Assalamu'alaikum.. semoga semua sihat. Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah.. masih diberi nafas dan nikmat Iman pada hari ini. Andai tiada nikmat ini, aku tidak tahu siapakah diriku yang sebenar.
Pernah orang bertanya kepadaku, mengapa dulu memakai tudung labuh, namun kini tidak lagi??? *senyum*tarik nafaslepas*senyum*
jawapan aku : Aku bukan ustazah. TETAPI AKU ADALAH MUSLIMAH.
Muslimah yang cuba berdiri dengan prinsip- prinsip Islam. Bagaikan mawar berduri. Bertudung labuh itu bukan kayu pengukur, bukan indikator bahawa dia adalah ustazah, dan juga beriman dan bertaqwa. Sejauh mana kita memahami syarat- syarat menutup aurat??? Yang bertudung labuh janganlah pula menyingkatkan tudung kerna ayat-ayat saya. Yang bertudung labuh teruskan memakai. Istiqamah. Alhamdulillah. sejuk mata memandang.
Namun aku punya alasan tersendiri. Didalam dunia aku, bukan tidak ramai yang memakai tudung labuh. Ramai saja. Tetapi aku cuba membawa suatu bentuk dakwah bil hal. Berselendang/ shawl tidak salah, tetapi biarlah mengikut syariat. Itu yang aku cuba bawakan. Namun ada sahaja yang memandang serong terhadap aku. Tak apalah. Aku tidak kisah. Asalkan Allah Maha Mengetahui. Allah yang menilai.
Baitul Muslim
Ramai yang bertanya kepadaku, bila nak mendirikan masjid???
*Senyum*tarik nafas lepas*senyum*
Jawapan aku: Biarlah dia datang pada waktu yang tepat, dengan cara terhormat, hingga aku merasakan tenang untuk menerimanya. *senyum*
Alam rumah tangga bukanlah suatu perkara yang boleh tangkap muat je. Namun memerlukan pandangan jangka panjang. Biarlah ia menjadi rahsia siapa dihati. Semoga Allah permudahkan segalanya. Sesungguhnya Dia Yang Maha Mengetahui.
No comments:
Post a Comment