Wednesday, 12 March 2014

My Anthem is...

      Assalamu’alaikum… Dah lama rasenye tak menulis, eak? Apapun, I come back with my new story. Actually, whats my new story??? Hahhaha…=.=”

      Okay, two days, I’m tried to finish Anthem-Hlovate. (bila da kena penangan novel..huhu…)  Such a beauty and great view about muslims. Kadang tu rase macam sedas atas kepala sendiri..Zapp..Sometimes kite fikir apa yang kite buat tu da betul, perfect.. but actually not. Sometimes, kite judgemental luaran or tindakan seseorang. Don’t judge a book from its cover.(Remember that!) Tapi kite lupa refleks pada diri. Kite bising, sok sek sok sek at the back talking bad about someone, tapi tak pandai nak menghulurkan tangan untuk berjalan seiringan dengan kite yang kite rase da betul sangat, derr? (sarkastik).
For those who want to be practising muslim (not muslim on the name only!), don’t give up!!! Everything takes time. Step by step my dear.

“Wrong is wrong even if everyone is doing it. And right is right even if you are the only one doing it”

“We act on what believe in. We’re the ones who decide on who and what we want to be. We’re the one making the choices.”

“Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future.”

*All this quotes I just c&p from that novel. Hehehe..

For those rase da bagus sangat tu (aku sekali ke?? Muhasabah balik..), pergi dapatkan Clorox right now! Cuci, sental hati tu, biar berkilat..Fahamilah Islam tu bukan untuk diri sahaja but tuk ummah. No judging on one’s past because it might be your future. Islam itu bukan hak orang sekolah agama, atau hak bangsa tertentu sahaja but Islam is for the entire world.

“My anthem is… My syahadah.”


 The beautiful anthem. Oh, lupe nak citer sikit, novel anthem ni sal dak pompuan yg play violin, love to hear English songs, gejolak dari westernized to be practising muslim. Permainan perasaan adakah apa yang dibuat tu betul atau salah. Trying to make her parents understand  and accept her, her decision to change herself into practising Muslim not Malay with ciri-ciri ketimuran. Pelbagai cabaran dihadapi. Nak tahu kisah selanjutnya.. bacalah sendiri..hehehe...

Friday, 22 November 2013

Pabila Ikhlas

Aku pening,
Aku resah, gelisah
Mengapa pencapaian aku cukup berbeza?
Jurang yang jauh antara sekarang dengan yang dahulu.

Dulu,
Aku antara pelajar contoh
Diri selalu menjadi rujukan teman-teman
Dijulang, dihormati.

Kini,
Aku antara pelajar tercorot,
Diri tidak lagi menjadi rujukan,
Dipandang rendah apatah lagi diri terasa rendah diri.
Dimanakah silapku?
Dimanakah kekurangan langkah perjalananku?

Aku merintih, merayu,
Bermuhasabah, merenung tarbiyyah Illahi.
Benar,
Apabila ikhlas tidak lagi bertakhta dihati,
Segalanya kacau bilau.
Apabila riyak dan takabur menjuarai carta hati,
Segalanya sukar dihadapi.

Ikhlaslah,
Ikhlaslah wahai hati,
Agar ilmu bisa menembusi pintu hatimu,
Agar akal bisa mencerna ilmu Illahi,

Agar jasad bisa menjalani tanggungjawabnya.

Tuesday, 15 October 2013

Kasihmu Bilal Bin Rabah

Disaat melaungkan azan,
Tatkala bibir menitikan kalimah “Asyhaddu anna Muhammad”,
Berjuraian manik-manik kerinduanku,
Memori lama terimbau kembali disegenap mindaku,
Kolam kerinduan akhirnya pecah jua.

Memandang Masjid Nabawi,
Aku terbayangkan Rasulullah,
Melihat mimbar Masjid Nabawi,
Aku lihat berdirinya Rasulullah disisi,
Melalui lorong-lorong Madinah,
Aku masih terdengar derapan kaki Rasulullah.

Itulah antara bait kata-kata yang pernah diucapkan Bilal Bin Rabah. Betapa hebatnya cinta Bilal Bin Rabah terhadap baginda Rasulullah SAW. Ucapan sayang, cinta kepada Rasulullah senantiasa meniti dibibir kita pada hari ini, namun samakah perasaan itu dengan para sahabat? Allah.. jauh sekali.. Mengapa? Kerana mereka sertakan kasih sayang dan cinta mereka terhadap Rasulullah SAW dengan amalan mereka. Bukan sekadar dibibir, menjadi pemanis mulut tetapi dibuktikan dengan amalan, tingkah laku, akhlak dan seangkatannya.

