Assalamu'alaikum.
Dah lama rasanya x update blog ni.. fuh..fuh.. berhabuk.. Tengok dan baca balik tulisan lama2 dulu.. Masya Allah.. tergelak sorang2. sekejap aku, sekejap saya, sekejap ana..haha.. which one I don't know. Anyway, still ganti nama yang menunjukkn it's me..haha..
Proposal thesis x siap lagi, tapi tangan ni gatal jugak nak menulis dan update blog yg dah berhabuk ni. (Ada aku kisah??) Ok. dah stop mengarut. Apa cer sekarng?
Nilai tenggelam dalam jerebu. Bacaan IPU semalam 205. Ditahap bahaya. Astaghfirullah. Semoga Allah melindungi kami semua. However, Alhamdulillah.. this morning hujan walaupun renyai2 je. USIM bagi cuti hari ni..hehe..
Teringat kawan2 PERMATA USIM membincangkan soal tanda2 hari kiamat. Subhanallah. Kabus/jerebu a part of them. Allah... terkelu seketika.. Kiamat makin hampir. But what we're doing now?? Think about that. Renung2kan dan selamat beramal.
Not forget, semoga Allah merahmati mangsa2 di Mekah. Semoga syahid buat mereka. Allah... Syahid, one thing that I 'm really want in my life. Takziah buat keluarga mangsa. Usah kalian bersedih. Senyumlah Bersyukurlah. Kerna mereka dijemput pada hari Jumaat, di Baitullahil Haram, Mekah Al Mukarramah.
Not forget too, our sisters and brothers at Palestine, Syria and wherever them. Pray for them. May Allah protect them. And May Allah protect our Faiths.
Letakkanlah semangat dan cita-cita setinggi bintang dilangit. Rendahkanlah hati serendah mutiara didasar lautan.
Tuesday, 15 September 2015
Cukuplah Allah Bagiku
Sambungan kisah ‘Hatiku Hanya Satu’ (epilog hati Nur Zahra)
Hampir dua tahun, tiada apa-apa berita mengenai
masing-masing. Sunyi. Masing-masing membisukan diri. Teringat aku pada pesanan
ringkas terakhir darinya.Kira-kira dua tahun yang lepas.
“Nur, tunggu Zul
ye..Insya Allah, lepas Zul dan Nur habis belajar, Zul akan masuk meminang Nur
=D”
Hampir dua tahun, dia muncul kembali menegur aku dilaman
sosial. Kami berhubung kembali. Aku menganggapnya sebagai kawan. Cuba aku
menahan gejolak rasa dijiwa. Meletakkan iman sebagai pemerintah, nafsu sebagai
rakyat. Sekali lagi.
“Nur, ada sesiapa yang dah masuk meminang ke?”
“Belum. Kenapa? Kalau ada orang masuk sekalipun, rasanya
Zul tahu apa jawapan Nur”
“Habis belajar. =D .
Nur, tunggu Zul ye. Insya Allah habis belajar, Zul datang.”
-Selepas dua minggu-
Perpisahan itu sangat
menyakitkan.Apatah lagi aku sendiri yang meminta perpisahan itu. Aku akuinya.
Sememangnya aku menyayanginya setelus hati. Saat dia meminta izinku untuk meminangku
sejurus sahaja menamatkan pengajianku, hatiku bagaikan berada diawang-awangan
kerana terlalu gembira. Bagaikan kisah gadis biasa yang dilamar putera raja.
Hatiku berbunga-bunga. Masakan tidak, selama ini dia benar-benar menungguku.
Hampir dua tahun. Setiap hari, bibirku hanya mengulumkan senyuman.
Namun, hampir seminggu, hatiku mula gundah-gulana,
keluh-kesah. Keruan entah mengapa. Aku muhasabah kembali. Apa silap aku kali
ini.
“Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan. Yang mana Hak, yang
mana Batil. Tunjukkanlah aku jalan yang Engkau redha.”
Namun, setelah beberapa seketika, minda separa sedarku
kembali. Merasionalkan kembali apa yang harus aku lakukan. Seharusnya aku
meminta petunjuk pada Allah. Agar setiap pilihanku diredhaiNya. Bukan mengikut
kata hatiku. Seminggu berlalu dengan penuh munajat memohon petunjuk.
