allah..“

Sunday, 13 May 2012

Pencarian bhgn 2


Kau pergi, aku takkan pergi
Kau jauh, aku takkan jauh
Sebenarnya aku masih mengharapkanmu
Biarkan aku menjaga segenap cinta

      Meniti dibibirnya sebuah lagu yang cukup menggambarkan segenap perasaannya. Walaupun liriknya tunggang terbalik namun itulah luahan perasaannya yang dipendam sendiri selama ini. Langit terbentang luas direnung kosong. Sekawan burung terbang bebas melintasi pandangannya langsung tidak menarik perhatiannya. Seolah-olah dirinya di dunianya sendiri. Sesekali telefon bimbit Samsung ditangan direnungnya. Menanti sesuatu yang tidak akan pernah pasti. Kelibat Zakiah di belakangnya langsung tidak disedari. Ucapan salam tidak bersambut. Secangkir senyuman terbit dibibir Zakiah diiringi gelengan. Tangannya dilambai-lambaikan dihadapan mata Nur Balkish.

        `` Ehh.. Akak Zakiah.. bila masa pulak akak ada kat sini?? Tak perasan pulak.. dan.. tak dengar  pun salam akak..“ Nur Balkish cuba mengawal gelabahnya.

        `` Dua dekad tahun yang lalu..hmm.. akak dah bagi salam tapi kamu tu Nur.. berangan sampai tak sedar apa-apa.. Apa yang kamu renungkan tu?? Nak kata pungguk rindukan bulan.. masih siang, bulan tak muncul lagi..hmm.. musykil akak..“ Zakiah memandang langit lantas menoleh kearah Nur.Nur tersengih malu. Mana tidaknya, ini bukan kali pertama Zakiah melihatnya dalam keadaan begitu. Nafas dilepas perlahan. Secangkir senyuman cuba diukir kemas.

        `` Akak... bagaimana seseorang tu nak singkirkan perasaan cinta.. cinta yang dulu berbalas tapi akhirnya ditinggalkan..?? “ 

Huh?? Apa yang kau cakap ni Nur.. It not suppose to out from your mouth. Shut up!! Don’t talk anymore. Namun hati  meronta-ronta inginkan pertolongan. Tidak mampu lagi untuk membendung konflik dalaman seorang diri. Malunya... Segaris senyuman dari Kak Zakiah seolah-olah mengejek diriku. Ya Robbi.. malunya..

        `` Nur.. perasaan cinta itu fitrah manusia yang dicampakkan oleh Allah kedalam mana-mana hati lelaki mahupun perempuan. Cinta itu tidak salah but couple zaman sekarang ni yang ditegah dalam Islam. Cinta itu tak boleh dibuang, disingkirkan malah dihalang... tapi boleh dikawal, dididik.. Jangan biarkan cinta itu menjadi raja dalam hati kita. Tapi biarlah iman yang menjadi raja dan berbicara dengan `rakyat-rakyatnya‘ yakni amalan zahir kita.“

        `` If that kind of love can’t be destroy or throw away just  as we want... so.. how could that person to protect her or his heart  from those feelings..? and what you means with ‘couple zaman sekarang ni yang ditegah dalam islam’..Boleh akak terangkan..” Nur cuba berlagak professional walaupun hatinya diterjah pelbagai persoalan. Mindanya mula mencari kebenaran disebalik kata-kata Zakiah. 

`` Insya Allah, I’ll try to explain as best as I can.. Okay.. first, mengapa islam tidak membenarkan couple?? What your definition for couple??”

“Huh?? Hmm..Two people, you know.. boy and girl.. fall in love..and declaire their relationship.. as boyfriend, girlfriend..maybe..why??”

“ Dalam Islam, tiada istilah boyfriend or girlfriend apatah lagi hubungan cinta yang orang zaman declairekan sebagai couple.. tetapi dalam islam, ada satu hubungan yang dibenarkan untuk mengenali antara satu sama lain tetapi ada batasnya iaitu tunang.. Kenapa islam tidak membenarkan couple?? This is because couple zaman sekarang ni dah jadi ala-ala hollywood, bollywood dan bermacam bagailah.. Kesinambungannya, lahirlah anak luar nikah, pembuangan bayi, masalah sosial semakin menjadi-jadi.. betul tak apa yang akak cakap ni?? Islam itu tidak membebankan.Allah melarang sesuatu perkara pasti ada hikmahnya.. and the answer for another question..People can forget their ‘love’ with always remember Allah. How?? Always say His name, perform solah for every 5 times according to Allah’s order, learn more about  Islam and else.. Insya Allah, hati takkan rasa kosong dan takkan mencari something yang haram untuk mengisinya. Mencintai Allah itu sangat indah. Pasti ada hikmah lelaki tu tinggalkan Nur..”