Bilal Bin Rabah,
Tulusnya cintamu terhadap baginda Rasulullah,
Engkau miskin harta,
Namun dirimu dihiasi kemewahan iman.
Jasadmu masih dibumi
Namun derapan kakimu sudah kedengaran di syurga.
Saat Izrail datang menjemput
Engkau tersenyum dan terus tersenyum gembira
Hindon kehairanan melihat sang suami
Mengapa dikau tersenyum tatkala dirimu masih terlantar

Kerna diriku akan bertemu dengan kekasihku

Tuesday, 20 August 2013

Kebenaran Itu Milik Allah, Bukan Di Barat dan Bukan Di Timur


Saya tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir. Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera. Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya. Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali. Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Saya menghormati kelilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari. Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas. 

Berpuas hatilah kerajaan Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera. Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik Allah, tidak di Barat dan tidak Timur. Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan Allah SWT dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci kebenaran. Di samping menjaga dua tanah Suci, Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika sekian lama. Inilah satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani Saud. 

Justeru, janganlah Saudi menyangka dengan sokongan mereka kepada tentera Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh umat Islam di dunia. Jika darah Abdullah bin Zubair radhiallahuanhu pernah tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin Yusuf di Tanah Mekah, apa peliknya darah umat Islam di negara lain tertumpah angkara pemerintah Saudi hari ini? Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah bertugas untuk menjaga Tanah Suci sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan penjaga Tanah Suci hari ini bebas dari melakukan kesilapan?

Barangkali sedikit kasar kiasan saya, tetapi ia belum apa-apa jika dibandingkan dengan sokongan Saudi terhadap tindakan tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa. Saya menyeru kepada jiwa-jiwa yang telah dimuliakan Allah SWT dengan ilmu agama, janganlah sesekali cenderung kepada kezaliman agar tidak disambar oleh api neraka.

Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, bagaikan Nabi Yusuf yang pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun yang lampau. Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-Allah, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam.

Pesan saya kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :

فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

yang bermaksud : Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja... - Surah Toha, ayat 72

c&p

Sunday, 21 July 2013

Citarasa Ummi

Assalamu'alaikum.... Alhamdulillah, hari ni dah 12 hari berpuasa.. That's mean today is 12 Ramadhan 1434 already. Sekejap je masa berlalu.. hmmm... Ok, menu berbuka puasa hari ni adalah Nasi Minyak. Memandangkan aku ni tak suka sangat gulai-gulai ni.. aku mintak ummi masakkan daging masak merah.. Sebenarnye Ummi suruh aku yang memasak tapi.. hehehe.. biasa la duk kat rumah ni nak rasa air tangan ummi..tapi aku tolong la sikit-sikit.. Ok, aku nak share la sikit macam mana nak masak lauk ni..

Bahan-bahan:
Daging (dipotong kecil2.. tp jangan kecil sgt)
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Lada kisar
Tomato sos/ asam jawa
gula
garam
Bahan secukup rasa
Gula Melaka/ Nisan

Cara memasak:
Kisar bawang putih, bawang merah, halia.
Tumis lada kisar, bahan2 yang dikisar sampai naik minyak
Masukkan gula, tomato sos/ asam jawa, bahan secukup rasa, gula melaka/nisan
Masukkan daging
Tunggu sampai air daging keluar, tambah air sampai separuh/lebih periuk
Biar air kering dan daging lembut, tambah garam
last sekali masukkan bawang merah yang dihiris.
Siap. Yummm!!!!!!!!!!!

Selamat mencuba!!!

Monday, 15 July 2013

Lapangan Mujahadah

Jatuh, jatuh dan jatuh
Setiap kali ku cuba bangkit
Setiap itu juga aku tersungkur
Kecundang dengan nafsu keinginan

Di lapangan mujahadah
Aku cuba menghapuskan jahiliah dalam diri
Di lapangan mujahadah
Aku cuba menerangkan syiar agamaMu dalam diri

Dalam Sirah Rasulullah dan para sahabat
Ku temui 1001 hikmah
Ku temui tulusnya cinta kepada hakiki
Segalanya kerana Dia
Lillahita'ala
Azimat yang paling berharga
Ku sematkan dalam hati
Agar menjadi sumber kekuatan

Berkorban, terkorban
Lumrah kehidupan
Lumrah perjuangan
Perjuangan membina aqidah, mempertingkatkan iman.

