Wednesday, 8 April 2015

YANG KUCINTAI

Fuhhh...fuhhh... huish banyak nye habuk..
eh, hai.. Assalamu'alaikum.. apa habaq semua??? Semoga sihat semua..
Semenjak menulis proposal thesis mengenai kadar kematian orang2 istimewa ni, rindu pulak dkat abang dgn adik.. Mereka insan istimewa dihatiku. Merekalah insan yang amat kusayangi selepas Rasulullah dan ibu bapaku. Dimata insan yang lain mungkin hina, tidak berguna namun dimata kami sekeluarga, merekalah insan yang sangat berguna dan mulia. Mulia mereka kerana tidak berdosa. Mereka tidak mengenal erti dosa dan pahala kerana mereka insan tidak mumayiz. Mereka tidak baligh dari segi akal fikiran, Berguna buat kami, merekalah kunci kami untuk ke syurga.

Abang mengidapi penyakit Autism semenjak kecil. Lahirnya dia sebagai insan normal, namun takdir Allah siapa yang mampu melawan. Abang demam kuning yang sangat tinggi sehingga merosakkan sebahagian otaknya. Alhamdulillah Allah masih memberi pinjam abang kepada kami. Muhammad Alif nama yang cukup indah. sesuai untuk dirinya sebagai anak sulung, Alif, huruf jawi/arab pertama. Muhammad, terpuji lagi mulia dalam keluarga kami.

Adik pula mengidapi Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) juga semenjak kecil. Siapa sangka, Allah mengurniakan dua insan ini dalam keadaan tidak normal mentalnya. Dari segi fizikal, Alhamdulillah merekalah yang paling ganteng padaku. Muhammad Arif Alimie. Nama yang diilhamkan oleh Allah ketika ummi membaca ayat2 suci Al-Quran Karim. Muhammad, terpuji. Biar dipandang serong oleh insan lain, tetapi terpuji dipandangan Allah. Arif Alimie, bijaksana. Bijak memikirkan ilmu2 Allah. Ya, itulah adik. Tidak pernah berhenti berfikir, selalu bertanya mencari kebenaran. Siapa Allah? Kenapa perlu bersolat? Kenapa perlu membaca Al-Quran? 

Malu aku pada dua insan ini. walaupun mereka tidak normal. Tidak jatuh wajib keatas mereka menunaikan syariat Allah, namun adik tidak pernah solat diakhir waktu apatah lagi meninggalkan solat walaupun solatnya tunggang terbalik atur caranya. Abang tidak pernah tidak menghormati bulan puasa walaupun sahurnya jam 7 pagi. Dia tidak akan makan selagi azan maghrib tidak berkumandang. Mereka menghormati azan.

Allah....

Mereka insan yang selalu mendekatkan aku padaMu. Tempatkanlah mereka di tempat yang tinggi maqamnya.

No comments:

Post a Comment