Assalamu'alaikum...
Dah lama tak melayarkan kata-kata diruang pena sendiri.. Harap2 semuanya sihat sejahtera dibawah rahmat dan keredhaan Allah SWT.. Insya Allah, aku akan menduduki peperiksaan, final exam hari Khamis minggu depan.. So, kpd shbt2 perjuangan all the best jgn putus asa, la tai'asu!!! So, do i'm...
Dalam sibuk study jgn lupe kite kpd Allah.. kerana Dialah yg memberi kejayaan kpd kite. Banyakkan berdoa, solat hajat seiring dgn usaha and don't forget tawakal.
Sebelum nak gi sambung study.. ingin sekali menyampaikan pesanan Rasulullah kepada Abu Dzar:
Wahai Abu Dzar,
Perbaharuilah sampanmu kerana lautan itu dalam,
Ambillah bekalan secukupnya kerana perjalanan itu terlalu jauh,
Ringankanlah bebanan kerana bukit itu tinggi,
Ikhlaskanlah amalanmu, kerana penimbang Allah antara kebaikan dan kejahatan itu terlalu melihat
Wallahu'alam.
Letakkanlah semangat dan cita-cita setinggi bintang dilangit. Rendahkanlah hati serendah mutiara didasar lautan.
Tuesday, 4 June 2013
Tuesday, 9 April 2013
Perjuangan
Dunia hari ini penuh dengan penipuan, konspirasi... adakah kita juga salah satu cell yg membentuk organism penipuan dunia hari ini...?? Janganlah kita memulakan perjuangan kita dalam keadaan excited state which is higher energy level then we fall back to the ground state which is lower energy level... in short, we start dengan hamasah (semangat) yang berkobar2 then time by time impian hanya terkubur begitu saje.. mahukah kita begitu?? or something better than that??
Wahai saudara seperjuangan, berjuanglah kerana thaqofah, kerana pemahaman kita terhadap perjuangn itu..
Jika kita berjuang kerana hamasah,
kita akan kecundang,
tersungkurnya kita sehingga sukar untuk bangkit.
Aku akui dalam perjuangan itu memerlukan semangat,
namun dahulukanlah thaqofah disusuli hamasah
bukan hamasah disusuli thaqofah.
you have a lot of nerve cell that can send impulse to your brain to inteprate data, so, think about that...
Remember this point!!!
TEGAKKANLAH ISLAM DALAM DIRIMU, NESCAYA AKAN TERTEGAKLAH ISLAM DI SEKELILINGMU
DIRIKANLAH AGAMA, URUSKANLAH DUNIA
Friday, 1 March 2013
Hadiah buatmu sayangku
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Bersyukur
kepada Allah, Tuhan seluruh alam. Hari ni dah 2/3/2013.. That’s mean my
father’s Birthday is just around the corner.. huhu.. I’m still thinking what
gift I want to give to him.. Baju ke?? Kad birthday?? Pa tak layan kad.. baju
pun da banyak.. hurmm.. loading jap.. hadiah apa yang nak bagi ye… hurmm…
Ketika minda masih berfungsi memikirkan hadiah apa yang
nak bagi kepada papa yang tersayang, terimbau kembali kenangan ketika aku masih
ditingkatan satu. Ketika itu aku masih remaja yang baru mengenal dunia remaja.
Kenakalan budak-budak masih bersisa dalam diri. Ketika diri baru sahaja meniti
dunia sekolah menengah.. aku ni dah pandai ponteng kelas..(jahat sikit time
tu)..perintah solat dan menutup aurat
baru aku tahu ketika itu..(Ya Allah jahilnya aku.. Astaghfirullahalazhim..)
Pada suatu hari( kalau tak silap hari khamis pada tahun
2006), masa tu ayahku mengambil aku dan kakak di bus stop(Almaklumlah sekolah
jauh dari rumah.. about 3 hours.. jadi perlu naik bas lah nak balik rumah).