Tuesday, 25 June 2013

Mampukah aku?

Semalam, aku bermimpi.. ya, mungkin mainan tidur. Hanya sekadar gangguan syaitan. Namun, disebalik mimpi itu, aku bermuhasabah. Seolah-olah mimpi itu mengejut aku untuk aku sedar dan bermuhasabah kembali, menyelaraskan kembali niat dan tujuan aku berada dalam perjuangan.

Mimpi itu....

Aku dan kawan-kawan pergi bercuti, maybe rehlah or usrah.. I don't know.. Pagi itu, aku bangun dan pergi ke warung untuk membeli sarapan pagi. Seorang diri. Tanpa teman. Di warung itu, aku berbual-bual dengan sipenjual. Rancak sekali. Tiba-tiba, hari bertukar gelap. Entah kenapa. Suami kepada si penjual mengarahkan aku masuk kedalam warung. Wajah mereka kelihatan gelisah dan bibir masing-masing sudah mula mengalunkan ayat-ayat Al-Quran. Aku terpinga-pinga. What's going on?? Tiba-tiba datang seorang or seekor makhluk yang dalam mimpi ku tidak jelas wajahnya. So, I'm not sure what it is.. What can I say is... its look like in Harry Potter story. Yang hisap roh manusia. I know its sound nonsense.. Tapi namanya pun mimpikan.. Makhluk tu membunuh, membakar rumah-rumah and more.(i can't remember). Tatkala tu aku menggigil. Aku hilang punca. Dalam kepala aku pada waktu itu adalah family and sahabat. Aku beranikan diri keluar dari warung menuju ke tempat orang lain berkumpul. Disaat itu juga, makhluk tersebut mengejar aku. Aku cuba membaca Al-Fatihah, Ayat Kursi, ayat-ayat pendinding.. tetapi aku diejek oleh makhluk tersebut. Malah, dia juga mengalunkan ayat-ayat yang aku baca.. Aku bingung. Tapi aku kuatkan juga tekad untuk sampai ke tempat orang ramai berkumpul. Aku tahu akan ada kekuatan disitu. Alhamdulillah aku sampai. Aku mencari sahabat yang pergi bercuti bersamaku. Ketika aku mencari, aku terdengar perbualan seorang perempuan dan seorang lelaki :
    " Betul ni kau nak melawan benda alah tu?? 19 orang je tau yang nak berjuang.." kata lelaki tersebut
    " Ni lah masanya. Ini adalah satu bonus dari Allah untuk meraih syahid. Aku takkan sia-siakan" balas perempuan itu.
    " Ikut suka hati kaulah.. aku sayang nyawa aku."

Aku terkesima. Tapi aku teruskan juga mencari sahabat-sahabatku. Apabila dah berjumpa, aku tersedar dari tidur.

Sedar sahaja dari tidur, aku terfikir, mampukah aku berjuang walaupun kuantiti sedikit?? Mampukah aku menawarkan diriku untuk berjuang, untuk berada dibarisan hadapan?? Mampukah aku menjadi seperti Khaulah Al-Azwar, berani berjuang mengalahkan lelaki??

Aku sedar, perjuangan itu memerlukan mereka yang benar-benar ikhlas dalam berjuang.
aku sedar, mengapa aku diejek ketika aku mengalunkan ayat-ayat Al-Quran.. kerana aku tidak ikhlas. Aku membacanya kerana aku takut pada makhluk itu bukan takut kepada al-Khaliq. Aku mengharapkan ayat-ayat itu yang melindungi aku bukan Allah.
Allah..Allah..Allah..
Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah..
Aku juga sedar, walaupun tanpa sahabat dalam perjuangan, aku tetap perlu berjuang walaupun seorang diri.

Ya Allah,
tetapkanlah aku dalam perjungan agamaMu.
Jangan biarkan aku futur,
Jangan biarkan aku sendiri tanpa petunjukMu.
Temanilah aku sehingga ke syurga
Bimbinglah aku sehingga akhirnya
Tiadalah aku punyai kekuatan,
melainkan Engkau yang memberi aku kekuatan.



#I know macam mengarut sikit cerita tapi itulah kenyataan dalam mimpiku. Aku hanya menulis dan berkongsi apa yang aku dapat dari mimpi itu.
#Berjuanglah sampai akhirnya, jangan pernah berpaling