“ Ya Allah, andai benar dia jodohku, andai benar dia baik
untukku, baik untuk urusan agamaku, baik untuk perjuanganku, baik untuk urusan
dunia dan akhiratku, baik untuk keluargaku, Engkau permudahkanlah urusan kami.
Tunjukkanlah jalan untukku menerimanya. Bukakanlah hatiku untuk menerimanya.
Engkau damaikanlah hatiku. Engkau dekatkanlah aku padaMu.
Ya Allah, andai dia bukan jodohku, tidak baik untukku,
tidak baik untuk urusan agamaku, tidak baik untuk perjuanganku, tidak baik
untuk urusan dunia dan akhiratku, tidak baik untuk keluargaku, maka Engkau
jauhkanlah dia daripadaku dan Engkau dekatkanlah aku kepadaMu. Damaikanlah hati
ini.
Ya Allah, aku mohon padaMu jawapan yang jelas. Kerna aku
tidak mempunyai jawapan untuk semua persoalan hidup. Engkaulah Yang Maha
Mengetahui.”
Aku masih keliru dengan jawapan yang aku pilih sekarang. Aku
bingung apa yang harus aku lakukan. Aku tidak mahu memberi harapan kepada dia.
Bimbang aku sendiri yang terluka. Lantas, aku mengambil keputusan untuk
bermusyawarah bersama kakak naqibah yang amat aku hormati ilmunya, peribadinya,
santunnya. Aku luahkan segala kebimbangan, kegalauan dihati. Aku pinta
pendapatnya.
“Nur, atas dasar apakah Nur menyayanginya? Kerana Allah?
Andai kerana Allah, akak tak melarang atau menyuruh Nur untuk memilihnya.
Terpulang pada Nur. Tapi andai bukan kerana Allah, akak nak Nur fikir balik.”
Nasihat yang cukup ringkas tetapi sangat mendalam maknanya.
Sepanjang perjalanan pulang kerumah, aku berfikir. Kenapa aku menyayanginya?
Kerana Allah ke? Atau kerana rupa parasnya? Atau kerana sikapnya yang sangat
mengambil berat tentang diriku? Aku beristighfar. Beristighfar dan terus
beristighfar.
Bukanlah
aku sengaja
Melindungi
rasa dijiwa
Namun
bimbang dirikan terleka
Hanyut
dibuai angan dan mimpi indah
Hingga
terabai segala cita
Sedangkan
khayalan tak menjanjikan
Segunung
kebahagiaan
“Mintalah
dengan cara terhormat. Aku ada wali”
“ Sabda
Rasulullah: Muliakanlah wali mereka (perempuan yang ingin engkau nikahi)”
Satu rangkap lagu nasyid yang dihadiahkan oleh seorang
sahabat sebagai nasihat. Bait-bait kata dalam novel drama “Aku Ada Wali” yang
dihadiahkan oleh seorang sahabat menjadi penguat. Sabda Baginda menjadi
pengukuh. Kini aku pasti dengan jawapan istikharahku. Kadang-kadang,Allah
mengirimkan jawapan bukan melalui mimpi yang sentiasa dinukilkan
penulis-penulis cerpen atau novel cinta. Kadang-kadang, Allah mengirimkan
melalui pelbagai medium yang berada disekeliling kita.
“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum. Maaf, andai
tulisan kali ini bakal melukakan hatimu sekali lagi. Moga Allah bagi ketenangan
buat kita berdua. Setelah sekian beberapa seketika, Nur mencari jawapan adakah
Nur perlu menunggu Zul untuk menerima pinangan Zul.. Nur menemui jawapan dalam
istikharah, musyawarah.. Nur terpaksa menolak Zul. Nur tidak mahu memberi Zul
harapan lagi. Cukuplah selama ini Nur mendiamkan diri tanpa memberi sebarang
jawapan. Bukan Zul tidak layak untuk Nur tetapi Allah itu Maha Mengetahui apa
yang terbaik untuk hambaNya. Maaf dan terima kasih kerana menjadi asbab untuk
Nur lebih dekat dengan Allah”
Perit itu sememangnya perit. Aku akui. Tapi aku serahkan
segalanya pada Yang Esa. Semoga segalanya ada hikmah. Hasbi Rabbi Jallallah
Mafi Qalbi Ghairullah.Tidak ada yang lain dalam hatiku melainkan Allah.
Teringat akan pesan seorang hamba yang hatinya begitu zuhud mencintai Allah.