Nur Balkish hanya mampu tersenyum. Tiada apa lagi untuk dirahsiakan daripada kak Zakiah. Perlakuannya sendiri selama ini sudah cukup untuk menceritakan segalanya  kepada Kak Zakiah. Hatinya mula nekad, tidak akan lagi mengharap cinta yang belum pasti hujung pangkalnya. Perjalanan hidup mesti dihiasi keimanan dan ketakwaan kepadaNya. Jiwa yang tenang dan bahagia dalam mencintaiNya menjadi impiannya. Lantas telefon bimbit diletakkan di atas meja. Kaki mula melangkah menuju bilik air, teringat dirinya belum menunaikan kewajipan yang sepatutnya dia lakukan dua jam yang lepas. Tatkala air mula menjamah kulitnya, terasa damai, hilang segala duka. Tatkala bibir mula menyebut kalimah Allahuakbar, menitis air mata, malu pada yang Esa atas kesombongannya selama ini. Tatkala dahi mula menyentuh hamparan sejadah, terasa dekat denganNya, terasa diri tidak bersendirian. Tatkala tangan menadah doa, terasa kekuatan mengalir dalam salur darah.

Ya Allah, damainya hati ini.. Betapa ruginya aku selama ini, betapa butanya mata hatiku selama ini kerana tidak dapat melihat dan merasa cintaMu yang Agong itu.. Bimbinglah aku yang masih bertatih ini Ya Allah...


Friday, 3 February 2012

Pencarian


                Langit biru yang terbentang luas dipandangnya kosong. Kadang-kadang hembusan nafas bernada keras. Kadang-kadang bernada halus disulami tasbih memuji  kebesaran Ilahi. Mungkin pandangannya kosong namun fikirannya berkecamuk penuh persoalan yang  tidak pernah ada jawapan. Satu persatu soalan cuba dirungkainya namun hanya menemui jalan buntu. Akhirnya tidak mampu lagi untuk dia berfikir. Kepalanya berdenyut-denyut seperti sediakala. Terkumat-kamit bibir mengalun zikir dan membaca beberapa potong ayat Al-Quran dengan harapan dapat mengurangkan sakit kepalanya.
                “ Astaghfirullah… Lain kali bagilah salam dulu kalau ye pun nak berdiri belakang aku.” Tangannya mengurut perlahan dada sambil membetulkan hela nafasnya. Muhammad Zikri tersenyum lalu mengatur langkah mendekati  Muhammad Aiman Bukhari yang sudah lama diperhatinya.
        “ Bukhari, kau ni… ada masalah ke?? Daripada tadi aku tengok kau termenung je..Kau tahu tak sementara aku tunggu kau termenung tu..aku boleh siapkan separuh daripada assignment aku yang berlambak tu tau..” Bukhari tergelak mendengar kata-kata Muhammad. Sememangnya dia mengakui kerajinan sahabatnya ini.
        “ Tak ada apalah.. saja tengok awan tu.. Subhanallah..indahkan.. Bilalah aku nak naik kapal terbang?? Nak tengok awan kat atas sana tu..Kalau aku jadi pilot, pasti aku dapat tengok awan selalukan..betul tak??”
        “ Ha.. tu mulalah nak change topic tu.. Kau ni jangan soroklah daripada aku.. aku ni berkawan dengan kau bukan sehari dua tahu tak.. aku kenal kau sejak zaman sekolah menengah lagi.. aku memang masak dengan perangai kau tu..Lagipun bukan hari ni je aku tengok kau tu termenung sorang-sorang.. Dah bertahun-tahun.. ceritalah kat aku, mana tahu aku boleh tolong..” Muhammad tidak pernah berputus asa cuba menggali rahsia yang disimpan kemas oleh rakan karibnya itu walaupun sudah berkali-kali dipujuknya.
        “Eh, mana ada aku change topic.. tadi aku just teringat family aku kat kampung je la.. Kau ni pun satu, macam tak kenal aku.. kau kan tempat kedua aku luahkan masalah aku.. kalau aku ada masalah.. dah lama aku cerita kat kau.. betul tak??” Aiman Bukhari cuba menutup gelisah dihati. Masalah kali ini perlu dia selesaikan sendiri. Terlalu peribadi untuk dia berkongsi bersama teman rapatnya ini.
        “ Ya ke?? Mmm.. ikut suka hati kau la.. tapi kenapa kau kata aku ni tempat kedua?? Siapa yang pertama?? Ni  rasa jelous ni..”
        “ Ha..ha.. apalah kau ni.. Allah adalah tempat pertama. Sampai bila-bila.. “ Tersengih-sengih Muhammad Zikri mengakui kekhilafan diri.