Dalam perjalanan balik ke rumah, ayah aku ada menyebut sesuatu. Sesuatu
yang mengubah perangai aku 180
darjah.(ye ke?? Lebih kuranglah…)
“ Pa bukan saja-saja nak hantar anak-anak pa belajar kat
sekolah agama.. Pa dulu belajar di sekolah orang putih, tak pandai bab-bab
agama.. Pa nak masuk syurga. Biarlah anak-anak perempuan pa, tarik pa masuk
syurga.. bukan neraka…..”
Tatkala itu juga bergenang air mata mendengar kata-kata
ayah yang amat ku sayang. Mulai saat itu aku mula berubah sikit demi
sikit.(Tapi nakal tu masih ada sampai sekarang..hehe..) Pada permulaan
perubahan itu nia kerana sayang pa.. tetapi lama kelamaan menjadi lillahi
taala..(Alhamdulillah.. memang hipokrit mula-mula..huhu..)
Teringat pula tazkirah mengenai 4 golongan yang ditarik oleh wanita…
Di akhirat nanti ada 4
golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah
mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu.
Mereka ialah:1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2.Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Lihatla betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Wallahu'alam...
#For my father, my love, my success and insya Allah solehah is my present to you
Wednesday, 30 January 2013
Jagalah Allah, Allah akan menjagamu
Daripada Ibnu Abbas, suatu hari aku berada di belakang
Rasulullah saw. Baginda bersabda kepadaku :
“ Wahai anak, aku akan ajar beberapa kalimah :
Jagalah Allah,
nescaya Allah akan menjagamu
Jagalah Allah, pasti kamu akan mendapatiNya dihadapanmu
Kenalilah Allah pada saat lapang (senang) nescya Dia akan
mengenalimu ketika sempit (susah)
Jika kamu memeohon, maka pohonlah kepada Allah
Jika kamu meminta pertolongan, maka mintalah kepada Allah
Ketahuilah bahawa sekiranya semua makhluk berkumpul untuk
memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan berupaya
memberikan kamu manfaat kecuali apabila hal itu telah ditakdirkan kepadamu
Dan sekiranya mereka berkumpul untuk mendatangkan suatu
bahaya(mudarat) kepadamu, nescaya mereka tidak berkuasa untuk mendatangkan
bahaya itu kepadamu kecuali apabila hal itu tela ditakdirkan untukmu
Pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering.
Maka, apa sahaja yang ditakdirkan menimpamu, pasti tidak akan luput daripadamu
dan apa sahaja yang diakdirkan luput daripadamu, pasti tidak akan menimpamu.
Ketahuilah sesungguhnya bersama kesabaran ada kemenangan dan
bersama musibah ada jalan keluar dan setelah kesulitan ada kemudahan”
(Riwayat at-Tirmizi)
Menjaga Allah disini bermaksud :
Apa-apa sahaja yang kita lakukan, kita mendahulukan Allah.
Sentiasa bersyukur.
Meninggalkan apa yang
dilarangNya, membuat apa yang disuruhNya.
Bertawakal sepenuhnya kepada Allah.
Sumber rujukan : buku Q&A.
Monday, 28 January 2013
LUHUR - Kamikaze
Singkap kembali detik akhir bersama
Linangan air mataku menitis
Dalam pelukkan dakapan yang terakhir
Mengalir darah membasahi bumi.
Pergi yang tak kembali
Untuk selamanya
Segar indah namamu, dihatiku…
Perjuanganmu bagai lilin membakar
Bersinar menerangi kegelapan
Rela berkorban merodah onak berduri
Jasa baktimu sejernih air dikali
Bersemadilah engkau aman dipusara
Sinar cahaya menyinari keramatmu
Berjihad kian menitis oh darah terakhir
Menjadi lambing cinta yang terluhur
Sayu dan pilu bermain dijiwaku
Hilangmu kini tiada pengganti
Hanya namamu tersemat dikalbuku
Menjadi satu kenangan abadi.
