Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Bersyukur
kepada Allah, Tuhan seluruh alam. Hari ni dah 2/3/2013.. That’s mean my
father’s Birthday is just around the corner.. huhu.. I’m still thinking what
gift I want to give to him.. Baju ke?? Kad birthday?? Pa tak layan kad.. baju
pun da banyak.. hurmm.. loading jap.. hadiah apa yang nak bagi ye… hurmm…
Ketika minda masih berfungsi memikirkan hadiah apa yang
nak bagi kepada papa yang tersayang, terimbau kembali kenangan ketika aku masih
ditingkatan satu. Ketika itu aku masih remaja yang baru mengenal dunia remaja.
Kenakalan budak-budak masih bersisa dalam diri. Ketika diri baru sahaja meniti
dunia sekolah menengah.. aku ni dah pandai ponteng kelas..(jahat sikit time
tu)..perintah solat dan menutup aurat
baru aku tahu ketika itu..(Ya Allah jahilnya aku.. Astaghfirullahalazhim..)
Pada suatu hari( kalau tak silap hari khamis pada tahun
2006), masa tu ayahku mengambil aku dan kakak di bus stop(Almaklumlah sekolah
jauh dari rumah.. about 3 hours.. jadi perlu naik bas lah nak balik rumah).
Dalam perjalanan balik ke rumah, ayah aku ada menyebut sesuatu. Sesuatu
yang mengubah perangai aku 180
darjah.(ye ke?? Lebih kuranglah…)
“ Pa bukan saja-saja nak hantar anak-anak pa belajar kat
sekolah agama.. Pa dulu belajar di sekolah orang putih, tak pandai bab-bab
agama.. Pa nak masuk syurga. Biarlah anak-anak perempuan pa, tarik pa masuk
syurga.. bukan neraka…..”
Tatkala itu juga bergenang air mata mendengar kata-kata
ayah yang amat ku sayang. Mulai saat itu aku mula berubah sikit demi
sikit.(Tapi nakal tu masih ada sampai sekarang..hehe..) Pada permulaan
perubahan itu nia kerana sayang pa.. tetapi lama kelamaan menjadi lillahi
taala..(Alhamdulillah.. memang hipokrit mula-mula..huhu..)
Teringat pula tazkirah mengenai 4 golongan yang ditarik oleh wanita…
Di akhirat nanti ada 4
golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah
mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu.
Mereka ialah:1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2.Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Lihatla betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Wallahu'alam...
#For my father, my love, my success and insya Allah solehah is my present to you
No comments:
Post a Comment