“ Mengapa mencari cinta manusia, andai hati belum
mencintai diri. Mencintai diri membawa kepada mencintai Allah. Andai diri sendiri
pun belum dicintai, bermakna diri itu belum mencintai Allah”
Setelah berhempas pulas selama empat tahun, akhirnya aku
Berjaya juga menamatkan pengajianku dalam ijazah sarjana muda perniagaan.
Pelbagai rancangan aku nukilkan dalam mindaku.
“Alhamdulillah…ummi,abah, tunggu Nur balik…wahhhh…tak sabar
nak jumpa mereka semua kat kampung..” Nur bermonolog seraya tersenyum gembira.
Wednesday, 8 April 2015
YANG KUCINTAI
Fuhhh...fuhhh... huish banyak nye habuk..
eh, hai.. Assalamu'alaikum.. apa habaq semua??? Semoga sihat semua..
Semenjak menulis proposal thesis mengenai kadar kematian orang2 istimewa ni, rindu pulak dkat abang dgn adik.. Mereka insan istimewa dihatiku. Merekalah insan yang amat kusayangi selepas Rasulullah dan ibu bapaku. Dimata insan yang lain mungkin hina, tidak berguna namun dimata kami sekeluarga, merekalah insan yang sangat berguna dan mulia. Mulia mereka kerana tidak berdosa. Mereka tidak mengenal erti dosa dan pahala kerana mereka insan tidak mumayiz. Mereka tidak baligh dari segi akal fikiran, Berguna buat kami, merekalah kunci kami untuk ke syurga.
Abang mengidapi penyakit Autism semenjak kecil. Lahirnya dia sebagai insan normal, namun takdir Allah siapa yang mampu melawan. Abang demam kuning yang sangat tinggi sehingga merosakkan sebahagian otaknya. Alhamdulillah Allah masih memberi pinjam abang kepada kami. Muhammad Alif nama yang cukup indah. sesuai untuk dirinya sebagai anak sulung, Alif, huruf jawi/arab pertama. Muhammad, terpuji lagi mulia dalam keluarga kami.
Adik pula mengidapi Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) juga semenjak kecil. Siapa sangka, Allah mengurniakan dua insan ini dalam keadaan tidak normal mentalnya. Dari segi fizikal, Alhamdulillah merekalah yang paling ganteng padaku. Muhammad Arif Alimie. Nama yang diilhamkan oleh Allah ketika ummi membaca ayat2 suci Al-Quran Karim. Muhammad, terpuji. Biar dipandang serong oleh insan lain, tetapi terpuji dipandangan Allah. Arif Alimie, bijaksana. Bijak memikirkan ilmu2 Allah. Ya, itulah adik. Tidak pernah berhenti berfikir, selalu bertanya mencari kebenaran. Siapa Allah? Kenapa perlu bersolat? Kenapa perlu membaca Al-Quran?
Malu aku pada dua insan ini. walaupun mereka tidak normal. Tidak jatuh wajib keatas mereka menunaikan syariat Allah, namun adik tidak pernah solat diakhir waktu apatah lagi meninggalkan solat walaupun solatnya tunggang terbalik atur caranya. Abang tidak pernah tidak menghormati bulan puasa walaupun sahurnya jam 7 pagi. Dia tidak akan makan selagi azan maghrib tidak berkumandang. Mereka menghormati azan.
Allah....
Thursday, 20 November 2014
Cepatnya....=)
Assalamu'alaikum..
Fuhhh...fuhhh... sudah berhabuk.. berapa lama dah aku tak buka blog ni..huhu..bz?? hurmmm.. ntah..haha.. sekejap masa berlalu. Baru sahaja menjejakkan kaki di bumi USIM ni 3 tahun lepas..eh, jap.. 3 thun lepas??? wowww... cepatnye masa berlalu...dah nak grad..hehe...baru rase semalam mendaftarkan diri di USIM ni. pejam celik, pejam celik dah masuk tahun ke 3. tinggal lagi 1 tahun tuk grad..
Bestnye grad.. pakai topi n jubah konvo...pegang bunga *ada awan atas kepala.berangan*
Eh, sabar... thesis x siap lagi..huhuhuhu...*nak give up rasenye*
wish me luck!!!!