Ragam pejuang
“ Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang yang
berkehendak (kepadaNya) dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan
(kamu) dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan seperti kamu ini ”
(
Surah Muhammad : 38 )
Ayat Allah cukup menggentarkan
Dia tak teragak-agak membuat tapisan
Buat hambaNya yang bermalas-malasan
Senantiasa mencipta alasan
Liat dengan dakwah dan peningkatan.
Mahu diketuk berterusan
Tidak menjadikan penggeraknya iman
Cinta Allah dibuat khayalan
Bimbang kelak diri akan terbuang
Daripada jalan dakwah dan penuh ujian
Dibiarkan Allah dengan keasyikan
Tertipu dengan jalan keharuman.
Ketahuilah puteriku
Allah memelihara jalanNya
Agar disusuri hati yang bersih
Sarat ketakwaan
Merindui wajahNya, jua keredaan
Itulah jiwa insan pejuang
Bimbangilah sayangku daripada memiliki
Jiwa munafik, bertopeng ketaatan.
(Petikan daripada novel karangan Fatimah Syarha)
Wednesday, 23 January 2013
Zabarjad buatmu wanita
Kedengaran suara-suara sumbang yang tidak enak didengar.
Kata-kata benci dilontarkan.
“ Aku benci la lelaki
yang perasan hensem.. Aku benci la perempuan yang perasan cantik..”
“Aku tak faham la
kenapa kawan aku yang sorang tu suka sangat kat mamat tu.. nak kata hesem
tak..”
“ Wei… aku suka kat
dialah.. tapi senyap jelah.. aku tak cantik.. mesti dia tak suka kat aku”
Aku teringat satu kata-kata:
“ Sekali wanita TERGODA,
Gugurlah sekuntum WARDAH di syurga,
Sekali wanita TERNODA,
Berdekah-dekahlah SYAITAN di neraka.”
Aku cuba ingatkan mereka dengan kata-kata ini. Jangan
terlalu mudah tergoda dengan lelaki. Jangan terlalu mudah untuk jatuh cinta.
Carilah cinta Allah dalam hati, kelak hatikan lebih tenang. Mencari cinta
manusia menyakitkan.
Cinta manusia umpama gula. Gula itu manis, memberi sedikt
tenaga. Namun, AWAS!! Jika terlalu banyak gula yang diambil, ia menjadi
penyakit. Begitu juga dengan cinta manusia. Ia sesuatu yang manis tetapi jika
terlalu mencintai manusia lebih daripada penciptanya(ALLAH), Ia sesuatu yang
sangat menyakitkan.
Namun setiap kata-kataku disangkal.
“ Kau senanglah cakap.
Kau cantik. Tak perlu cari. Orang yang datang terhegeh-hegeh kat kau”
Astaghfirullahal‘azhim…Aku beristighfar panjang. Teringat
kembali pesanan Saidatina Aisyah radiallahu anha..:
“ Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan
dipandang”
Sesuai dengan Firman Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 31:
“ Dan katakanlah kepada para perempuan yang
beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah
menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali yang biasa terlihat(wajah dan tapak
tangan)….(sehingga akhir ayat…)”
Allah sudah mengingatkan kita. Rasulullah juga sudah
mengingatkan kita agar menjaga pandangan. Ini adalah untuk menjaga hati kita
daripada tergoda. Menutup aurat agar kita tidak dipandang oleh yang bukan
muhrim.
“ Jangan kau merasa bangga dengan kecantikkanmu yang dikejar
jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu, tetapi itu adalah satu penghinaan.
Jika kau merasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir dipantai yang
boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja, dimana seorang pengemis pun mampu
memilikinya. Tetapi jika menganggapnya sebagai satu musibah, satu ujian dari
Allah pada dirimu, kau telah memuliakan dirimu standing mutiara ZABARJAD.
Yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja.”
Ingatlah sabda Rasulullah SAW :
“ Dunia itu adalah perhiasan. Dan sebaik-baik perhiasan
adalah wanita solehah”
Dan ingatlah wanita solehah itu tidak memandang dan tidak
dipandang. Jaga pandangan, Jaga iman, Insya Allah, Allah akan jaga kita..
Subscribe to:
Posts (Atom)