Hi, awak.. awak sihat?? Oppss.. sorry.. Assalamu’alaikum, ustaz..
I’m still waiting you.. If you miss me, please reply my message..
                                                                                                Luv Nur
Luka semalam berdarah kembali. Puas dirinya menjauhkan diri daripada bayangan semalam. Tidak mampu lagi untuk melarikan diri. Lelah. Penat. Letih. Itu belum cukup menggambarkan hakikat perasaannya. Jiwa remajanya apatah seorang insan yang ingin disayangi dan menyayangi bergelora kembali. Kasih sayang yang terjalin antara Nur dan Bukhari walaupun tak lama, namun itulah cinta pertamanya. Bak kata orang cinta pertama itu sukar dilupakan.Semakin kuat dia cuba melupakan kenangan lama, semakin lebat memori lama menghujani minda dan perasaannya. Kini  Aiman Bukhari hanya mampu merintih, mengadu kehadrat Ilahi, Sang Pencipta  yang Maha Mendengar. Persoalan demi persoalan mula berlegar dalam mindanya. Mengapa begitu, mengapa begini.. mengapa dan terus mengapa..
Mengapa dia masih menghantar message..? Tak faham ke?? Argh!!! Susah sangat ke nak faham? Couple itu HARAM!! Full stop! Tak fahamkah dia?? Atau saja buat-buat tak faham? Arghhhh!!! Persetan dengan semua ini.. perempuan.. memang pembawa sial dalam hidup manusia yang bernama lelaki.. salah aku juga..This is all my false!! Terlalu ikutkan nafsu.Hei, Aiman Bukhari! Kenapa kau pergi layan sangat si Nur tu..? Kenapa kau ikutkan sangat jiwa remaja kau tu?? Remaja la konon… aku lupa siapa aku.. Aku adalah seorang muslim. Aku ada Tuhan untuk aku ikut perintahNya, tinggalkan laranganNya.. Oh My Lord.. please forgive me..
                                                                                                             12.15 a.m – 2 Rabiulawal 1432– 

~bersambung~

Tuesday, 31 January 2012

'ENZYMES'

Hati itu umpama enzymes... substratesnya umpama nafsu...inhibitor itu umpama iman.. tanpa inhibitor, the rate of reaction will increase rapidly(ye ke?? betul la ni..) begitu jugak dalam diri kita.. without iman in our heart, the rate of sin or akhlaku mazmumah will increase(cume tak tahu rapidly ke slowly ke..mmm...) pelikkan bunyinya.. kalau kita belajar dalam enzymatic reaction dalam subject biology.. subsrates tu macam baik je kan..inhibitor tu macam jahat.. tapi tak pe, aku cube nak bagi satu ideologi yang diilhamkan oleh Allah waktu exam biology petang tadi(31/jan/2012) ...haha.. tengah exam pun boleh berangan.. tak boleh bla betul..Astaghfirullahal'azhim... tapi dalam memastikan inhibitor selalu ade untuk enzymes, kita kena hati-hati.. kenapa?? sebab inhibitor yang dah lame ditarbiyyah oleh si 'tanduk 2' perlu diperhati jugak.. nampak macam baik tapi... membawa kepada amalan yang sia-sia... irreversible inhibitor ni umpama penyakit hati.. dia boleh menghancurkan enzymes.. cyanide boleh menghancurkan cytochrome oxidase(tak tahu la betul ke tak.. agak2 betulla tu.. hehe..) begitu jugak dalam diri kita penyakit hati like riak, ujub, takabbur dll boleh membawa kehancuran kepada hati kite.. Allah tidak memandang rupa paras, pangkat, harta dan seangkatan dengannya.. tapi Allah memandang hati kita.. bersih tak bersih.. cantik ke tak.. bergaya tak macam tuan dia...haha... apa yang aku mengarut ni..so. jom kita bersama-sama jaga hati kita dengan saling ingat mengingati... buat student biology.. jangan marah kalau ada tersalah information ye.. tapi tegurlah diri ini yang tak berapa sangat dalam ilmu biology ni... apa yang baik ambillah iktibar, apa yang buruk jadikan sempadan.. segala yang baik datang dari Allah, segala yang buruk itu datang dari kelemahan diri ini.. hakikatnya kedua-duanya datang dari Allah Azza wa Jalla.. Wallahu'alam..