BTW, sesape yang belum mengundi lagi hari ini, silalah...dijemput menghadirkan diri tuk mengundi..keputusan ditangan anda..*peace no war*
Fuhhh...fuhhh... sudah berhabuk.. berapa lama dah aku tak buka blog ni..huhu..bz?? hurmmm.. ntah..haha.. sekejap masa berlalu. Baru sahaja menjejakkan kaki di bumi USIM ni 3 tahun lepas..eh, jap.. 3 thun lepas??? wowww... cepatnye masa berlalu...dah nak grad..hehe...baru rase semalam mendaftarkan diri di USIM ni. pejam celik, pejam celik dah masuk tahun ke 3. tinggal lagi 1 tahun tuk grad..
Bestnye grad.. pakai topi n jubah konvo...pegang bunga *ada awan atas kepala.berangan*
Eh, sabar... thesis x siap lagi..huhuhuhu...*nak give up rasenye*
wish me luck!!!!
BTW, sesape yang belum mengundi lagi hari ini, silalah...dijemput menghadirkan diri tuk mengundi..keputusan ditangan anda..*peace no war*
Aku Bukan Ustazah
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.. semoga semua sihat. Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah.. masih diberi nafas dan nikmat Iman pada hari ini. Andai tiada nikmat ini, aku tidak tahu siapakah diriku yang sebenar.
Pernah orang bertanya kepadaku, mengapa dulu memakai tudung labuh, namun kini tidak lagi??? *senyum*tarik nafaslepas*senyum*
jawapan aku : Aku bukan ustazah. TETAPI AKU ADALAH MUSLIMAH.
Muslimah yang cuba berdiri dengan prinsip- prinsip Islam. Bagaikan mawar berduri. Bertudung labuh itu bukan kayu pengukur, bukan indikator bahawa dia adalah ustazah, dan juga beriman dan bertaqwa. Sejauh mana kita memahami syarat- syarat menutup aurat??? Yang bertudung labuh janganlah pula menyingkatkan tudung kerna ayat-ayat saya. Yang bertudung labuh teruskan memakai. Istiqamah. Alhamdulillah. sejuk mata memandang.
Namun aku punya alasan tersendiri. Didalam dunia aku, bukan tidak ramai yang memakai tudung labuh. Ramai saja. Tetapi aku cuba membawa suatu bentuk dakwah bil hal. Berselendang/ shawl tidak salah, tetapi biarlah mengikut syariat. Itu yang aku cuba bawakan. Namun ada sahaja yang memandang serong terhadap aku. Tak apalah. Aku tidak kisah. Asalkan Allah Maha Mengetahui. Allah yang menilai.
Baitul Muslim
Ramai yang bertanya kepadaku, bila nak mendirikan masjid???
*Senyum*tarik nafas lepas*senyum*
Jawapan aku: Biarlah dia datang pada waktu yang tepat, dengan cara terhormat, hingga aku merasakan tenang untuk menerimanya. *senyum*
Alam rumah tangga bukanlah suatu perkara yang boleh tangkap muat je. Namun memerlukan pandangan jangka panjang. Biarlah ia menjadi rahsia siapa dihati. Semoga Allah permudahkan segalanya. Sesungguhnya Dia Yang Maha Mengetahui.
Wednesday, 2 July 2014
Mati Itu 1 Kepastian
Mati itu satu kepastian. Tidak dilewatkan, mahupun
diawalkan. Bila tiba masanya, pasti akan berlaku. Pasti. Disaat kami sebagai
pelajar mengharungi dugaan peperiksaan. Dikala kami bersusah payah, berhempas
pulas mengulangkaji pelajaran. Hadir sebuah berita yang sangat membuatkan
hatiku tersentap. Kembali kepada Sang Pencipta.
“Ada budak tahun 2 accident. Aisyah Mohd Nor”
Allah… Sentap hatiku. Masakan tidak. Tatkala aku berhempas
pulas mempersiapkan diri untuk menjawab peperiksaan, berhempas pulas berjuang
walaupun hakikatnya hanya dengan beberapa helai kertas dan sebatang pen, Aisyah
pergi dulu menghadap Illahi.
Aku terfikir, andai aku berada di tempat arwah, adakah aku
sudah bersedia menjawab peperiksaan yang pengawas peperiksaan dan penanda
kertas peperiksaan adalah munkar dan nakir????? Apakah persediaan aku???
