" Sesungguhnya kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakan, tetapi manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil" - Surah Al-Ahzab 33:72 -
Amanah Allah itu sangatlah besar dan berat. Janganlah kita pandang enteng saja pada amanahNya. Jika kita tengok pada hari ini, solat wajib dibuat main-mainnya apatah lagi solat-solat sunat yang lain. Kadang-kadang berpuasa dibulan Ramadhan pun sebab takut dan malu pada manusia bukan kerana Allah, ada juga yang berpuasa kerana nak sambut hari raya dan nak duit raya especially budak-budak.. macam-macam kan.. Zakat pun ada yang tak bayar.. ishk3.. kesian kat saudara-saudara seagama dengan kita yang tak berkemampuan.. Yang pergi haji dan umrah.. Alhamdulillah bagi yang pergi untuk mendapatkan redha Allah.. tapi sebahagian daripada manusia pergi haji dan umrah hanyalah untuk bermegah-megah.. Yang perempuan...mmm.. lagi jelas amanah Allah terhadap golongan hawa ini..Ape dia?? Aurat lah.. ape lagikan.. aku tahu kalau sebut je pasal aurat, ramai golongan hawa tarik muka dan sebagainya.. tapi tahukah anda hawa, mereka yang menegurmu itu bukan kerana ape.. melainkan hanyalah amanah dan tanggungjawab kepada Allah.. Wahai saudara-saudaraku, tidakkah kita merasa perlunya kita melakukan amanah-amanah Allah itu semua?? Andai amanah manusia kita jaga sebaik-baiknya, mengapa amanah Allah kita tak jalankan sebaik-baiknya??? Tak susah kalau hati ikhlas, bukan senang kalau asyik merungut.. Keihlasan hati itu bukan datang dengan senang, tapi perlu dicari dan terus mencuba untuk menjadikan diri itu ikhlas.. Bukan hanya meniti dibibir tapi perlu disertakan dengan keikhlasan hati yang tulus lagi suci.. betul tak??
likeee! :D
ReplyDelete