Friday, 13 January 2012

Tuntutlah ia!!

Kerancakan tanganku menari laju diatas sehelai kertas terhenti seketika. Cuba menangkap suara yang sayup-sayup kedengaran ditelinga ini. Suara itu tenggelam timbul bagaikan dibawa ombak yang menghempas pantai.Seolah-olah malu untuk diperdengarkan kepada sesiapa. Aku memandang sekelilingku, mencari arah suara itu. Mataku terpacak pada satu susuk tubuh yang berdekatan denganku. Walaupun riak wajahnya yang seolah-olah lelah dalam menuturkan ayat-ayat cinta itu, usahanya jelas terzahir. Terharu melihat senario yang bermain dilayar skrin mataku. Bukan senang nak melihat seorang pemuda zaman sekarang yang usianya hampir mencecah 20-an nak belajar mengaji. Bukan kitab Al-Quran yang lazim dihafal oleh para hafiz, hafizah... tapi kitab alif ba ta yang kita belajar masa kecil-kecil dulu. Inilah dikatakan jangan malu dalam menuntut ilmu. Betul tak? Aku mengimbau kembali kisah seorang lelaki tua yang usianya hampir 50-an. Di saat beliau(aku menggelarkan lelaki tua ini beliau kerna kemuliaan yang terdapat dalam dirinya) menceritakan kisah hidupnya kepadaku, menitis air mataku. Alhamdulillah beliau dapat menkhatamkan Al-Quran pada usia yang muda iaitu 12 tahun(bagi orang yang selalu ponteng kelas mengaji la, kata beliau bukan aku). Namun, yang sedihnya, sejak hari itu beliau tidak lagi menyentuh Al-Quran apatah lagi untuk mentadabburnya. Sepanjang hampir 35 tahiun, hanya surah-surah pendek seperti Al-Fatihah, Al-Ikhlas, An-Nas.. yang diingatinya.. itupun tak ingat nama surah( biasala aku dulu pun macam tu jugak).. Lidah menjadi keras untuk menyebut kembali huruf-huruf yang membentuk kalam terindah itu. Biasala bila dah lama tak menyebutkan.. aku pun kalau dalam 2-3 hari tak mengaji, keras jugak lidah ni.. huhu.. Namun, HIDAYAH ALLAH siapa yang tahu, bila-bila je boleh hadir dalam hidup ni. kita yang kena  tangkap dan jage elok-elok.. right?? Setelah sekian lama tidak menyentuh Al-Quran, tiba-tiba suatu hari beliau datang padaku, minta diperbetulkan bacaannya( segan la jugak aku ni.. sebab bukan pandai sangat bab2 tajwid ni.. silap hari bulan salah ajar, tak ke masuk saham neraka.. Astaghfirullahal'azhim..) tapi dengan hati yang terpaksa rela, aku relakan jua untuk membantunya.. Mesti sahabat-sahabat sekalian terfikir bagaimana pak cik ni boleh tiba-tiba nak belajar mengaji balik??? betul tak?? Hal ni disebabkan oleh, ajakan si isteri untuk menunaikan umrah dan kebetulan masa tu, syarikat tempat beliau bekerja tu menawarkan tajaan umrah kepada pekerja yang lebih 25 tahun di syarikat tu.. Alhamdulillah, rezeki.. bak kata orang jangan tolak rezeki yang baik... Pada waktu itulah, terdetik dihatinya untuk kembali kepada jalan yang lebih sakinah dan dipenuhi cahaya Rabb. Kini beliau lebih merasa bahagia kerana dapat mempraktikkan amalan-amalan sunat yang dianjurkan oleh Rasulullah. Bukan sekadar bacaan tajwidnya yang betul, tapi sebahagian surah-surah yang menjadi amalan hariannya, kini meniti dibibir dengan lancar tanpa melihat mashaf Al-Quran, segalanya dalam hati beliau.. Kini beliau juga mampu menjadi imam solat  kepada ahli keluarganya.. Alhamdulillah.. Setiap malam pasti beliau mendengar alunan suara syeikh-syeikh arab mengaji disamping membandingkan bacaannya yang masih ada kekurangan dan setiap minggu mesti mendengar tazkirah/kuliah/ something that give him knowledge about Islam.. Hmmm... itulah kisah seorang lelaki tua yang mencari sakinah dengan menuntut ilmu.. so, what's about us??? Masih malu untuk bertanya jika tak tahu atau masih menjadi seorang yang ' bodoh sombong'???
Ingatlah bahawa dalam surah Al- A'laq ayat 1, Allah telah berfirman:
             " Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan"
Ayat ni nampak simple jekan... tapi mendalam maksudnya.. ayat ni suruh kita tuntut ilmu... tidak kiralah ape pun ilmu tu asalkan yang diizinkan syariat..dok gitu??Islam telah mengajar kita supaya menuntut ilmu, so, jom kita ramai-ramai tuntut ilmu... Jangan putus asa dalam menuntut ilmu.. mungkin sakit dalam mengharunginya tapi yakinlah dipenghujungnya pasti ada kemanisan.. and 1 more thing, lepas dah dapat ilmu tu, share-sharelah dengan yang lain, jangan disembunyikan..
 Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: " sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa-apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk yang jelas setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknat pula oleh semua makhluk yang dapat dilaknati" (surah al-baqarah ayat 159)
Dan amalkanlah ilmu yang dipelajari especially ilmu fardhu ain...Sebab antara ciri-ciri penuntut ilmu ialah mengamalkan ilmunya.. sejajar dengan sabda Rasulullah s.a.w. : " Tidak akan berganjak kedua-dua kakinya pada hari kiamat sehinggalah dia ditanya mengenai empat hal. 1) tentang umurnya, untuk apa dihabiskannya? 2) tentang masa mudanya, untuk apa dia gunakannya?? 3)tentang hartanya, dari mana dia perolehi dan digunakan untuk apa?? 4) tentang ilmunya, apa yang telah dia perbuat dengan ilmunya???"( Riwayat al-Tirmizi ) so, kita nak berbohong kepada Allah atau kita nak bagitahu apa yang telah kita lakukan didunia ni..? think about that nicely...
~Islah nafsak wad'u ghairak~