Allah…. Jauh sekali…Terlalu banyak kelalaian dan kealpaan dalam hidup. Andai
benar melakukan amal sekalipun, adakah ikhlas?? Adakah Allah menerima dan redha
atas amalan itu???? Allah…Astaghfirullah…
Riak dan takabur menjalari segenap dimensi hati. Sumu’ah
tidak terlupa bertandang… Astaghfirullah… Ya Allah ampunkan aku. Hidup ini
untuk mati. Semoga dalam bulan yang berkat ini, bulan Ramadhan, Allah ampunkan
dosa-dosaku, moga-moga Allah memberkati dan menerima amalanku. Semoga bulan
Ramadhan sebagai satu wadah, satu permulaan untuk dekat denganNya. Semoga terus
istiqamah.
Mungkin ada yang berkata “ relax la..mati tetap mati. Kita
yang hidup kena teruskan hidup. Nikmati hidup ini” Allah… ini bukan soal “aku
pun nak mati” “aku da x leh hidup tanpa dia” “xnak la enjoy, nak jadi zuhud.
Ingat mati selalu” “alah, ko ni. Orang duk citer pasal mati, ko pun nk
bercerita pasal mati. Cliché jelah…”. Tetapi dunia sudah semakin tua.
Tanda-tanda hari kiamat sudah terlalu banyak. Bimbang diri menyesal disaat
perhimpunan seluruh umat manusia di padang mahsyar.
“ Ya Allah, lembutkanlah lidahku untuk menyebut kalimah
lailahaillallah disaat sakaratul maut, Matikanlah aku dalam keadaan hatiku,
tubuh badanku beriman kepadaMu. Berikanlah aku husnul khatimah, jauhkanlah aku
dari su’ul khatimah”
p/s: mengingati mati itu menhidupkan jiwa (iman)
Thursday, 1 May 2014
Berkesempatankah Aku?
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum. Apa khabar semua =D? semoga sihat semuanya, Insya Allah. Bagaimana dengan iman pada hari ini? Allahurabbi.. aku sendiri malu untuk menjawab soalan ini. Allah lebih mengetahui. Moga-moga ia kekal mencintai Allah hingga akhir.
Tak sangkakan, hari dah masuk 2 Rejab 1435... Sekejap je masa berlalu.. Baru sahaja merasakan Syawal tahun lepas...tuptup.. da masuk rejab tahun lain. Allah...Bagaimanakah amalan aku selama ini?? Lalaikah aku?? Dekatkah aku denganMu?? Allah.. Ya Rabbi, moga-moga Rejab, Syaaban dan Ramadhan menjadi asbab untuk aku lebih mendekatkan diriku denganMu. Menjadi wadah latihan untuk aku terus melangkah dibulan lain dengan hatiku dekat dengan Mu.
Namun, satu persoalan yang timbul, adakah aku masih diberikan kesempatan untuk berada dalam bulan Ramadhan kali ini???? Allah...rindunye aku pada bulan itu. Berada dalam bulan Rejab sahaja aku sudah mula rasa sebak. Mungkin diri ini terlalu banyak dosa, sehingga rasa tidak layak untuk berada dalam bulan Ramadhan. Tapi, aku yakin bahawa Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. :")

Assalamu'alaikum. Apa khabar semua =D? semoga sihat semuanya, Insya Allah. Bagaimana dengan iman pada hari ini? Allahurabbi.. aku sendiri malu untuk menjawab soalan ini. Allah lebih mengetahui. Moga-moga ia kekal mencintai Allah hingga akhir.
Tak sangkakan, hari dah masuk 2 Rejab 1435... Sekejap je masa berlalu.. Baru sahaja merasakan Syawal tahun lepas...tuptup.. da masuk rejab tahun lain. Allah...Bagaimanakah amalan aku selama ini?? Lalaikah aku?? Dekatkah aku denganMu?? Allah.. Ya Rabbi, moga-moga Rejab, Syaaban dan Ramadhan menjadi asbab untuk aku lebih mendekatkan diriku denganMu. Menjadi wadah latihan untuk aku terus melangkah dibulan lain dengan hatiku dekat dengan Mu.
Namun, satu persoalan yang timbul, adakah aku masih diberikan kesempatan untuk berada dalam bulan Ramadhan kali ini???? Allah...rindunye aku pada bulan itu. Berada dalam bulan Rejab sahaja aku sudah mula rasa sebak. Mungkin diri ini terlalu banyak dosa, sehingga rasa tidak layak untuk berada dalam bulan Ramadhan. Tapi, aku yakin bahawa Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. :")

Subscribe to:
Posts (Atom)