Tuesday, 27 December 2011

AMANAH!!

" Sesungguhnya kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakan, tetapi manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil" - Surah Al-Ahzab 33:72 -

    Amanah Allah itu sangatlah besar dan berat. Janganlah kita pandang enteng saja pada amanahNya. Jika kita tengok pada hari ini, solat wajib dibuat main-mainnya apatah lagi solat-solat sunat yang lain. Kadang-kadang berpuasa dibulan Ramadhan pun sebab takut dan malu pada manusia bukan kerana Allah, ada juga yang berpuasa kerana nak sambut hari raya dan nak duit raya especially budak-budak.. macam-macam kan.. Zakat pun ada yang tak bayar.. ishk3.. kesian kat saudara-saudara seagama dengan kita yang tak berkemampuan.. Yang pergi haji dan umrah.. Alhamdulillah bagi yang pergi untuk mendapatkan redha Allah.. tapi sebahagian daripada manusia pergi haji dan umrah hanyalah untuk bermegah-megah.. Yang perempuan...mmm.. lagi jelas amanah Allah terhadap golongan hawa ini..Ape dia?? Aurat lah.. ape lagikan.. aku tahu kalau sebut je pasal aurat, ramai golongan hawa tarik muka dan sebagainya.. tapi tahukah anda hawa, mereka yang menegurmu itu bukan kerana ape.. melainkan hanyalah amanah dan tanggungjawab kepada Allah.. Wahai saudara-saudaraku, tidakkah kita merasa perlunya kita melakukan amanah-amanah Allah itu semua?? Andai amanah manusia kita jaga sebaik-baiknya, mengapa amanah Allah kita tak jalankan sebaik-baiknya??? Tak susah kalau hati ikhlas, bukan senang kalau asyik merungut.. Keihlasan hati itu bukan datang dengan senang, tapi perlu dicari dan terus mencuba untuk menjadikan diri itu ikhlas.. Bukan hanya meniti dibibir tapi perlu disertakan dengan keikhlasan hati yang tulus lagi suci.. betul tak??

Sunday, 25 December 2011

syukur!!

Jari jemari lincah menari menaip kata-kata.. Alhamdulillah, dengan pertolongan sahabatku akhirnya aku dapat juga buka blog ni...Alhamdulillah..sebarang teguran sangat2 dialukan..